Thursday, June 4, 2015

Najib Tak Perlu takut, Saya Tak Bawa Senjata- Tun M

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa sebab yang perlu ditakutkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke dialog “Nothing to Hide” berkaitan 1MDB di PWTC Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 10 pagi ini".

Beliau bverkata, “saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.   Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” katanya dalam sidang media selepas polis mengarahkan dia berhenti berucap.

Dialog ”Nothing to Hide” iaitu dialog PM bersama NGO telah dibatalknn selepas mendapat arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu majlis tersebut dibatalkan atas faktor keselamatan.

Editor : khaulah Azwar

PANAS : USUL TERGEMPAR Dewan Ulama PAS Tamat Kerjasama dengan DAP Di luluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS hari ini menerima dengan sebulat suara usul tergempar supaya kerjasama politik dengan DAP dibatalkan.

Namun usul yang dibawa oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik itu menyatakan PAS perlu kekal dalam Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat

"Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir.

Terdahulu perwakilan Perak, Nor Azli Musa ketika tampil untuk membahaskan usul berkenaan bagaimanapun berkata: “Saya tidak mahu berucap, tapi saya menyeru semua perwakilan dan pemerhati bangun sebagai tanda kita semua bersetuju dengan usul ini…takbir!"

Berikut Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 yang bersidang pada 3 Jun 2015/16 Sya'ban 1436H  di KUIZM

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP:

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertah

ULAMA PAS P.P GESA PAS KAJI SEMULA TAHALUF SIYASI PKR & DAP

Kuala Selangor 4 Jun : Mohd Hanif Harun, perwakilan Ulama Pulau Pinang mendakwa PAS disisihkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu . Beliau meminta kepimpinan tertinggi untuk mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP.
Mohd Hanif Harun Ulama P.P Gesa Kaji Semula Tahaluf Siyasi PKR & DAP


“PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi namun perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.”  


"Pulau Pinang sebuah negeri  yang diperintah Pakatan Rakayat (PR),  tetapi parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama
Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak hari ini.


Hanif berkata, tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri.


Beliau turut membidas segelintir pemimpin dan ahli PAS yang dilihat terlalu mengagungkan tahaluf siyasi dengan membelakangi parti sendiri.


"Keadaan kita sekarang ini seolah-olah melebihkan parti lain. Seolah wala (taat) kita kepada parti lain selain memberi wala kepada presiden sendiri. Perkara ini jelas bila PAS bawa isu hudud. Ada kalangan kepimpinan sendiri tidak setuju dengan apa dibawa PAS.


"Kerana itu kami setuju bahawa adanya perbincangan  dan tindakan diambil untuk menentukan bagaimana status kita dalam tahaluf siyasi kalau ke-6 syarat yang dikatakan mursyidul am PAS tidak dipatuhi maka tidak sah tahaluf siyasi," katanya.


Antara lain , perwakilan Pulau Pinang itu turut menyentuh mengenai isu yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh apabila timbalan ketua pemuda PKR negeri itu Khairil Anuar Kamarudin menggesa pengunduran Hadi.


"Ada AMK yang mengutuk presiden tetapi tidak mahu tarik balik kenyataan tersebut dan tidak mohon maaf. Adakah perkara ini kita hendak  biarkan dan kerana ini tahaluf siyasi perlu kita nilai semula?, soal beliau.


"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh kepimpinan mereka tapi pemuda ini mampu kata pada presiden dan tidak meminta maaf .. Kata sudah minta maaf tapi minta maaf belakang-belakang mana boleh kalau sudah memalukan orang dikhalayak namun minta maaf sorok-sorok.


"Kalau minta maaf buat sidang media. Kalau sungguh nak kita harmonikan tahaluf siyasi untuk kalahkan Barisan Nasional dan bersungguh untuk gabung tenaga perlu hormati setiap parti khusus kepada ahli, kalau tidak tak payahlah  jadi ahli PAS  jadi sahaja ahli Pasma," sindir beliau.


Beliau juga mendakwa PKR dan DAP menerima tamparan hebat apabila tidak lagi mendapat sokongan PAS dalam kempen pilihan raya kecil.


"Kita lihat PAS menerima tamparan hebat. Sahabat PR kita sebelum ini bersifat angkuh seolah boleh lakukan sendiri namun apa kita lihat pada sebelum PRK Permatang Pauh banyak tenaga yang datang daripada PAS. Ini hakikat kita kena tau kekuatan PAS," katanya ketika berucap dalam muktamar PAS disini, semalam.

Editor : Khaulah Azwar


PAS AKAN TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT-HADI

Kuala Selangor  4 Jun : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan terus bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak bercanggah dengan panduan Al-Quran dan Sunnah.

Aspek tahaluf siyasi atau kerjasama politik merupakan dasar yang sudah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu, kata Hadi.
 
Hadi bersalaman dengan semua pemerhati dan perwakilan muktamar
“Sejarah membuktikan PAS bukanlah sebuah parti tertutup, atau juga bukan parti yang hanya menghafal hukum fikah semata-mata sehingga tidak memahami politik negara.
“Namun semua ini dilakukan melalui kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat tidak mengikat kita untuk membawa Islam.

Kita perlu ingat, apa sahaja persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam tidak boleh diikuti sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS kali ke-61 di Kuala Selangor pagi  tadi.

Tambah beliau lagi, bagi mendepani pelbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang perjalanan PAS pada waktu ini, ada 3 sudut yang ingin ditekankan dalam hala tuju parti untuk tempoh setahun akan datang.

Katanya, 3 hala tuju itu ialah:

Istiqamah PAS dengan dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; menegaskan PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait dengan Islam; dan mengadakan semua pendekatan dengan pihak lain mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, seperti tahaluf siyasi, ta’awun, dialog dan lain-lain.

“Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di Putrajaya.
“Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak lain sama ada kawan atau lawan,” katanya.

Beliau berkata sepanjang sejarah tahaluf, pemimpin PAS sering diperingatkan agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan dan memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan.

Ujarnya ,  Allah menguji kita dengan sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.

“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain-lain yang menjadi titik pertemuan.

“Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam Polisi Bersama, adalah perjuangan parti masing-masing.

“Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah minta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan,” katanya.

Editor: Khaulah Azwar
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu akan terus bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak bercanggah dengan panduan Al-Quran dan Sunnah.
Hadi berkata, aspek tahaluf siyasi atau kerjasama politik merupakan dasar yang sudah melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh parti itu sejak berpuluh tahun lalu.
“Sejarah membuktikan PAS bukanlah sebuah parti tertutup, atau juga bukan parti yang hanya menghafal hukum fikah semata-mata sehingga tidak memahami politik negara.

“Namun semua ini dilakukan melalui kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat tidak mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, apa saja persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda Islam tidak boleh diikuti sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS kali ke-61 di Kuala Selangor pagi ini. Hadi berkata, bagi mendepani pelbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang perjalanan PAS pada waktu ini, ada 3 sudut yang ingin ditekankan dalam hala tuju parti untuk tempoh setahun akan datang.
Katanya, 3 hala tuju itu ialah istiqamah PAS dengan dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; menegaskan PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait dengan Islam; dan mengadakan semua pendekatan dengan pihak lain mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, seperti tahaluf siyasi, ta’awun, dialog dan lain-lain.
“Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya berhenti sekadar di Putrajaya.
“Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan semua pihak lain sama ada kawan atau lawan,” katanya.
Beliau berkata sepanjang sejarah tahaluf, pemimpin PAS sering diperingatkan agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan dan memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan.
Katanya, Allah menguji kita dengan sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama.
“Sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, PAS melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain-lain yang menjadi titik pertemuan.
“Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya tiada dalam Polisi Bersama, adalah perjuangan parti masing-masing.
“Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah minta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan,” katanya. – 4 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-akan-terus-bersama-pakatan-kata-hadi#sthash.gvYaXDxj.dpuf

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI