Wednesday, May 2, 2012

UMNO Bagi Gaji Minima RM800 Pakatan RM1500..

 
Gombak : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali  menjawab  penguman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah kerana tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.

Katanya, “pengumuman yang dibuat PM, Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Pekerja belum mengeluarkan entiti tersebut daripada garis kemiskinan.

Kita dapati sebahagian besar sektor swasta berada di bandar atau pinggir bandar sedangkan paras kemiskinan penduduk bandar seperti ditetapkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) ialah berpendapatan RM1,500 sebulan.

Ini belum masuk lagi kos hidup sebenar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kos hidupnya jauh lebih tinggi kerana kenaikan harga barang yang sentiasa memuncak tanpa kawalan,”ujarnya.

Dr Halimah menambah, ini bermakna kenaikan yang diumum kerajaan tidak menggambarkan kepantasan kenaikan harga barang termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Katanya, “cadangan Pakatan Rakyat (semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012) iaitu gaji minimum RM1,500 adalah lebih munasabah kerana tidak membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja.

 “Walaubagaimanapun PAS tetap mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana ia telah dicetuskan oleh Pakatan sebagai tawaran terbaik kepada rakyat dulu. Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Dana PRU13 dan ceramah umum  anjuran PAS Gombak di Dewan Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, disini malam tadi.

 Jelasnya lagi,  kita juga mendesak agar kerajaan tetapkan mekanisme pemantauan atau undang-undang yang boleh dikenakan kepada majikan jika ingkar dengan keputusan tersebut.

 “Jika tidak ia hanya menjadi gimik politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang,” tegasnya.
 Dr Halimah merangkap ADUN Selat Klang berkata demikian bagi mengulas pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Najib pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  malam kelmarin.

Hadir sama mantan calon DUN Tenang, Normala Sudirman merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Datuk  Seri Ir Nizar Jamaluddin MB Perak.




Editor : Khaulah Azwar
  


Dataran Merdekar Bukan Milik UMNO




Gombak, : Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard malam tadi meminta agar semua rakyat Malaysia hadir ke Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka tanpa rasa takut dengan pelbagai ancaman diberikan UMNO melalui medianya.

Katanya, “semua rakyat Malaysia tidak perlu rasa takut untuk hadir himpunan aman ini  walaupun menerima berbagai ancaman”

Media Pro UMNO kata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarah semua polis dan FRU, dan meminta mahkmah mengeluarkan Akta  penagkapan untuk menangkap semua peserta Himpunan Bersih 3.0, Duduk Bantah sekiranya menyertai Himpunan ini.

Saya nak bagi tahu kepada semua rakyat, UMNO tidak akan berani mengarah polis, FRU menangkap semua rakyat yang menyertai HImpunan Bersih 3.0 kerana Pilihanraya semakin hampir.

UMNO juga tidak berani mengarah polis, FRU menangkap rakyat yang memakai Baju Bersih 3.0, Topi Bersih 3.0 kerana mereka takut rakyat terus menentang kezaliman.

Sekiranya mereka bertindak rakyat akan terus menolak UMNO dalam PRU 13 nanti dan mereka terus hilang kerusi dan tidak akan rasa untuk terus duduk di Putrajaya lagi. Perkara inilah membuatkan PM, Najib jadi pening, ujarnya.

Terdahulu semasa Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan secara aman akhirnya menjadi pelbagai tragedies sehingga meragut nyawa peserta Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya,  dalam Himpunan Bersih 2.0  lalu ramai rakyat ditangkap, disepak, di pijak,  disembut  gas pemedih mata oleh FRU dan polis  atas arahan UMNO yang minta rayat bersurai.
 Tetapi rakyat enggan bersurai kerana mereka berada dalam Himpunan aman ini menuntut pilihanraya bersih.  

UMNO kena ingat rakyat bukan lembu yang mudah ditucuk hidungnya. Pimpinan UMNO juga kena ingat mereka dipilih rakyat kerana inginkan Negara ditabdir dengan jujur, tulus tanpa salah guna wang untuk kepentingan peribadi sendiri.

UMNO juga kena ingat, sekarang nyawa mereka di hujung nyawa  kerana rakyat semakin jelek dengan pemerintahan yang zalim berikutan kerajaan sering menabur janji tetapi gagal melaksanakan. Mereka  suka cakap tak serupa bikin.

Sebagai contoh  apabila PM yang menabur janji untuk hapuskan ISA tetapi tidak dihapuskannya bahkan digantikan dengan akta lain yang lebih teruk daripada ISA,  jelas Chegu Bard merangkap  Ketua PKR Cabang Rembau dalam ceramahnya malam tadi “Kuning-kuning Najib Pening di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Melewar”. 
Jelas Chegu Bard lagi, Najib dan isterinya Rosmah  kena ingat  isu mereka banyak semenjak menjadi Najib menjadi PM. Salah guna kuasa, penyelewengan kewangan, rasuah isu kapal selam tak tenggelam, isu kematian Altantuya Sharibu sehingga hari ini PM diburu di peringkat antarabangsa dan banyak lagi yang terus mencalarkan imej Negara Malaysia.

Justeru, UMNO dan pimpinannya seharusnya tidak memberi ancaman  kepada rakyat dan    menggangu Himpunan aman ini kerana Dataran Merdeka bukan milik UMNO tetapi hak rakyat untuk digunakan sebaiknya.

Pihak penganjur Himpunan Bersih 3.0 bagi jaminan berhimpun secara aman dengan syarat Polis, FRU tiak ganggu himpunan ini, kata Chegu Bard.
Hadir sama,  Ahli Parlimen Batu, Thian Chua, Timbalan presiden PAS, Mat Sabu, Mantan menteri Penerangan , Datuk Syeikh Fadzil Kadir, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr  Mohd Hatta  Ramly.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI