Thursday, September 12, 2013

Jimat: Selesaikah masalah potong elaun menteri?

Pelabur Tidak Yakin Dengan Kerajaan, RM Jatuh



KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dilihat kekhuatiran pelabur luar untuk masuk negara ini akibat kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 2/3 majoriti pada pilihanraya umum yang lalu.


Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin menjelaskan pelabur melihat beberapa dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat, antaranya kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membuatkan mereka (pelabur) tidak yakin dengan kekuatan BN terutamanya perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat.

"Faktor utama kejatuhan RM adalah disebabkan ketidakstabilan kerajaan BN yang dilihat pelabur banyak kelemahan.

"Mereka melihat dasar mahupun apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentang dari pembangkang terutamanya jika melibatkan masalah rakyat," jelasnya.


Beliau berkata setiap tentangan Pakatan Rakyat mempunyai sebab tertentu dan tidak semua yang diputuskan oleh kerajaan itu tidak dipersetujui.

"Isu minyak kenapa kita tentang, walaupun kenaikan hanya 20 sen tetapi ia memberi kesan yang teruk kepada rakyat dan paling ketara adalah mereka berpendapatan rendah.

"Apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang bergaji bawah RM2,000 pendapatan tersebut tidak menjamin mereka untuk hidup selesa apatah lagi jika hidup di kawasan bandar," tegasnya.

Lajim yang turut mempersoalkan walaupun kerajaan memberi amaran agar harga tidak dinaikkan tetapi sejauh mana mereka dapat mengawalnya.

"Dulu bayaran pengangkutan dari Beaufort ke Kota Kinabalu hanya RM30 untuk dua hala tetapi sekarang meningkat RM10 menjadikan RM40 untuk dua hala.

"Apakah pengawalan yang diambil kerajaan, kos tambahan menyebabkan penguasa terpaksa menaikan tambang tersebut," sambung beliau.

Beliau berharap setiap pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi negara memerlukan jalan penyelesaian terbaik dan bukannya membebankan rakyat.

Turunkan harga kereta sebelum naik harga minyak


KUALA LUMPUR: “Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.


Beliau berkata, merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. 

Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

“Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. 

Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, ujar Rafizi sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

“Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau menjelaskan, bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, ujarnya Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

“Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan,” katanya lagi.

Tazkirah Jumaat : Pelihara Diri Daripada Ciri-ciri Munafiq

Tazkirah  Jumaat : 4 Ciri2 orang munafiq (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )
- HR Ahmad
Semoga peliharakan diri kita daripada ciri2 tersebut agar kita di hormati, di segani dan dipercayai. Perbaiki diri iman dan amal kita. siri peringatan buat diriku yang lupa agar sentiasa memudahkan urusan orang lain. Dan menjadi mukmin yang sejati. Ya-Allah kirimkan aku sahabat yang solih dan soliha yang sentiasa ingatkan diri ini kearah kebaikan dan mengingatimu, amiin ya rab

Kadang-kadang kita berjanji untuk senangkan kerja kita tanpa fikirkan kepada orang yang kita janji. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita janji itu perkara kecil jika kita tidak penuhinya. Akan tetapi sedarlah bahawa berjanji itu amat besar kesannya jika tidak ditunaikan. Bak kata pepatah, lembu dipegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya.
Lagipun menunaikan janji ini dipandang serius dalam Islam. Sehinggakan sesiapa yang tidak menunaikan janjinya akan dicop sebagai orang yang mempunyai sifat orang munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )
- HR Ahmad
Jadi, berhati-hati jika berjanji. Fikir dahulu sebelum berjanji samada kita boleh tunaikan janji itu atau tidak. Ketepikan perasaan kasihan ataupun tidak sampai hati. Lebih baik berterus terang sahaja jika kita rasa tidak boleh tunaikan janji. Biar dia terasa hati dahulu daripada dia terasa hati di kemudian hari yang akan memungkinkan terjejas perhubungan silaturrahim.
Malah lebih malang lagi jika kita tergolong ke dalam golongan manusia yang mempunyai sifat orang munafik. Wana’udzubillah…
Jadi, jangan ambil mudah bila berjanji. Fikirkan kesannya dari segi hubungan silaturrahim dan kesannya secara total terhadap ummat Islam.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI