Monday, November 16, 2009

Lawatan Ziarah warga Emas En Ismail B. Kaulan Kg Tengah 2, Bt 6 Gombak



DSCN0702

15hb Oktober, 2009 – Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali meneruskan tanggungjawab beliau untuk membuat lawatan ziarah warga emas di Kg. Tengah 2, Bt 6 Gombak.

Beliau telah menziarahi En. Ismail Bin Kaulan berusia 70thn merupakan Bekas Pengerusi JKKK. Kini beliau menghadapi sakit tua . Semasa usia mudanya En. Ismail juga merupakan orang yang aktif dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan memegang jawatan sebagai Ketua Kg. selama 25thn. Selain memegang jawatan Ketua Kg. beliau juga merupakan Penyelia Kemas dan telah berkhidmat selama 15thn. Beliau juga merupakan pembantu peribadi kepada Yb Dato’ Kaharudin Bin Mokmin, Bekas Exco Ahmad Razali semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN). Semoga kunjungan YB Dato’ Hasan kepada warga Emas di Kg Tengah 2, Bt. 6 Gombak akan mengeratkan siraturrahim antara rakyat dan pimpinan tidak kira bangsa agama & parti.

Sedikit sentuhan rasa santapan rohani daripada penulis untuk kita perbaiki diri kita kearah kebaikan dengan ingin mengingati antara satu sama lain iaitu sentiasa mengadakan sesi muhasabah diri Marilah kita didik diri kita, anak-anak dengan belajar daripada KEHIDUPAN. Cuba kita tanyakan pada diri kita, bilakah masanya kita berasa terlalu banyak melakukan KESALAHAN & KESILAPAN?? Bilakah pula kita melakukan KEBAIKAN dan segala Amal Kebajikan? Hati kecil kita sudah pasti akan menjawab” Semasa kita remaja.”Ya, apabila kita menoleh kebelakang, terasa diri terlalu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak kita buat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat telah dibuat. Sayangnya, kita tidak menyedari hakikat ini sehinggalah usia kita semakin meningkat menuju usia emas..lalu atas kealpaan itulah kita akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh ibubapa kita, datuk nenek moyang pada zaman remaja. Maka dengan itulah kita harus menyedarkan setiap insan didunia ini, bahawa alam ini hakikatnya adalah sebuah sekolah. Setiap kita adalah para pelajar. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Dan berbuatlah kebaikan dimuka bumi ini dengan memberi kebaikan dan menyeru orang lain juga sentiasa membuat kebaikan kepada orang lain dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH swt..Jika orang lain mengikuti apa yang kita buat maka ganjaran pahalanya amatlah besar, maka rebutlah wahai sahabat-sahabat semua ganjaran pahala yang ALLAH swt berikan pada hambanya.. Semoga usia kita lalui daripada muda hingga dimamah usia akan diisi dengan kebaikan dan mendapat keredhaan ALLAH swt sebagai bekalan kita di alam barzakh.


DSCN0696

Buat semua insan yg ALLAH swt telah pilih untuk diberi amanah dalam kerjaya, tugasan atau seorang pimpinan apabila diamanahkan sesuatu perkara dengan memegang jawatan hendaklah kita laksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya dengan penuh jujur agar bila tibanya di padang masyar untuk kita bertemu dengan ALLAH swt adalah begitu mudah untuk kita menjawabnya. Setiap amalan kita akan dicatit walaupun sekecil zarah. Mungkin didunia kita boleh berlakon dengan apa cara sekalipun tanpa pengetahuan orang lain sehingga orang lain tertipu dengan permainan & lakonan kita. Tetapi harus kita ingat dengan ALLAH tidak sama sekali kita boleh menipu dan menyorok walaupun dalam hati kecil kita berkata-kata. ALLAH sentiasa perhatikan gerak geri kita. Sesungguhnnya ALLAH swt amat mengetahui. Maka sebagai orang yang beriman haruslah kita adakan sifat bertuhan dalam diri. Apabila kita rasa TUHAN itu ada disisi kita, ada dalam hati kita insya-ALLAH kita akan menjadi hamba yang baik dan mentaati segala urusan yang diamanahkan dengan menjalankan dengan baik. Tetapi sekiranya kita tidak ada sifat ketuhanan dalam diri maka berbagai perkara kita lakukan, tanpa menyedari kita diperhatikan oleh ALLAH swt.. Tetapi ALLAH swt mempunyai sifat Al-Rahman (Pengasih) beri peluang pada kita dan dia amat menyayangi hambanya dengan beri peringatan melalui ujian samaada senang / susah agar hambanya tidak terpesong terlalu jauh dengan apa yang dia lakukan.. melalui ujian itulah hambanya akan mengingat kepada penciptaNya dan kembali kepada fitrahnya. Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH apabila semua pekerjaan kita lakukan keranaNya..waallahhualam.


KOLEKSI FOTO


DSCN0695











DSCN0696










Ketibaan YB Dato’ disambut oleh Keluarga En Ismail Bin Kaulan dan bertanyakan khabar kepada penduduk.



DSCN0704










DSCN0706










Sebelum pulang anak dan cucu En. Ismail sempat mengambil foto bersama Yb Dato’ Hasan yang mungkin mereka merasakan insan ini adalah Idola hati mereka dalam memberi motivasi pelajar.

sila layari menjadi members http://jkpzon11gombak.blogspot.com/



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI