Sunday, July 8, 2012

Bukti 3 Pelajar UNISEL Terima Anugerah, Hentikan Politik Dendam



 
GOMBAK:  Tiga pelajar  daripada Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima anugerah Skim Biasiswa Internship Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid, Dr Halimah menyampaikan replika cek pada pelajar cemerlang

Farahani Mohammed Zakaria, Nurul Nadiah Begum Sahabuddin Khan dan Azalea Ahmad Kushairi kesemuanya daripada jurusan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) berjaya memperoleh GPA 3.8 ke atas.

Profesor Dr Anuar  Ahmad,  Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) ketika ditemubual wartawan dalam Majlis Penerangan Geran Selangorku berkata, “setakat ini lima pelajar UNISEL telah berjaya mendapat pengiktirafan Kerajaan Selangor  Pakatan Rakyat kerana prestasi cemerlang sepanjang pengajian dan ketika menjalani latihan amali. 

“Sokongan ibubapa, berkat ilmu pensyarah dan kegigihan untuk ke peringkat sarjana, membolehkan tiga pelajar Universiti Selangor (UNISEL) cemerlang sehingga menerima anugerah  tersebut.

Ini jelas terbukti bahawa UNISEL mampu melahirkan pelajar yang berjaya setiap tahun walaupun terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan manpulasikan pelbagai  isu pada UNISEL”, kata Dr Anuar.

Menurut Dr Anuar, kelayakan dan pemilihan peserta dianjurkan oleh ELS Language Centre, sebuah isntitusi Francais dari Amerika Syarikat. 
Hardcore, Walaupun berdemam kuatkan hati meraikan mahasiswa.

ELS juga menyediakan pembelajaran Bahasa Inggeris khusus kepada mereka untuk menyambungkan pengajian di Amerika Syarikat. 

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali turut hadir Majlis Penyampaiaan Anugerah UNISEL berkata, “ saya harap kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada pelajar UNISEL lain untuk bersaing secara sihat dalam mencapai kejayaan.

“Besar harapan agar masyarakat luar meletakkan nama UNISEL sebagai Hub Pendidikan unggul serta pilihan utama rakyat negara ini dan luar Negara. 

“Segala kritikan tidak sihat, politik dendam  yang dilontarkan oleh pihak UMNO-BN pada Unisel perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat khususnya kepada mahasiswa.

Sikap parti UMNO inilah sekaligus memberi tekanan kepada mahasiswa yang ingin belajar dengan tenang tetapi telah diganggu untuk kepentingan parti mereka tanpa memikirkan masa depan mahasiswa, kata Dr Halimah di Dewan Majlis Perbandaran Selayang  (MPS) Taman Gombak, Greenwood, di sini kelmarin.


 Sementara itu Farahani Mohammed Zakaria bersyukur menerima anugarah ini dan menyifatkan kejayaannya atas usaha dan sokongan daripada semua pihak.

“Nasihat saya kepada pelajar UNISEL yang ingin berjaya supaya belajar dengan rajin dan serius,” katanya ketika ditemui.

Menurut Nurul Nadiah Begum, yang mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana, para pelajar diingatkan supaya mendapatkan keberkatan daripada pensyarah jika mahu berjaya.

“Saya sangat gembira menerima anugerah ini kerana bukan senang untuk mendapat anugerah seperti ini,” ujarnya.

Azalea Ahmad Kushairi, “sebagai Mahasiswa kami rasa terharu dengan anugerah yang diberikan, dan berterima kasih kepada semua pihak pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri Selangor yang tidak jemu membantu semua mahasiswa. 
Penerima Anugerah bergambar kenangan bersama saf pimpinan  PAKATAN Rakyat
“Isu PTPTN yang menjadi panas bulan lepas sepatutnya tidak di manupulasikan oleh pihak kerajaan  pusat yang sekaligus memberi tekanan kepada mahasiswa.

PTPTN penting kepada semua mahasiswa yang ibubapa mereka pendapatannya adalah rendah”.

“Bagaimanapun isu ini telah selesai dan diharap pihak berwajib tidak lagi memberi tekanan kepada mahasiswa lagi”, kata Azalea.

Hadir sama, Saf –saf pimpinan Kerajaan negeri Selangor, Ahli Majlis MPS Zon 11, Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abd Aziz.


Editor : Khaulah Azwar

3 Artis Terkenal Serta Bantah ISA


KEMTA Kemunting Taiping Perak, 8 Julai :  Suatu kejutan dan tercatit sejarah dalam bidangseni tanahair telah berlaku di negeri Perak apabila perhimpunan protes ISA yang berlansung dihadapan pintu utama KEMTA dihadiri 3 orang artis yang prihatin dengan tahanan yang dilaporkan seramai 45 orang didalamnya diperlakukan penginayaan terhadap mereka yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan mogok lapar untuk memprotes dari dalam kem tersebut.

Abby Abadi yang pernah memengang watak Insektor Aliza dalam filem Gerak Khas melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. 
"Mana slogan mesra,cepat dan betul yang dilaungkan pihak polis...mana slogan Janji Ditepati yang dicanang pemimpin UMNO BN yang kononya ISA dimansuhkan...??? 
Abby bersama rakyat yang hadir tuntut hentikan ISA
Mengapa masih ujud kem tahanan sebegini dalam negara,saya kecewa melakon watak polis yang digambarkan baik..sebaliknya pihak polis bershubahat melakukan kezaliman terhadap tahanan semata-mata mendengar pihak atasan" Ujar Abby ketika diberi peluang berucap dalam perhimpunan ini.
Manakala Hairei Othaman yang suatu masa dulu pernah berlakon watak Leftenan Adnan mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim ini dari terus berada dimuka bumi Malaysia ini.
Leman Raja Lawak dalam mesej lawaknya mempersoalkan sikap pemimpin UMNO yang tidak cerdik memberi komen dalam twitter bahawa makan lambchop lebih baik dari layan kehendak perhimpunan ini.
Perhimpunan aman hari ini mencecah 300 peserta dan telah memberi semangat buat keluarga mangsa tahanan yang hadir sama dan pihak penganjur (GMI) berterima kasih kepada semua yang terlibat dan merakamkan syabas buat artis yang terlibat hari ini.
Perhimpunan ini  diakhiri dengan gimik membakar gambar Najib dan Hishamuddin yang didakwa menipu rakyat dengan mengatakan akta zalim telah dimansuhkan sebaliknya ianya sebuah janji kelentong kepada rakyat. 
gambar Najib dan Hishamuddin Dibakar rakyat, kerana gagal lunas janji
Turut serta dalam perhimpunan ini ialah beberapa pemimpin parti politik seperti Ust Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ust Fakharudin YDP PAS Taiping,Sdr Khairul wakil PKR serta berberapa tokoh hebat dari  mahasiswa tanahair.
Dijangkakan perhimpunan sebegini bakal diadakan pada minggu hadapan dengan harapan pihak yang berkenaan dapat membebaskan tahanan yang teriniaya didalam kem tersebut. Semoga perhimpunan akan datang akan lebih ramai lagi penyertaan dari Pimpinan Pakatan Rakyat.



Respond fb :

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI