Sunday, March 3, 2013

Kerajaan UMNO Perlu Bertangggungjawab Kejadian Menembak di Lahad Datu



SHAH ALAM: Pakatan Rakyat  mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban di dalam kejadian tembak-menembak di Lahad Datu, Sabah kelmarin  antara anggota keselamatan dan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.
azmin pc DNS 01

Presidennya Azmin Ali menggesa Kerajaan Umno-BN memberi penjelasan bagaimana situasi pencerobohan tersebut boleh berlarutan selama dua minggu sehingga dua anggota polis itu terkorban dan tiga lagi tercedera.
Sehubungan itu," saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Moga ruh pahlawan negara tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh,” katanya .

Beliau turut memberikan penghargaan dan tahniah buat seluruh pasukan keselamatan diatas keberanian serta dedikasi mempertahankan negara.
Laporan media hari ini menyatakan dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban itu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud.
Manakala tiga yang tercedera ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.
Dalam kejadiaan pukul 9.50 pagi itu, 12 penceroboh terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.
Azmin berkata adalah tidak masuk akal pencerobohan itu berlarutan selama hampir dua minggu.
“Kenapa YAB Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas mempertahankan kedaulatan negara? ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Kita menggesa YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang terperinci kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi serta kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu,” ujarnya lagi.


Editor : Khaulah Azwar

Tuduhan Buang Angpow Motif Politik Jahat

Isu Pencerobohan Lahad Datu (Sabah)



Situasi sebenar bermulanya Krisis Pencerobohan Lahad Datu. Yang patut Rakyat Malaysia tahu, ini bukan sekadar Pencerobohan Lahad Datu, ianya adalah pada Skala Besar... Lebih tepat lagi kalau disebut Pencerobohan Sabah.

Fakta: Sabah adalah sebuah Negeri Pajakan. Maklumat mengatakan bahawa Sabah adalah sebuah Negeri yang di Pajak kepada Malaysia oleh Kesultanan Sulu & Perjanjian Pajakan akan berakhir pada pertengahan bulan Mac.

Lepas berakhir tempoh Pajakan, Filipina akan membawa kes Tuntutan Sabah sebagai Hak Negara Filipina ke Mahkamah Dunia.

Pembuktian Hak perlu dibuat di Mahkamah untuk Tuntutan tersebut. Antara bukti yang perlu di ketengahkan (antaranya) ialah Kehadiran Rakyat Filipina di Sabah sebagai Penduduk Tetap.

Hari ini lebih dari setengah juta Rakyat Filipina berketurunan Sulu sudah berada di Sabah. Bukan saja diiktiraf sebagai Penduduk Tetap malahan diberi Kerakyatan melalui Projek Pemberian IC tajaan Barisan Nasional dalam kempen Pilihanraya Umum di zaman Mahathir Mohamad.

Kerajaan Malaysia tahu akan perkara ini, maka diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012 atau lebih dikenali dengan RCI.

Filipina melihat isu RCI sebagai ancaman keatas Tuntutan yang bakal dibuat oleh Filipina keatas Sabah di Mahkamah Dunia dimana kemungkinan besar, Rakyat Filipina berketurunan Sulu yang berada di Sabah kebanyakannya penerima IC Projek akan dibatalkan Kerakyatan Negara Malaysia & dihantar pulang ke Filipina.

Jika ini berlaku, Filipina akan gagal dalam pembuktian Utama dalam Tuntutan yang bakal dibuat di Mahkamah dunia.

Persefahaman dimeterai antara Kerajaan Filipina dengan Pejuang Sulu dengan Perjanjian Pengiktirafan Sabah (sekiranya berkaya dituntut) akan diberi kepada Kesultanan Sulu & menjadi salah 1 Negeri dalam Negara Filipina.

Persetujuan yang dicapai ialah Tentera Kesultanan Sulu menyusup masuk ke Malaysia & membuat Tuntutan mereka sedangkan Agenda Utama Pakatan tersebut ialah bagi menggagalkan usaha Malaysia dalam OPS RCI.

Kegagalan OPS RCI bermakna kemungkinan Besar Filipina berjaya dalam Tuntutan Hak keatas Sabah di Mahkamah Dunia terbuka luas. Sabah adalah sebuah Negeri yang kaya dengan Hasil Bumi: Petrolium, Balak & Hasil Laut.

Isu paling besar bagi  rakyat sekarang ialah "Kemana Arah Pemikiran Pimpinan Negara terutama Barisan Nasional"..?

Situasi Politik di Sabah sekarang mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Pimpinan Barisan Nasional. Angin Perubahan yang kencang sedang berlaku di Sabah. Laungan "Ini kalilah" bergema dimana-mana termasuk dikalangan Masyarakat Sulu berstatus Warganegara Malaysia di Sabah.

Tindakan keras keatas Tentera Sulu (yang dibelakangnya Kerajaan Filipina) akan mengakibatkan Kehilangan Undi dalam Pilihanraya akan datang akibat sentimen "Inikalilah" ditambah pula dengan kesan "Kemarahan" atas tindakan keatas saudara-saudara mereka para tentera Sulu.

Jika dibiarkan mereka (Tentera Sulu) bermaharajalela kesannya ialah kemungkinan untuk Malaysia kehilangan sebuah Negeri yang kaya sangat besar sekiranya Tuntutan Filipina di Mahkamah Dunia kelak berjaya.

Masuk bab Politik.

Kesilapan besar Kerajaan Malaysia dibawah Kepimpinan Barisan Nasional ialah "Gila Kuasa". Kerana penyakit "Gila Kuasa", kerakyatan secara besar-besaran diberi kepada Pendatang Asing semata-mata untuk meraih undi dalam Pilihanraya.

Kesannya dapat kita lihat sekarang.

Isu "Pajakan Sabah" tidak cuba diselesaikan dari awal... Samada terlepas pandang atau tiada kalangan Pimpinan yang "mampu berfikir" itu kita tak tahu.

Pepatah terbaik pada masa ini: "Nasi Sudah Menjadi Bubur".

Semua rakyat tahu siapa sultan sulu, depa tak lain adalah puak-puak UMNO juga yang sudah sah ada bukti adalah ahli UMNO.. 

Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Balasubramaniam -Pembunuhan Altantuya


SHAH ALAM : Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.
Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.
Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.
“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.
“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya.
Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'


MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

(Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11)

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari


Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya.

Sumber : harkahdaily.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI