KUALA LUMPUR: Hanya menyalah Sekolah Agama Rakyat (SAR)
tidak mahu mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
dengan Kementerian Pelajaran untuk tidak mendapat peruntukan dari
Kerajaan Pusat adalah alasan yang lemah dan menunjukkan diskriminasi ke
atas SAR.
Sehubungan itu, Teras menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengadakan
pertemuan bersemuka dengan wakil SAR untuk mendengar alasan mereka
kenapa ada yang tidak mahu mendaftar sebagai SABK.
“Adalah sangat angkuh bila Timbalan Menteri Datuk Puad Zarkashi
menuding Lembaga dan Mudir SAR tidak mahu kehilangan kuasa jika
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana ini seolah menyatakan SAR
ditubuhkan untuk kepentingan peribadi,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi
Abdul Hamid.
Katanya, pihak menteri perlu kembali kepada dasar memberi peruntukan
perkapita kepada SAR seperti sebelumnya yang telah dibatal oleh kerajaan
ketika Tun Mahathir menjadi PM.
Beliau
berkata, Tun Mahathir dan Timbalan PM ketika itu termasuk sejumlah
menteri dalam kerajaan telah menuduh SAR sebagai sarang pembangkang dan
Datuk Seri Najib sendiri menyatakan SAR adalah umpama bom jangka.
“Inilah sebenarnya alasan yang menyebabkan SAR dianaktirikan. Pada
hal jasa dan manfaat kepada rakyat tidak dapat dinafikan termasuk
meringankan beban kerajaan untuk menyediakan sekolah aliran agama yang
semakin popular di kalangan masyarakat Islam,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
|
Kerajaan Pusat sentiasa meminggirkan keperluan sekolah SAR. |
Justeru, ujarnya Teras menggesa pihak kerajaan
mendengar tuntutan wakil guru dan pelajar yang telah berhimpunan di
Parlimen hari ini
(gambar) untuk menuntut hak mereka dari kerajaan.
Menurutnya, SAR adalah institusi rakyat yang unik di negara ini
sebagai upaya dari masyarakat Islam yang mahu melaksanakan pendidikan
Islam dalam erti kata sebenar.
“Walaupun mungkin ada kelemahan yang boleh diperbaiki namun
pendekatan yang harus dilakukan harus bersifat mengukuh dan menambahbaik
bukan mengambil alih seperti yang ada dalam skim dan syarat SABK,”
ujarnya lagi.
BAJET 2013 :
400 juta = Sekolah Kebangsaan,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
100 juta = Sekolah Mubaligh,
100 juta = Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
100 juta = Sekolah Berasrama Penuh
100 juta =Maktab Rendah Sains MARA.
????juta = Sekolah Agama Rakyat??