Friday, August 28, 2009
PRK PERMATANG PASIR, KEMENANGAN yg dijanjikan ALLAh dlm Bulan Ramadhan
Wednesday, August 26, 2009
Keratan Akhbar Metro-Wang Palsu Bawah Pintu utk hadiah pengundi..Rakyat tertipu
Tuesday, August 25, 2009
Bln Rmadhan Bln KEMENANGAN..JANJI ALLAH yg PASTI AKAN BERLAKU JG.
Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
Wed | Aug 26, 09 | 8:51:10 am MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi. "Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi," katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS. Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan. "Terima kasih kepada seluruh jentera PAkatan RAkyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja melawan jentera BN.Kita InsyaAllah akan meletakkan satu tanggungjawab yang baik dan bekerjasama di semua pihak," katanya. Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri. Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka. "Ini membuktikan bahawa rakyat memang menolak Barisan Nasional. Mereka menaruh harapan kepada parti Pakatan Rakyat dan kita telah tunjuk kepada rakyat di Permatang Pasir bahawa Pakatan Rakyat boleh bekerjasama dengan padu," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi. Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999._mna _ |
Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar
Harakahdaily Tue | Aug 25, 09 | 7:16:13 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551. Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu. Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999. Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja. Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu. PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000. Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.
Walaupun diuji dengan berbagai menhnah dan tomahan UMNO semaasa menjalankan tugasan pihak petugasa dan penoyokong PAS sentiasa bersabar daam melayani kerenah mereka _ |
Monday, August 24, 2009
Minum Arak - Dalilnya
Dalam kesibukan ana menjalankan tugasan di Permatang pasir.. tiba-tiba wartawan tel minta buat usalan kes isu arak kartina.. dtg pula wartawan harakah minta siapkan beberapa isu lain.. adui ana rasa mcm nak meletup kepala ni.. minta 4ribu ayat..kena submit 12pagi ni..adui sonang je order.. ana dh le jamed nk pk prk punya tugasan.. tiba2.ada pula minta ulasan..
ya-allah ampunlah dosaku.. andai terdetik dihati dgn keluhan berilah ketenangan dan kelapangan kemudahan dlm apa jg ikhalaskan amal iabdatku krn mu.. .. hambamu sgt lemah. berilah kekuatan dgn kirimkan shbt2 membantu hambamu.. amiin ya rab.. soalan yg timbul.. tanya tentang hukum syariah lagi tu.. ei.. salah org depa ni.. ana bukan amik low... xpe le utk puaskan hati para wartawan ana hanya mampu beri jwpn dibawah hukum dpd kitab allah. so ana taknak buat ulasan apa2.. .. semoga shbt2 lain dpt kongsi bersama bantu cari jawapan wartawan kita tentang hukuman..waallahhualam
MINUM
58. (1)
(2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
HUKUM MINUM
59.Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90
HUKUMAN ORANG YANG MINUM
60.Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-
Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.
KESABITAN KESALAHAN MINUM
61. (1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-
(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan.
(2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.
(3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.
(4) Dalam qanun jinayah syar'iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 51 ceraian (2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumannya dengan kes ''Wati' Syubhat'' (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termauk dalam kes yang syubaht yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas perlakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abudullah bin Mas'ud ra.
Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.
(5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.
(6)Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.
PEMINUM
62.(1) Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:
(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.
(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.
(2) Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-
Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.
(3) Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-
Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.
(4) Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman had. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-
Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.* -surah al-baqarah 173
* Fiman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.
(5) Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman had keatas mereka yang melakukannya.
Salleh dilantik YDP Maipp jika menang -Yaallah kami sdh berusaha etakat yg kamu mampu kini kami serahkan segalanya pdmu..amiin ya rab
Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor Mon | Aug 24, 09 | 10:57:00 am MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri. Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak. Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir." Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. (Gambar: Hubungan rapat Lim dan Salleh untuk kepentingan umat Islam Pulau Pinang) "Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya. Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah. Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang. "Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz. "Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi. Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh. _ |
Sunday, August 23, 2009
MINGGU ORIENTASI IPTA JADI MEDAN KEMPEN UMNO BN
Maklumat ini daripada ummi ustazah mariyam dimana anak beliau dipaksa melakukan perkara tersebut..waallahhualam http://ustazahmariam.blogspot.com/
Sumbangan Yb Dato’ pd masjid-masjid di Simpang 3, Gombak, sempena ketibaan Bln Ramadhan
Saat-saat menanti ketibaan bulan Ramdhan oleh setiap umat ISLAM, maka dengan itu setiap orang ingin buat amalan yang terbaik untuk bekalan diakhirat nanti.
Dengan itu pada 17hb Ogos, 2009 di Masjid Simpang 3 YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali serta Kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setiap juga ingin merebut peluang yang ada dengan membuat program sumbangan ikhlas pada semua masjid-masjid untuk dibuatkan berbagai aktiviti yang berfaedah dan digunakan untuk persiapan bekalan makanan utntuk berbuka puasa sepanjang bln Ramdhan. Semoga sedikit sumbangan dihulurkan akan diterima oleh ALLAH swt untuk membantu masjid-masjid untuk sama-sama mengimarahkan program dibulan ramdhan bersama semua penduduk walaupun sebesar biji sawi insya-ALLAH.
Koleksi Foto sumbangan Ihya Ramdhan.
Ceramah YB Dato’ sebelum penyampaian sumbangan
YB Dato’ bersama En Omar dan Nazir Masjid..bukan penyayi Nasyidye..
Pelukan Kasih Sayang seorang mukmin pada saudaranya
“Berangkat & bergembiralah kerana ALLAH menjanjikan kepadaku salah satu diantara 2 golongan demi ALLAH, aku seolah-olah melihat tempat-tempat mereka bergelimpangan”.
Dikesempatan yang ada YB dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia ingin sekali mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramdhan. Semoga tahun ini merupakan tahun pesta Ibadat pada kita untuk mencapai maradhatilah.
Editor : Khaulah Azwar
Saat-saat menanti ketibaan bulan Ramdhan oleh setiap umat ISLAM, maka dengan itu setiap orang ingin buat amalan yang terbaik untuk bekalan diakhirat nanti.
Dengan itu pada 17hb Ogos, 2009 di Masjid Simpang 3 YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali serta Kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setiap juga ingin merebut peluang yang ada dengan membuat program sumbangan ikhlas pada semua masjid-masjid untuk dibuatkan berbagai aktiviti yang berfaedah dan digunakan untuk persiapan bekalan makanan utntuk berbuka puasa sepanjang bln Ramdhan. Semoga sedikit sumbangan dihulurkan akan diterima oleh ALLAH swt untuk membantu masjid-masjid untuk sama-sama mengimarahkan program dibulan ramdhan bersama semua penduduk walaupun sebesar biji sawi insya-ALLAH.
Koleksi Foto sumbangan Ihya Ramdhan.
Ceramah YB Dato’ sebelum penyampaian sumbangan
YB Dato’ bersama En Omar dan Nazir Masjid..bukan penyayi Nasyidye..
Pelukan Kasih Sayang seorang mukmin pada saudaranya
“Berangkat & bergembiralah kerana ALLAH menjanjikan kepadaku salah satu diantara 2 golongan demi ALLAH, aku seolah-olah melihat tempat-tempat mereka bergelimpangan”.
Dikesempatan yang ada YB dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia ingin sekali mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramdhan. Semoga tahun ini merupakan tahun pesta Ibadat pada kita untuk mencapai maradhatilah.
Editor : Khaulah Azwar
Saturday, August 22, 2009
Fasa pertama kempen PAS berjaya..
Oleh Haris Zalkapli Sat | Aug 22, 09 | 3:41:36 pm MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Dalam permainan simbol kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, PAS sudahpun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan.Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh diperkatakan. Calon Barisan Nasional pula menjadi perhatian sejak hari penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam sebelum ini. Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media berasingan diadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadapnya. Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari-hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, Umno dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS. Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletakkan calon bermasalah ini. (Gambar: Yusri, bekan rakan kongsi Rohaizat bangkit membela diri) Media pro-Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkannya dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu. Apapun yang cuba dikemukakan oleh Umno, hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya kecil ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin. Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI. Satu demonstrasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu. PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program-program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi Dun Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti. Isu Melayu Kempen PAS di Permatang Pasir pula telah menyaksikan kehadiran Dato A Samad Said berkempen menyerang parti pemerintah kerana lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah. Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini mampu membawa manfaat besar kepada parti itu, yang bersaing dengan agresif dengan Umno untuk memenangi hati dan minda orang Melayu. Ketika isu pengkhianat bangsa dimainkan Umno, PAS mengemukakan isu PPSMI ini yang mampu meningkatkan imejnya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu. PPSMI menjadi satu simbol paling mudah diperhatikan melibatkan perjuangan Melayu, antaranya disebabkan individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kempen menentang program bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu. PAS telah melakukan satu tindakan tepat dari sudut politik apabila menganugerahkan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya yang lepas di Shah Alam, Selangor. Tindakan PAS itu telah menempatkan aktivis-aktivis bahasa Melayu dalam kemnya, menaikkan lagi imej PAS dalam perjuangan isu-isu Melayu. Inilah yang diteruskan melalui kempen Samad Said di Permatang Pasir. Selain bekas rakan kongsi Rohaizat, Samad Said menjadi tumpuan utama kempen di Permatang Pasir yang menyaksikan perang poster yang sangat minima. Tidak seperti kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang berlaku di kawasan yang sama dan Dun Manek Urai sebelum ini, Permatang Pasir tidak menjadi medan poster-poster berbentuk kenyataan keras, karikatur dan kartun menyerang individu atau kumpulan tertentu. Kempen di Permatang Pasir kini memasuki fasa kedua, berlangsung dalam bulan Ramadan. Setakat ini, kempen berjalan dengan hanya sedikit isu besar nasional. Selepas menyaksikan kempen dengan isu nasional sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, penduduk Permatang Pasir kini melihat kempen yang mungkin paling bersifat setempat. _ |