Thursday, November 24, 2011

Jom Imarahkan Program Membawa Cahaya Ke Dalam Rumah


Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir.

Fadhilat surah As-Sajdah


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat.

la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah.

Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.
Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.


Editor : Khaulah Azwar

Lima Buah Sekolah sekitar DUN Bukit Antarabangsa menikmati Bantuan Cermin Mata Percuma




Ampang Jaya : Lima buah Sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa telah menikmati bantuan cermin mata percuma bagi membantu meringankan bebanan ahli keluarga semua pelajar yang pendapatan mereka RM1500 ke bawah, golongan KUrang Upaya (OKU) dan fakir miskin.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata demikian ketika di hubungi oleh media petang semalam “ Program Pemeriksaan Mata Percuma dengan kerjasama Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTO) telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu, Ampang baru-baru ini.

Antara Sekolah yang terima bantuan pemeriksaan mata percuma adalah Sekolah Kebangsaan Satu Taman Keramat, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Ampang, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC), Sekolah Kebangsaan Ampang dan Sekolah Renah Agama (SRA) Kampung Melayu Ampang.

Jelasnya lagi, bantuan yang bertujuan untuk membantu rakyat dalam telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerja murni ini telah diusahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) bagi membantu rakyat Selangor tanpa mengira parti dan warna kulit bagi membantu kelengkapab pembelajaran kepada anak-anak mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN mengulas lagi, Setiap sekolah disasarkan 100 cermin mata kepada pelajar yang layak menerimanya. Sumbangan cermin mata yang sudah siap insya-Allah akan disampaikan oleh saya sendiri dalam satu majlis yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Sementara itu, Pengetua sekolah Agama Kg. Melayu Ampang Rosnani Yusran memuji dengan sikap prihatin kerajaan negeri Selangor dalam usaha meringankan bebanan rakyat.

Katanya, usaha murni ini menunjukkan kerajaan negeri begitu komited dalam memberi bantuan kepada golongan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya berharap program seumpama ini terus dilaksanakan pada masa akan datang demi memberi peluang kepada pelajar demi menikmati pembelajaran yang lebih baik, kata Rosnani kepada media.

Editor : Khaulah Azwar

Rakyat Mahu Program MammograSel di teruskan





Lembah Pantai : Seramai 27 orang golongan wanita berumur antara 35 – 65thn telah menerima rawatan MamogramSel yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Di fahamkan oleh petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, Jamilah Awang, walaupun program MammogramSel ini baru di laksanakan tahun lepas di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Selangor namun negeri Wilayah yang merupakan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak ketinggalan menerima program kesihatan ini yang rata-ratanya mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma.

Jelasnya, mereka yang telah mendaftar diri untuk membuat pemeriksaan mamogramSel telah hadirkan diri jam 12 tengahari walaupun masa yag di tetapkan oleh pihak pengurusan PKM Lembah Pantai 1 tengahari. Ini menunjukkan mereka begitu berminat untuk mendapat khidmat kesihatan tersebut lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan pemeriksaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) adalah percuma, katanya.

Sehubungan dengan itu, Nurul Izzah pula berkata, program MamogramSel yang diadakan ini adalah merupakan program kali kedua tahun 2011 diadakan di sekitar Lembah Pantai mengikut tarikh dan masa yang telah di tetapkan oleh Forrest Medical Center.

“Saya mengalukan-alukan semua rakyat sekitar Lembah Pantai untuk mendaftar diri mereka untuk menerima rawatan percuma ini kerana jika mereka membuat pemeriksaan MammogramSel di luar sudah pasti dikenakan kos yang tinggi antara sekitar RM120 sehingga RM150 yang tidak mampu dibayar oleh rakyat lebih-lebih lagi rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang besar.

Menurutnya, Kerajaan negeri Selangor (PR) telah menjalankan kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat tanpa mengira kaum dan parti yang di sokong. Pemberian yang diberikan adalah percuma dan telah mendapat sambutan yang baik di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan semenjak kempen ini dilaksanakan.

Beliau mengulas, Mamogram adalah satu ujian x-ray khas untuk menghasilkan imej-imej terperinci payudara yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Ia adalah kaedah yang amat berkesan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal.

Pemeriksaan ini dilakukan oleh jururadiografi ia akan menghasilkan imej payudara yang kemudian akan diproses secara digital dan di cetak dalam filem. Hasil tersebut Doktor Pakar Radio logi akan meneliti filem-filem itu untuk mengesan mereka mengalami penyakit payudara, samada kanser atau sebaliknya, kata Izzah.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan juga menjelaskan bahawa risiko ini selalu berlaku kepada wanita berumur 40 tahun keatas, sejarah kanser payudara atau ovari dalam keluarga yang pernah menghidapi kanser payudara, baligh awal sebelum 12 atau menoupose lewat 55 tahun keatas, berat badan yang berlebihan, wanita yang melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun keatas dan wanita yang tidak mempunyai anak.

Justeru itu, saya harap semua rakyat tidak ketinggalan untuk mengikuti program mammogram yang di anjurkan oleh Kerajaan PR kerana pemeriksaan yang diberikan percuma termasuk kos pengangkutan yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO-BN), kata Izzah yang turut hadir membawa rakyat untuk membuat pemeriksaan di Forrest Medical Group, Kepong.

Rodziah Abd. Latif 40thn ketika ditemubual berkata, program yang dianjurkan oleh Kerajaan PR amat baik sekali dan tidak pernah di terima semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

Informasi program MamogramSel ini telah diwawarkan oleh PKM, Lembah Pantai dan diharap program ini terus dilaksanakan.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan tersebut masih belum di ketahui dan Doktor menyatakan akan dapat dalam masa 3 minggu, kata Rodziah.

Therasa a/p ambrose 61thn pula mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai yang tidak putus mengadakan program untuk membantu rakyat tanpa kira kaum dan parti.

Sebelum ini saya tidak pernah menerima pemeriksaan percuma seperti yang dianjurkan oleh Kerajaan PR, tetapi 3 thn lebih PR perintah rakyat dapat menikmati berbagai bantuan seperti bantuan pendidikan, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Kesihatan percuma dan sebagainya.

Akan datang saya harap program ini diteruskan untuk membantu rakyat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, tidak bekerja untuk membiayai kos mammogram yang jika di buat pemeriksaan di Hospitaldan klinik akan dikenakan bayaran RM120 tetapi program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor adalah percuma dan saya amat berpuas hati, kata Therasa.

Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI