Friday, May 29, 2009

Apa yg tak kena dgn diri ana ni??

hospital.. syafakillah..
salam..

Semalam ana rasa macam boring buat keje semua tak kena.. banyak perkara yan bermain difikiran..kadangkala ana rasa mcm bosan sgt.Dimana silap ana menguruskan masa. Ya-ALLAH ampunilah dosaku... rasa mcm ada kekurangan dlm hdp ana sejak akhir2 ini bila ana rasa terlalu bnyk kejar hal dunia.. ye ana rasa majlis ILMU dh bnyk ana ketiinggalan...teringat kata utz ana bila seminggu kita tak jejak kaki ke majlis ilmu hati akan jd keras & hitam ..ya-allah.. apa nak jd dgn ana ni...astagfiruallahhalazim.. :(

So ana nekad dlm rabu-jumaat ni ana x nak balik lewat sgt.. ana kena arrangedkan masa ana balik taknak leka hal dunia sgt.. sapa2 nak jumpa ana pun ana akan g kelas pengajian dulu.. buat hati ana jd tak tenteram...

Padahal bnyk perkara yg ana nak kena buat tapi menjadi tergendala bila laptop, broadband dah kena masuk ICU. Sepatutnya org yg masuk ICU ni muslimin GS sorg ni anak dia sakit dgn ana punya laptop yg dia nak tlg repairkan masuk ICU.. sabar je le.. namun pun begitu ana doakan moga akhie tersebut diberi ketabahan dlm hadapi ujian bila anaknya yg baru lahir masuk

Walaupun ana dikejutkan kepulangan abg long ke rahmatuallah, disebalik kesedihan ada jg yg sudi merawatnya..alhamdulilah hr ni tautan ukhwwah kembali berputik.. erm.. adik genarasi ana di UKM.. sudah sekian lama x berhubung tiba2 sergah ana dlm YM.. Ukhti Mahara.. Syukran adk.. adk yg paling cengeng adik bongsu..walaupun dh berkahwin tp cengeng nya tu amasih tak hilang.. manja sgt.. tak lama lagi dpt lagi anak buah le ana.. hrp2 biarle bulan 8.. blh celebrate birthday sama.. tp kata umminya mgkn awal bln 7 kot.. huhu.. .. yg mengembirakan hati ana bila dimaklumkan dia akan pulang ke m'sia tak lama lagi katanya sejengkal kera je le akak tunggu ye.. (5/6/09) pejam celik cepat masa berlalu.. tapi masa ni ana bertugas muktamar pusat.. xpe le.. slps ni 3 minggu dia akan pergi kursus baru nak jumpa ana.. rindu ana pd ukhwwah yg sekian lama menyepi.. kami terpisah bila adk ana sorg ni dh grade.. puas ana mencari no tel dia.. akhirnya berjaya jg bila simcard lama ana dpt detect.. puas ana gegarkan UKM cari adk2 j ana tlg dptkan list MPP UKM.. solat hajat ana panjatkan moga ALLAH pertemukan kami kembali.. itulah ukhwwah bertemu & berpisah krnnya.. akhirnya perpisahan itu ALLAH pertemukan kembali..

Ana harap diberi peluang bertemu dgnnya kembali..mengorak langkah utk teruskan sisa perjuangan dimana saja kita berada.. syukran ukhti.. moga slmt pulang di bumi m'sia meneruskan khdpn sbg khalifah. ana menungguh buah tangan dpd Jordan.. x sabar ni..

3:30 ptg ana layangkan SMS pd ukhti Laila.. ajak riadah, nak ajak imah sure dh terbang ke melaka ada prg disana,. yan.. erm tentu bz dgn site office dia.. sem ni adk2 ana ramai yg tak balik lg.. hah.. boring nya..

5:00 ptg mek liza ajak main badminton.. :)... inilah saat ana tunggukan sdh lama ana tak hayunkan badminton ini kt tgk sapa jaguh DUN GS..

Khaulah Azwar (JKP GS) VS Liza (MTD)
set 1 :
: 15 (Khaulah)
: 08 (Liza)
2x kena mek liza smash..

Set 2 :
:15 (Khaulah)
: 10 (Liza)
Set 3
: 15 (Khaulah)
: 07 (Liza)
: 3 x mek liza kena smash

Huh,.. tak sangka masih kuat lagi ana menghayunkan badminton ni.. so ptg ni x pasal2 mek liza kena open table mkn laksa Utara... terpeleut le muka mek tu.. insya-allah nanti kita main lagi.. ayuh shbt2 kita lawan kalah mati,.

Tempahan Jubah daripada Jordan..

salam.. shbt2 yg menziarah ke teratak blog ana, tidak lama lagi kita akan berhadapan 1bln lg.. siapkan kemantapan rohani kita utk bertemu 3 bln kekasih ALLAH ni.. dgn mentarbiyahkan diri puasa2 sunat sebelum berdepan bulan rejab, syaaban dan akan menantikan saat yg dirindui iaitu bln ramadhan.. dikesempatan ini ana ingin menjemput shbt2 kunjung ke blog adik ana utk membuat tempahan jubah daripada jordan. jika berminat blh email / tinggalkan message dlm cbox ana.. insya-allah ana akan hubungi antum ..

http://irisjubah.blogspot.com

Maaf blog masih under construction..

Syukran...:)

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur

Salam Takziah buat adk Mazrina Hani & keluarga ana di kg Johor...Awal pagi ni ana terima SMS 9:10 am daripada adk ana yg jauh di perantauan.. dkt M'sia jg le.. hati tiba2 jadi sayu bila terima SMS menyatakan Abg long telah pulang kerahmatuallah, dikebumikan di JB meninggalkan seorg balu dan anak 9 org. :(

Moga k.long diberi ketabahan utk teruskan kehidupan. K.long tak bekerja.. so ana rasa mcm kesian pun ada.. tp hrp selepas ini k.long akan dpt bangun daripada kejatuhan ini utk meneruskan kehidupan bersama anak2.. adk ana ina, jgn sedih sgt.. setiap yg bernyawa pasti akan mati, bila jd begini ana teringat arwah ayah dulu pergi tinggalkan kami, biarlah peristiwa itu antara ana & ina yg tahu..yg ana hrpkan ina tidak seperti dulu. syukran atas maklum kematian ini pd ana. ingin sekali ana kibarkan sayap terbang balik ke JB, sekian lama ana x bertemu keluarga disana.. dan disini ana titipkan ruangan takzirah buat kita semua dan peringatan buat diri ana jg...AL-FATEHA buat Ayahandaku Jamain salleh pd 30/5/2009 genaplah 2thn ayahandaku telah meninggalkan kami sekeluarga, Ayahanda Abu Mansor, Abg Long.. semoga ditempat di dlm golongan org2 yg beriman dan diberi ketengan ketika berhadapan dgn ALLAH swt hendaknya..

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur???

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tazkirah : Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka ialah :-
i) Yang baik akhlaknya,
ii) Merendah diri,
iii) Suka pada orang dan disukai orang.

Yang paling dimarahi Allah ialah mereka ialah :-
i) Yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

i) Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
ii) Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.waallahhualam..

Tazkirah : Petua Murah Rezeki & Dijauhi Segala kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI