Sunday, May 8, 2011

Pengorbanan Seorang ibu untuk anak2


Batu Caves – Raftah Bt Hisham yang telah mendirikan rumahtangga dengan W. Ismail Bin Idris telah dikurniakan 6 cahaya mata yang menjadi penyejuk mata dan penghibur disaat suka dan duka. Beliau yang menetap di Selayang saggup mengorbankan masa, tenaga dan kerjayanya untuk memberi tumpuan dan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kepada keluarga demi memberi didikan kepada anak-anak. Berkat keikhlasan dan kesungguhan mendidik anak-anak akhirnya 3 anaknya yang menduduki peperiksaan Ujian Peniaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2010 menjadi sejarah manis buat pasangan ini apabila anak-anaknya telah memberi hadiah yang bermakna dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Beliau yang ditemui baru-baru ini bersama ahli keluarganya di dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Masjid Amaniah dengan mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves dan Penghulu Mukim berkata, “Alhamdulilah berkat usaha, keikhlasan mendidik anak-anak dengan bantuan suami akhirnya 3 anak-anak saya memperolehi keputusan agak cemerlang. Mereka belajar dengan sendirinya tanpa dihantar ke pusat tuisyen melainkan dengan memberi tumpuan di dalam kelas, membuat latihan sentiasa di sekolah mahupun di rumah”.

Apa yang dilihat anak sulung saya W. Mohd Amirul, 17thn yang telah memperolehi 9A, 2B dalam SPM sesi 2010 dan PMR pada 2008 dengan memperolehi 8A ketika menerima pendidikan di SBP Itegrasi telah menjadi contoh terbaik kepada 2 adik-adiknya dimana W. Mohd Nabil yang menduduki PMR dengan mendapat 8A dan W. Mohd Lutfi memperolehi 5A dalam UPSR.

W. Amirul sentiasa membuat ulangkaji pelajaran bersama adik-adiknya. Perkongsian ilmu dan pendapat ketika mengadakan perbincangan nampaknya memberi kesan yang baik. Saya dan suami juga tidak ketinggalan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Katanya, “setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan yang penting saya, suami dan ibu saya (Ardiah Bt Siraj) berada di Mekah buat haji. Disana kami buat tawaf sunat dengan tidak berhenti mendoakan kejayaan dunia akhirat mereka. Agar diberi ketenangan dan keyakinan ketika menghadapi peperiksaan nanti. Alhamdulilah berkat doa di tanah suci akhirnya anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang”.

Pengorbanan masa ibubapa itu sebenarnya amat penting bagi memberi suntikan kepada anak-anak. Walaupun kita sibuk dengan kerjaya, namun penting sebenarnya mencari masa untuk bersama anak-anak untuk membantu mereka dalam membuat ulangkaji pelajaran dan mengadakan aktiviti bersama. Dengan perkongsian ini, kita dapat memastikan dimanakah kelemahan dan kekuatan anak-anak kita. Apabila sudah mengenal pasti kelemahan anak-anak maka perlu kita mengatasinya bersama.

Jika ibubapa dapat melakukannya saya rasa anak-anak rasa gembira kerana mendapat perhatian yang baik oleh orang tuanya. Katanya, “Kami pernah juga menyuarakan hasrat untuk menghantar mereka ke pusat tuisyen bagi meyakinkan mereka dalam pelajaran tetapi mereka tidak berminat. Mereka lebih suka belajar dengan ahli keluarga dan berbincang dengan guru-guru di sekolah”.

Hendak atau tidak, maka kami sebagai orang tua kena juga mengikut rentak mereka asalkan mereka gembira dan tidak merasa tertekan dalam apa juga yang mereka lakukan. Sokongan dan memahami jiwa anak-anak penting dan perlu diberikan kepada mereka dalam apa juga dilakukan.

Ibubapa hendaklah mendidik anak-anak agar mengadakan jadual dalam kehidupannya. Ini bagi memastikan diri mereka sentiasa terikat dengan waktu. Perlu mendidik mereka hargai masa yang tidak akan berpatah kembali. Oleh itu ibubapa perlu ingatkan mereka, dalam al-quran surah Al-Asry dimana” ALLAH swt bersumpah demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang beriman beramal solih yang berpesan-pesan kearah kebaikan dan kebenaran”.

Menurut Raftah, untuk memastikan anak kedua dan seterusnya Berjaya yang paling penting anak pertama mesti menjadi role model terbaik. Anak sulung mesti berjaya dalam pelajaran. Jika yang sulong telah mencatat semua “A” dalam pelajaran insya-allah adik-adik mereka akan mengikut langkahnya. Oleh itu ibubapa seharusnya memberi sokongan, pengorbanan untuk anak-anak bagi memastikan semua anak-anak mereka Berjaya dunia akhirat.

Yang dikatakan Berjaya dunia akhirat, adalah anak-anak bukan sahaja Berjaya dalam akedemiknya sahaja tetapi akhiratnya juga perlu dipastikan Berjaya dengan memperolehi “A+” iaitu mengerjakan segala amal ibadah dengan baik dan meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH swt. Hidupkan majlis-majlis ilmu dirumah bersama ahli keluarga. Menggalakkan anak-anak mengikuti majlis ilmu di surau atau dimasjid. Untuk memastikan mereka menjadi kaki masjid dan surau yang penting ibubapanya perlu menjadi role model terbaik kepada anak-anak. Ibubapa mesti menjadi kaki masjid dan surau juga. Jika ibubapa berbuat sedemikian insya-allah anak-anak ini akan menjadi anak-anak yang solih untuk orang tuanya, katanya dengan tersenyum riang.

Katanya, “inilah cara saya memberi didikan kepada anak-anak untuk memastikan mereka Berjaya dunia akhirat. Semoga menjadi contoh kepada masyarakat yang lain juga dalam membentuk keluarga sakinah dan menjalankan tangungungjawab sebaiknya kepada anak-anak. Anak-anak merupakan amanah ALLAH, kita yang perlu mencorakkan mereka samaada mereka menjadi yahudi, nasrani, majusi atau islam sejati”.

Adik W.Mohd Amirul berkata, “Alhamdulilah bersyukur kepada allah swt yang telah memberi kejayaan kepada saya untuk dikongsi bersama keluarga terutama ibubapa saya yang tidak ada kenal erti penat lelah mengasuh dan memberi didikan kepada kami. Pengorbanan yang sangat tinggi dan bernilai dalam hidup saya dan adik beradik yang lain ketika kami bakal menduduki peperiksaan yang penting bagi mengenal pasti arah tuju masa depan kami”.

“Terima kasih kepada guru-guru, teman-teman yang memberi sokongan, tunjuk ajar kepada saya dalam pelajaran sehingga saya mencapai keputusan yang cemerlang. Tiada rahsia yang penting untuk saya kongsi bersama melainkan taat kepada ibubapa, guru-guru, mengerjakan segala amal ibadah, pilih teman yang baik, rajin mengulangkaji pelajaran insya-allah kita akan Berjaya”.

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur Masjid Amaniah, PKM DUN Batu Caves di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk kami hari ini. Program hari ini benar-benar manfaat kerana disini berbagai maklumat terkini telah saya terima khususnya tawaran Kerajaan PR untuk membantu pelajar-pelajar yang Berjaya dalam pelajaran, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) secara percuma diberikan. Ini satu perkongsian yang baik kepada masyarakat yang tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak-anak. Kerajaan PR membantu rakyat dengan sewajarnya. Tahniah dan syabas atas pemerintahan yang adil dan tulus.

Harapan saya Semoga kejayaan yang kami perolehi ini memberi suntikan kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Berusaha sehingga Berjaya, jangan putus asa. Belajar hari ini untuk kejayaan hari esok, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI