Monday, August 22, 2011

PAS Bidas kenyataan Najib,PM yang perlekeh pemberian baucar RM100



Gombak : PAS membidas kenyataan perdana menteri (PM), Datuk Tan Sri Najib apabila memperlekehkan pemberian baucar RM100 dengan menyatakan” baru bagi RM100 kecoh sekampung” yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) kepada golongan warga emas.

Mengulas lebih lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hassan Mohamed Ali berkata, Pemberian baucar RM100 kepada golongan warga emas diperlekehkan oleh Najib ketika beliau mengadakan program di P.Pinang dengan memburukkan kerajaan PR yang kononnya pemberian RM100 sudah lama dilakukan oleh UMNO /BN dan kerajaan PR meniru segala yang dilakukan oleh UMNO.

“UMNO/BN segaja mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan hasutan agar rakyat berpaling arah kepada PR. Setiap program yang dilakukan oleh PR, UMNO /BN akan menyatakan mereka sudah lama buat dan PR ketinggalan. Tujuan UMNO-BN kata sedemikian kerana ingin memperdayakan rakyat untuk meraih sokongannya kembali. Tetapi rakyat akan pertikaikan kata-kata pimpinan UMNO-BN apabila pemberian tidak diterima".

“Walaupun Najib berkata pemberian RM100 telah lama dilakukan oleh UMNO-BN tetapi bagi saya hal ini sesiapa sahaja boleh mengaku yang mereka sudah laksanakan sedangkan mereka tidak melakukannya. Hal Ini jelas terbukti apabila rakyat Selangor yang telah mengikuti Program Jom Shopping di sekitar Selangor, ramai yang menyatakan Kerajaan UMNO-BN tidak pernah memberi sumbangan tersebut. Bahkan ibubapa saya juga yang merupakan golongan warga emas tidak menerima bantuan seperti yang diwawarkan oleh Najib semenjak 50thn UMNO memerintah Negara ini”.

“UMNO-BN semakin takut kehilangan sokongan rakyat kepada parti mereka, lebih-lebih lagi apabila rakyat kini semakin memberi sokongan kepada PR dengan menyertai himpunan BERSIH 2.0 yang lalu telah Berjaya dilakukan. Ini satu tamparan yang hebat untuk Najib agar beliau sedar rakyat sudah hilang kepercayaan dengan UMNO. Sebab itulah UMNO sanggup membuat apa sahaja agar rakyat percaya dengan kata –kata mereka”.

Hassan yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur Kemudahan Awam, juga menegaskan Pemberian Baucar RM100 untuk warga emas membeli – belah walaupun jumlahnya kecil tetapi ianya amat bermakna kepada golongan tersebut lebih-lebih lagi apabila usia semakin senja mereka sudah lama tidak keluar membeli-belah.

“Semua warga emas yang mengikuti Jom Shopping warga Emas, jelas kelihatan gembira apabila mereka dapat keluar bersama teman-teman dengan menaiki Bas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang cukup selesa untuk bersama membeli barangan keperluan mereka. Disamping itu, mereka dapat melihat perubahan negeri Selangor khususnya setelah PR memerintah”.

“Seramai 100 warga emas yang mengikuti Jom Shopping dengan menaiki Bas bersama saya, mereka meluahkan perasaan terharu kerana masih ada pimpinan dibawah pemerintahan kerajaan PR yang sanggup meluangkan masa untuk membawa mereka membeli-belah sedangkan mereka tahu kita sibuk dengan urusan pentadbiran. Dengan program sebegini mereka rasa diri mereka dihargai oleh orang lain”, katanya.

“ Bukan soal pemberian sumbangan bernilai tinggi atau rendah tetapi Ingatan pimpinan kerajaan pada rakyat walaupun diberikan wang 10 sen nilainya amat besar pada mereka. Selain daripada itu, rakyat juga akan merasakan ada jalinan kemesraan antara pemerintah”, kata Hassan.

Beliau juga yakin, rakyat tidak akan merasa jurang yang begitu jauh dengan pemerintah apabila pimpinannya bersifat mesra rakyat dengan sentiasa menjaga kebajikan kehidupan rakyatnya.

“Tiadalah gunanya jika kita memberi sumbangan ribuan ringgit tetapi tiada jalinan kemesraan, keikhlasan dihati pimpinan kepada rakyatnya. Rakyat dapat menilainya sendiri”, kata Hasan pagi semalam ketika mengadakan Program Jom Shopping bersama Warga Emas di Giant, Batu caves kepada media.

Sementara itu Mangayarkarasi a/p Suppiah, 76 thn sangat gembira apabila diberikan baucar RM100. Dengan pemberian ini saya dapat membeli barangan keperluan saya. Sudah lama saya tidak membeli minuman kesukaan Horlick, pakaian dan barangan dapur tetapi program ini saya dapat membelinya dengan tidak mengeluarkan wang saya sendiri.

ADUN yang sentiasa turun padang bertemu dengan rakyat membuatkan rakyat rasa terharu. Kita nampak rakyat begitu mesra dengan ADUN apabila beliau berada di Pasaraya Giant, tidak kira tua atau muda pasti akan gembira bila bertemu dengan Datuk Hasan. Ini menunjukkan beliau seorang yang dikenali ramai dan disenangi masyarakat.

Terima kasih kepada ADUN Gombak Setia dan kerajaan PR yang sudi membantu kami.

Siew Ah Hoa, 67thn pula berkata, “Beliau sukar untuk mendapat bantuan daripada mana-mana pihak semasa pemerintahan UMNO-BN. Tetapi setelah PR memerintah berbagai program dilakukan dengan memberi sumbangan. Program Jom Shopping tidak pernah dirasai semenjak 50thn UMNO-BN perintah. Kita kesal dengan kata-kata PM, Najib menyatakan UMNO-BN sudah lama buat program seperti ini. Jika benar mereka sudah buat program ini, mengapa kita tidak pernah menerima baucar RM100 seperti kerajaan PR buat?”.

Hj Mohd Jaafar, 65thn yang mengalami keretakan tulang belakang melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Kerajaan PR kerana sentiasa memberi bantuan kepada rakyat. Walaupun PR memerinah 3thn lebih tetapi rakyat sudah menikmati berbagai imbuhan. Hasil kerajaan negeri dipulangkan kepada rakyatnya.

Ini tidak dilakukan oleh UMNO-BN walaupun 50thn mereka memerintah. Hal ini sukar dilakukan oleh mereka untuk meringankan bebanan rakyat. Kalau UMNO-BN (Najib) menyatakan program ini sudah dilakukan kepada siapakah wang tersebut disalurkan. Mengapa rakyat ramai tidak menerimanya. Kalau diberipun mungkin disalurkan kepada kuncu-kuncu UMNO-BN. Seperti program SMUE ramai rakyat selangor tahu apabila PR memerintah dan rakyat merasai bantuan tersebut, tetapi ramai yang kesal apabila SKIM ini ada semenjak zaman UMNO lagi, tetapi rakyat tidak merasainya.

Begitu juga dengan kesukaran menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor. Beliau juga mempertikaikan kemanakah wang zakat yang diberikan oleh masyarakat untuk diagih kepada golongan yang layak menerimanya. Adakah benar diagihkan kepada rakyat sehingga ramai rakyat mengeluh sukar untuk menerima bantuan.

Terima kasih juga kepada Datuk Hasan yang rajin turun padang melawat kawasan dan membuat ziarah penduduk. Keperihantinan beliau amat kita rasai. Bukan sahaja menerima baucar RM 100 tetapi semua warga emas menerima hamper saguhati, dan seorang pelajar PASTI, Putri Nurlyana Farhana Lokman Hakim juga menerima wang penghargaan daripada ADUN Gombak Setia atas kejayaan beliau dalam peperiksaan dengan cemerlang. Ini merupakan satu penghargaan untuk diri pelajar.

Pemberian yang diberikan oleh Kerajaan dan ADUN kepada rakyat benar-benar meringankan bebanan sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Semoga PR akan terus menerus perintah dinegeri Selongor dan sekaligus mentadbir Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI