Thursday, May 27, 2010

Pihak Pemaju Harus Berbincang Dan Peka



Gombak – Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu perbincangan, mengkaji dan sebagainya agar setiap apa yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan tidak memudaratkan mana-mana pihak terutamanya penduduk persekitaran yang telah sekian lama menduduki kawasan perumahan di persekitaran Pinggiran Batu Caves.

Lawatan tapak tanah lapang yang dikenal pasti oleh Ahli Majli MPS, Zon 9 En. Rahim Kasdi, dimana didapati kawasan tersebut telah dicerobohi untuk dibina tapak perumahan.

Menurut perwakilan AJK JKP Zon 9 yang hadir dalam lawatan tersebut En. Zainal Anuar berkata, ” Beliau telah dimakumkan oleh beberapa orang penduduk bahawa kawasan ini akan dibinakan kawasan perumahan, tetapi pihak pemaju tidak pernah membincangkan kepada pihak berkuasa kerana kawasan ini juga tidak diketahui apakah statusnya samada tanah kerajaan mahupun tanah “private”. Pembinaan ini juga tidak mendapat kelulusan daripada pihak TMB katanya.

Jesteru itu, dengan mendapat berbagai keluhan daripada penduduk maka JKP Zon 9 telah memanjangkan masalah ini kepada PKM Dun Gombak Setia, agar Y.B. Dato’ Hasan dapat turun padang untuk melihat keadaan tanah lapang tersebut. Adakah ianya bersesuaian untuk dibina kawasan perumahahan.


Lawatan turun padang bersama Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia di Pinggiran Batu Caves baru-baru ini bersama MPS, Syabas, TMB, Polis, Pej. Tanah telah melihat insfrastruktur kawasan tersebut.

Y. B Dato’ berpendapat kawasan yag hendak dibangunkan dengan menjadi kawasan perumahan ini perlu mendapat status tanah adakah ia milik kerajaan/tanah “Private”. Selain daripada itu beliau juga memberi gambaran kepada semua yang hadir jika kawasan cerun begini hendak dibinakan kawasan perumahan sudah pasti akan berlaku tanah runtuh kerana didapati kawasan ini juga tidak mempunyai tebing, laluan saluran perparitan, cerun, berbukit dan sebagainya.

Beliau berkata, ” Pihak pemaju harus peka dan berbincang dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membina sesuatu projek perumahan kerana kita tidak mahu berbagai masalah akan timbul dikemudian hari dan memberi kemudaratan kepada penduduk sekitarnya dan bakal pembeli rumah.

Menjadi 1 kesilapan juga, jika pihak pemaju yang ingin membuat projek prumahan tidak mendapat kelulusan daripada mana – mana pihak, dan boleh dianggap menceroboh kawasan, katanya”.

Beliau berkata lagi ” Saya juga bimbang keselamatan rakyat disini sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat untuk menjalankan projek ini. Sebelum terjadi perakara tidak diingini maka saya amat berharap MPS, JKR, TMB, Pejabat Tanah dan Pemaju yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk kita bersama berbincang untuk kebaikan semua pihak. Kita tidak mahu perkerjaan yang dilakukan ini hanya untuk mengaut keuntungan sebelah pihak tetapi memberi kerugian besar kepada pembeli rumah akan datang”. Ulasnya panjang lebar kepada yang hadir.

Retetan daripada itu,Y. B Dato’ telah meminta agar pihak PKM Dun Gombak Setia, En. Kamarul untuk mengadakan mesyuarat bersama pejabat tanah secepat mungkin dan kepada pihak JKP Zon 9 harus mengenal pasti pemaju manakah yang telah memasuki kawasan ini untuk dijadikan kawasan perumahan agar kita semua dapat mengadakan mesyuarat bersama mengatasi masalah yang timbul.

Y. B Dato’ Hasan amat berharap agar penduduk persekitaran Zon 9 (Pinggiran Bt Caves) bertenang dan insya-ALLAH akan diatasi masalah ini secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak.


Semoga lawatan Y.B Dato’ bersama MPS, JKR, Polis, Syabas, TMB, AJK JKP Zon 9 serba sedikit akan mengubat kerisauan penduduk di Pinggiran Batu Caves.

Editor : Khaulah Azwar

Smart Muslim Siri Ke 2



ALLAHYARHAM RIDZUAN TELAH PULANG KERAHMATUALLAH


Gombak – Perginya tidak akan kembali lagi bagaikan 1 kehilangan kepada ahli keluarga Pn. Hamsiah apabila suami yang dikasihi telah pulang kerahmatuallah baru-baru ini.

Allahyarham Ridzuan telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dialami sekian lama.

Menurut Hamsiah suaminya telah dimasukkan ICU untuk rawatan selanjutnya namun ALLAH swt lebih menyayangi beliau.

Allahyarham Ridzuan yang meninggalkan balu dan 5 anaknya di kediaman Tmn Perwira 1, telah menerima kunjungan ziarah daripada Y.B Dato’ Hasan / Adun Gombak Setia bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Nazir Masjid Ar-Rahimah. Ucapan takziah untuk ahli keluarga mereka.

YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada Hamsiah sebanyak RM1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan Nazir Masjid Ar-Rahimah dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.

Al-Fateha buat Allahyarham Ridzuan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para solihin.

Editor : Khaulah Azwar

Tanah Pusaka dicerobohi, dimanakah sikap kemanusian?


Gombak – Menjadi masalah besar apabila aset pusaka yang amat berharga untuk diwarisi kepada ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan telah dicerobohi oleh orang luar.

Warga Emas yang berasal daripada Bt 12 1/2 Gombak yang mempunyai tanah yang luas merasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengambil kesempatan kepada orang yang lemah.

Hjh Khansiah dan Hj Ismail melahirkan kekecewaan beliau apabila hak mereka telah diambil tanpa perbincangan terlebih dahulu. Berbagai cara dan inisatif telah mereka lakukan untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka kembali.

Dengan tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk menguruskan hal tersebut, mereka merasakan tiada tempat untuk mengadu lagi setelah segala urusan telah dibuat aduan kepada pihak polis dan lawyer tidak juga mendatangkan hasil yang baik sehingga kini.

“Mengapa sikap sedemikian harus ada dalam diri kita sebagai insan yang diciptakan oileh ALLAH swt mengambil hak orang lain yang sudah pasti bukan milik kita, tidakkah terdetik dihati mereka, perasaan serba salah dan takut akan balasan yang diberikan oleh ALLAH swt kelak??”.


Inilah rintihan hati kedua warga emas Hjh Khansiah Manap bersama suami beliau Hj. Ismail Wahab didalam perbualan bersama wartawan PKM. Keresahan hati mereka mengenai tanah pusaka yang diberi oleh ibubapa mereka semenjak 1941 telah dibina sebuah rumah banglo oleh tn rumah tersebut.

Wartawan PKM, telah difahamkan oleh Hjh Khansiah, menurut beliau Rumah banglo yang dibina dengan menggunakan sebanyak 2 lot tanah tanpa pengetahuan, perbincangan dan kebenaran mereka terlebih dahulu.

Semasa pembinaan tersebut dijalankan Hjh Khansiah dan suaminya telah bertemu dengan tn rumah tersebut untuk bersama membincangkan hal ini dengan baik dengan mengukur tapak tanah namun tn rumah tersebut tidak memberi kerjasama.

Retetan daripada itu mereka telah membuat laporan polis dan melantik lawyer untuk menguruskan masalah ini, namun masalah tersebut masih berlarutan sehingga kini dan tidak bertemu jalan penyelesaian yang baik. Segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Jesteru itu jalan terakhir, beliau bersama suaminya telah membuat aduan ini kepada Y.B Dato’ Hasan untuk mencari menangani masalah ini.

Pertemuan 2 mata yang telah dibuat baru-baru ini untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kedua warga emas tersebut iaitu Y.B Dato’ telah memberi cadangan agar mereka bertemu dengan pihak lawyer yang telah dilantik agar mengeluarkan notis susulan dan tindakan yang wajar akan dikenakan kepada mereka sekiranya mereka yang terlibat dalam kes pencerobohan dengan membina rumah ini tidak memberi kerjasama dan menghadirkan diri dalam kes perbicaraan, katanya lagi.

Selain daripada itu Y.B Dato’ juga telah meminta agar dibuat aduan kepada pihak Pej. Tanah untuk memberi gambaran dan mendapatkan solusi yang terbaik, kerana pejabat tanah juga mengetahui segala urusan pembahagian tanah. Segala dokumentasi pasti ada di pejabat tersebut, katanya.

Semoga dengan cadangan yang diberikan oleh Y.B Dato’ serba sedikit dapat membantu mereka untuk mengatasi segala masalah ini dengan secepat mungkin.

Editor : khaulah azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI