Sunday, March 18, 2012

Imam Muda Hasan Sokong Program GeMS

Gombak : Juara Imam Muda Siri Ke-2 , Imam Muda Hasan merupakan ikon generasi muda telah berjaya menarik golongan remaja dan belia dalam Program “Orang Muda Harapan Kita” yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11, Khatifah Zamani Sulong .

Salah seorang pelajar Mohd Khairul Amri ,16, daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gombak, yang menyertai program ini berkata, program ilmiah seharusnya diteruskan oleh semua pihak berwajib lebih-lebih lagi waktu musim cuti sekolah.

Ini sekaligus menggalakan semua pihak yang terdiri remaja dan belia untuk bersama Imam Muda dalam mengimarahkan majlis ilmu di Masjid dan Surau, katanya.

Ujarnya lagi, kupasan yang dibawa oleh Imam Muda Hasan menyentuh cabaran Golongan Orang Muda pada masa ini amat mencabar jika tidak mendapat kawalan daripada ibubapa benar-benar buat saya terpegun.

Selain itu, Imam muda Hasan menyatakan orang muda merupakan Aset Negara yang bakal menerajui Negara maka mereka seharusnya melibatkan aktiviti yang manfaat, dan tidak melibatkan diri dalam pergaulan rambang sekaligus akan merosakan masa depan.

Dengan kupasan diberikan, ianya menyedarkan saya bahawa peringkat umur seperti saya bukan masa untuk membuang masa dengan melibatkan aktiviti yang tidak bermanfat.

Saya harap semua pihak berwajib mengadakan program seperti ini dengan membawa ikon remaja terbaik seperti imam muda Hasan, jelasnya selepas menyertai Program tersebut.

Sementara itu, Imam Muda Hasan puji kerajaan negeri Selangor yang begitu komited mengadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) dalam membendung gejala sosial dinegara ini.

Program (GeMS) seharusnya mendapat kerjasama pelbagai pihak agar ianya tidak terhenti dalam melahirkan Generasi Idaman yang diimpikan semua pihak.

Tidak kiralah siapa yang menganjurkan program ini namun ianya seharusnya diperluaskan di seluruh Negara kerana semakin hari kita telah dikmomokkan tindakan drastik oleh golongan belia dan remaja dalam kes pembuangan bayi semakin meningkat, pengambilan dadah, penglibatan Gangster Resim dan sebagainya,kata Hasan.

Ujarnya lagi, penglibatan mereka dalam gejala sosial amat membimbangkan semua pihak maka seharusnya semua masyarakat seharusnya memberi kerjasama dalam menangani isu ini.

Tanggungjawab ini bukan hanya diletakan kepada kerajaan negeri, ustaz, ustazah, alim ulama’ dan guru tetapi perlu mendapat kerjasama semua pelbagai golongan.

Jika dipandang ringan kita bimbang, kes-kes jenayah semakin meningkat dan kita juga di persoal Allah SWT kelak, katanya.

Justeru, saya menyokong penuh kerajaan negeri Selangor mengatasi masalah ini tanpa dimanupulasikan isu mana-mana pihak.

Tindakan yang dilakukan Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11 dengan kerjasama Surau Darul Muhajirin, Taman Selasih 2 kita puji kerana mengambil langkah positif untuk menyedarkan golongan remaja dan belia agar melibatkan aktiviti sihat seperti ini, kata Imam Muda Hasan.

Manakala, Ahli Majlis MPS Zon 11, Khatifah Zamani Sulong pula dalam ucapannya mengatakan program ini merupakan program pertama selepas perlantikan Ahli Majlis untuk sesi 2012 sehingga 2013.

Tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bukan hanya dikaitkan dengan Sampah, Jalan Raya tetapi bertanggungjawab dalam mengatasi isu-isu remaja dan kemasyarakatan.

Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan anjurkan pelbagai program untuk semua peringkat dalam melahirkan Masyarakat Sihat, Prihatin dan Berwawasan, katanya.

Hadir sama Jawatankuasa Surau darul Muhajirin, Taman Selasih 2.

Editor : Khaulah Azwar

Kenapa Nama Saya Tiada Dalam Dafar Pemilih??



KUALA LUMPUR 19 Mac: Seorang pengundi membuat laporan polis berhubung ‘kehilangan’ namanya dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia walaupun beliau merupakan pengundi berdaftar.

Pengundi itu, Ho Heng Thong (gambar) membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Mac lalu ekoran isu itu.

“Setelah beberapa kali membuat semakan melalui telefon dan internet, saya dapati nama saya sudah tiada, padahal sebelum ini saya pernah mengundi beberapa penggal.

“Saya merasa pelik kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan SPR dan tujuan saya membuat laporan ini agar SPR membuat tindakan lanjut,” katanya dalam laporan itu.

Sementara itu, dalam kunjungannya ke pejabat KeadilanDaily hari ini, beliau meminta agar media mendedahkan penyelewengan itu bagi memastikan haknya selaku pengundi yang sah dipertahankan.

“Selepas didedahkan kelak, saya mahu tahu adakah individu lain turut teraniaya seperti dalam kes ini dan mengapa nama saya tiada dalam daftar SPR sedangkan pernah mengundi hampir setiap kali pilihan raya umum termasuk 2008,” katanya.

Ho Heng mendakwa, pada PRU 2008, beliau merupakan pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanjan dan Parlimen Subang dengan kedua-dua kerusi itu dimenangi KEADILAN melalui Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.

Kali terakhir beliau memeriksa nama dalam daftar SPR pada 9 Mac lalu sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Saya terdetik mahu periksa nama selepas membaca artikel dalam sebuah akhbar mengenai sistem SPR yang menjadi pertikaian ramai sebelum mendapati nama saya tiada.


“Peliknya, isteri saya yang juga merupakan pengundi di DUN dan Parlimen sama masih ada nama dalam rekod SPR walaupun kami bersama-sama mengundi di kedua-dua kawasan itu pada PRU lalu,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap SPR segera menyelesaikan masalah dihadapinya itu.


“Saya belum memeriksa dengan SPR kerana bimbang jika saya merujuk pada SPR dan tiba-tiba nama saya mereka masukan, maka saya boleh didakwa kerana membuat laporan palsu dan sebab itu saya mahu akhbar ini dedahkan dahulu,” katanya.

Sementara itu, semakan media dilaman SPR juga mendapati nombor kad pengenalan yang dimasukan dalam web itu menunjukan agensi kerajaan itu tiada rekod mengenai beliau.


Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda Gerakan Selangor yang kini anggota KEADILAN, Delren Douglas.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI