Monday, October 26, 2009

Bina Insan Keluarga bahagia Masyarakat Sentosa JKP Zon 11



25hb Oktober, 2009 JKP Zon 11/Ahli Majlis MPS, telah berjaya mengadakan progrm Bina Insan yang bertemakan Keluarga Bahagia Masyarakat Sentosa" dan telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk kawasan Gombak yang telah diadakan Di Tmn Selasih Fasa 2. Progran ini telah dianjurkan JKP Zon 11 (MPS) dah kawasan yg terlibat adalah Tmn Samudera, Tmn Selasih Fasa 2, Pangsapuri Casmaria, Pangsapuri Fiona, FlAt Samudera dan telah dirasmikan oleh ustazah khatifah zamani binti sulong.

Tujuan mengadakan program Bina insan ini adalah utk

i) Memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan ;

ii) Menyatu masyarakat berbilang bangsa dengan sifat kerjasama dan muhibbah ; dan

iii) Membimbing masyarakat agar menjauhi gejala-gejala tidak sihat.


Dan disamping itu untuk memaklumkan kepada penduduk apakah fungsi dan penubuhan JKP setiap kawasan .Objektif penubuhan JKP ini ialah :-


i) Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman diantara penduduk dengan MPS.

ii) Mendapatkan maklumat tentang permasaalahan dan aduan penduduk yang berkaitan untuk diselesaikan di peringkat MPS.

iii) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di peringkat MPS.


Untuk memeriahkan program ini peganjur telah menyediakan berbagai aktiviti iaitu senamrobik bersama masyarakat, pertandingan melukis yang diadili oleh kartunis Zunar, ceramah motivasi daripada IPP Daerah Gombak, SIDIM, AADK, bertandingan bola sepak dan juga cabutan bertuah.


Semoga usaha yang murni ini diberkati oleh ALLAH swt dan amalan kita semua di terima olehNya bagi membangun genarasi muda yang bertaqwa, bermaruah dan membina masyarakat yang harmoni.


Alhamdulilah terhasil jg video klip ana ni aktiviti sepanjang bersama dgn K.Pah 2008-2009 dibwh JKP..tp msh ada yg tak masukk lagi..i.allah akan usaha esk pula.Buat tatapan generasi ana akan dtg insya-ALLAH.

PERGI TAKKAN KEMBALI-AYAHANDA Ustazah W. Hasrinah W. hasan


k.wan
24hb oktober, 2009 - Lawatan Ziarah oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia kepada arwah Ayah seorang pimpinan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Hjh. Wan Hasrinah yang setiap insan mengenalinya panggilan K. Wan. Pemergian allahyarhum telah di solatkan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali.




Lawatan Ziarah kematian seorang penduduk di Batu 8 & Bt 12 , Gombak. Dato’ mengiringi salah seorang waris simati.


IMG_7249[1]


Semoga solat dan bacaan doa disampaikan sedikit memberi peringatan pada kita yang hidup pasti akan mati juga, hanya doa anak yang solih dan amal jariah yang akan membawa kita untuk bertemu dengan ALLAH swt.


Hari Kesihatan


dato round khmh 125hb Oktober, 2009 – Hari Kesihatan anjuran surau Khafi dengan Jabatan Kesihatan Gombak, sokongan bersama Adun Gombak Setia, MPS Surau Hidayah, Persatuan penduduk F2, JKP 9, Persatuan Penduduk Sri Temenggung & Penduduk Astana Gemilang.

Tujuan adanya program hari kesihatan ini adalah untuk meningkatkan daya mutu kebersihan di persekitaran penduduk Gombak bagi mengelaknya berbagai penyakit disamping itu merapatkan ukhwwah sesama penduduk dengan pimpinan dan MPS.

KOLEKSI FOTO

Dato discusionDato iaucion2

Perbincangan Yb Dato’ dengan beberapa kakitangan dan pihak penganjur

dato tgk kupu2dato round khmh 1


Lawatan Yb Dato’ daripada 1 khemah ke khemah untuk melihat bahan pameran Hari Kesihatan

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI