Thursday, March 3, 2011

Kebajikan 20 Peniaga Gerai Makan Greenwood terjaga





Gombak Greenwood - Malang tidak berbau tanpa disedari nasib 20 peniaga gerai makan Majlis Perbandararan Selayang (MPS) telah hilang mata pencarian akibat berlakunya kebakaran disini malam semalam.

Ahli Parlimen Gombak Saudara Y.B Azmin Ali berkata "Kita rasa simpati dengan apa yang berlaku. Insya-ALLAH dalam masa terdekat saya bersama Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membantu semua peniaga yang terbabit agar mereka boleh meneruskan perniagaan mereka".

"Kita difahamkan oleh peniaga kebakaran yang berlaku melibatkan semua peralatan elektrik dan perniagaan telah musnah dan mengalami kerugian yang besar.

Sehubungan dengan itu, insya-allah 3 petang ini kita akan adakan mesyuarat khas di PKM DUN Gombak Setia bersama Majlis Perbandaran Selayang, Bomba, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua kampung untuk tindakan segera bagi memastikan peniaga disini dapat meneruskan perniagaan dalam tempoh terdekat".

"Kita harap tiada berlakunya sebarang provokasi daripada mana-mana pihak kerana kita telah meminta pihak polis, bomba membuat siasatan punca kebakaran ini berlaku", katanya.

Sementara itu, ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah membuat pengumuman kepada semua mangsa yang terlibat dan penduduk yang hadir "Sebagai ADUN Gombak Setia di kawasan ini saya bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Insya-allah 20 mangsa yang terlibat akan menerima bantuan gerai sementara waktu agar mereka boleh meneruskan perniagaan mereka dalam tempoh terdekat ini".

Katanya, "Saya, saudara Y.B Azmin Ali bersama Ahli-Ahli Majlis yang hadir pagi ini dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah berbincang dan bersetuju agar gerai sementara waktu akan diadakan di kawasan parking buah durian yag berdekatan dengan Shell dan Kg Berlian. Semua peniaga telah bersetuju".

"Dalam masa yang sama saya berharap agar pihak MPS dapat menyediakan laporan selengkapnya serta peruntukkan bagi menyediakan gerai sementara waktu untuk 20 mangsa yang terlibat. Insya-ALLAH saya akan monitor isu kebakaran ini secepatnya, katanya".

Pengakuan mangsa kebakaran Pn Dahlia Salehuddin 35thn peniaga satay dan nasi ayam mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah merasa terkejut dengan apa yang berlaku. Katanya, "Ketika kejadian saya baru balik membeli barang keperluan perniagaan. Saya lihat api menyemarak begitu besar yang melibatkan keseluruhan kedai disini yang beroperasi sehingga 12pagi. Saya tidak pasti punca kebakaran.

Segala kerugian yang saya alami sebanyak RM30,000. Saya harap ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Hasan dan Ahli Parlimen Gombak Saudara Y.B Azmin Ali dapat membantu kami yang rata-rata disini adalah golongan yang susah.

Siti Mariani Ismail , 50thn berkata "saya sudah meniaga disini selama 20thn dan selama berniaga disini tidak pernah berlakunya kejadian kebakaran seperti ini. Memang benar-benar terkejut. Semasa kejadian saya baru balik daripada solat isya di rumah dan selepas solat ingin ke gerai namun hati saya tersentap apabila melihat api menyemarak".

"Tukang masak saya yang sedang masak di gerai menyatakan beliau nampak lintasan api daripada pencawang elektrik disini terus masuk ke dapur dan terkena kuali. Tukang masak saya tidak mengalami kecederaan yang serius dan sedang dalam rawatan ringan".

"Saya amat berharap semoga dapat meneruskan perniagaan ini walaupun berlakunya kebakaran yang tidak disangka-sangkakan".

"Inilah salah satu mata pencarian saya untuk menanggung 3 anak yang bersekolah berjauhan daripada keluarga. Seorang anak saya bersekolah di Pondok Tahfiz berusia 21thn, 2 orang lagi bersekolah di Sekolah Asrama dan Sekolah Menengah. Mereka tidak tahu kejadian ini kerana tidak mahu tumpuan pelajaran mereka terjejas".

"Sekiranya saya tidak dapat meneruskan perniagaan lagi sukar untuk saya membiayai yuran anak-anak. Dengan perniagaan inilah dapat membiayai yuran pelajaran anak-anak saya."

"Suami pula semakin tua dan tidak mampu untuk berkerja kuat lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak yang sudi turun padang melawat gerai kami dengan memberi nafas baru untuk membantu semua peniaga disini. Keperihatinan pimpinan Kerajaan PR bersama agensi yang terlibat amat kami hargai".

"Kerugian yang saya tanggung sekarang sebanyak RM16,300 katanya ketika ditemubual di tempat kejadian pagi ini. Turut hadir bersama YDP MPS, Bomba, Polis, Ahli-Ahli MPS Zon Gombak Pn Khatifah Zamani Sulong, Pn Maznah Abd Aziz, Tn Husnal, Nazir -Nazir Masjid DUN Gombak Setia dan semua ketua-ketua kg".




Editor :khaulah Azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI