Thursday, February 21, 2013

Kayu Bumbung Di Ganti oleh PAKATAN RAKYAT, Minta tolong MCA takde tindakan


KUALA LUMPUR: Saya sangat terharu apabila menerima bantuan daripada Kulaijaya wakil Pakatan Rakyat (PR) kerana telah menunaikan janji menggantikan kayu dan bumbung rumah yang banyak mengalami kebocoran, kata  Chan Ah Moi, 80 kepada pemberita. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, seminggu lalu beliau dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS melakukan ziarah Tahun Baru Cina di Kampung Baru Sedenak.

“Apabila mengunjungi Chan, dia mengadu keadaan rumahnya yang daif dan menyedihkan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tambah beliau lagi, Chan telah meminta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan.


“Alhamdulillah, kelmarin, 19 Feb lalu, gotong royong menggantikan kayu yang reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP.

“Dari jam 9.30 pagi gotong-royong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.


Menurut Mazlan lagi, Chan sangat terharu dan asyik mengesat air mata kerana gembira yang amat sangat setelah bertahun-tahun air memasuki ke dalam rumahnya jika hujan tetapi tiada siapa yang simpati.


Editor : Khaulah Azwar

RM403j: BN Kedah sila jawab

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI