Monday, May 6, 2013

PR Desak SPR jawab Isu PRU13 yang meragukan


Kuala Lumpur , 6 Mei : pakatan Rakyat (PR) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan berhubung lambakan isu kesalahan pilihan raya yang dikesan di kebanyakan tempat pengundian siang tadi.



Bercakap dalam satu sidang media awal pagi ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian-kejadian berkenaan, bukannya satu tuduhan liar dan kosong.



“Selagi SPR tidak menjelaskan perkara ini, kita tidak dapat menyatakan sebarang tindakan.
“Tidak adil untuk membuat sebarang keputusan dalam keadaan pilihan raya yang dijalankan secara tidak bersih,” jelasnya kecewa.



Antara yang paling mendapat perhatian ialah sepanjang perjalanan proses pengundian, terdapat banyak insiden tangkapan pengundi asing seperti warga Bangladesh berjaya dilakukan.



Antaranya, di Parlimen Pandan di mana calon PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung cubaan mengundi dibuat oleh pengundi ragu di kawasan yang berjaya dimenanginya itu setelah tamat pengiraan.



Selain itu, cubaan untuk memanipulasi jumlah undi juga berjaya dikesan di kawasan Parlimen Lembah Pantai di mana polis didapati cuba membawa kotak peti undi yang diragui ke tempat pengiraan undi.



Menyifatkan SPR sebagai sebuah badan yang gagal mengendalikan suatu proses pilihanraya yang telus, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga meluahkan keraguannya mengenai pengiraan undian awal dan undi pos yang dijalankan.



“Bukan sahaja kita tidak dibenarkan memantau, tetapi lebih meragukan, undian-undian ini secara majornya menyebelahi BN sedangkan trend undian pengundi adalah sebaliknya,” katanya lagi.



Selain itu, turut dipersoalkan ialah penggunaan dakwat kekal yang sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah, tidak sepertimana didakwa SPR sebelum ini bahawa kononnya tidak akan hilang sehingga lima hari.


Mengulas pembentukan Kerajaan BN yang baru, Anwar sekadar berkata beliau masih menanti keputusan penuh sebelum sebarang ulasan dapat diberikan.

Getaran Jiwa, Pahit Manis Dalam Perjuangan






UMNO jangan MImpi Rampas Selangor. Ujian PRU13


Batu Caves  5 Mei, 2013: Tiap orang akan mengukirkan sejarah PRU13 samada pahit dan manisnya dalam menjalankan tugas.
Kempen akhir berhujan lebat..


Bagi ana semenjak di bubarkan parlimen berbagai ujian yang di lalui namun di hadapai dengan tabah lebih-lebih lagi tibanya PRU13. Semoga jadi pengajaran pada kita semua. Kesatuan hati tidak melengah waktu bekerja taati pimpinan adalah penting. Jika tidak segala gerak kerja akan menjadi lumpuh.

Di peringkat DUN Batu Caves sebelum 3 hari  menghadapi PRU13  keadaan cuaca yang tidak menentu namun petugas tidak ada rasa henti untuk menjalankan tugas. Berikat tali perut, nak makan tiada selera selagi belum tiba hari pengundian.

Berbagai pertanyaan bermain di benak fikiran jika di lihat fenomena PRU13 yang akan berlangsung seluruh Negara. Jika di lihat mata kasarnya rata-rata seluruh negeri beri sokongan pada Pakatan rakyat setiap kali diadakan ceramah kelompok. Tetapi menjadi persoalan bagaimana PRU13 banyak di beri kemenangan pada UMNO. (Sorok peti undi, Dakwat tidak kekal, blackout dan banyak lagi berlaku)

Siapa tak kenal UMNO kalau tidak buat kerja bohong, rasuah, kerja sebar berita lucah bukan nama UMNO namanya sehingga berbagai traqgedi yang melanda di semua kawasan termasuklah DUN Batu Caves.

Hari ini seluruh rakyat Malaysia termasuk bangla telah keluar mengundi hujan lebat doa sentiasa di panjat agar tidak berlaku kerana  3 Hari nak mengundi DUN Batu Caves kerap mengalami blackout.
Bersama keluarga makan luar sambil cerita isu politik

Jumaat malam ketika hujan lebat berlaku blackout saya bawa keluarga makan luar cerita isu yang melanda negara. Keluarga saya mempunyai 10 undi untuk PR. Adik bongsu, 3 orang kakak saya yang baru berdaftar lahirkan kebimbangan untuk keluar mengundi. Yelah dengan system baru di buat, tidak di tunjuk ajar bagaimana ingin memangkah calon, jenuh juga untuk saya terangkan. 2008 slip pengundi di beri petugas terang kepada pengundi cara mengundi namun untuk tahun ini terdapat banyak kesilapan teknikal.

Mereka sering tanya apakah yang diperjuangkan  oleh Pakatan Rakyat (PR), UMNO dan Parti Bebas. Ana menjawab, PR perjuangkan hak asasi rakyat, ingin bebas Negara ini daripada rasuah, hapus PTPTN dan banyak lagi.  Manifesto PR sungguh lengkap telah di cimplak oleh lanun UMNO yang begitu sibuk sebar fitnah sibuk kata jika manisfesto PR di lakasanakan Negara ini akan muflis tetapi dalam diam UMNO telah ciplak idea PR.

Tetapi Alhamdulillah dalam mereka merancang kerja jahat Allah SWT telah menunjukan satu persatu dan kebenarannya. Saya yakin rakyat Selangor kini semakin bijak menilai walaupun berbagai fitnah, tomahan dilakukan oleh UMNO kepada PR.

Dengan leka bercerita macam-macam, kami tidak sedar balik 1 pagi alhamdulilah elektrik ada tapi di hati saya tiap kali jumpa teman-teman lahir bimbang jika hal ini berlaku saat kira undi.

Doa terus di panjatkn usah terjadi di peringkat parlimen Gombak dan seluruh negeri tetapi bimbang saya jadi kenyataan hal ini berlaku juga. Moga Allah para makaikat mewakili gerak kerja kami atasi kejahatan UMNO dan  SPR.

Dalam kereta adik ana tanya apakah yang di perjuangan parti bebas.. ana terus menjawab itu parti menyemak yang ada kaitan dengan UMNO.. tak jelas manifesto mereka. Usah fikir banyak tetap tekad dihati hanya bulan, anak bulan di hati kita.

Petugas PR DUN Batu Caves tidak jemu buat rayu undi
Kakak, adik abang saya begitu asyik bertanya saat tiba PRU 13, bagaimana adakah YB Amiruddin Shari, Azmin Ali akan menang.. ana penuh yakin menjawab insya-Allah mereka akan menang walaupun di uji dengan berbagi cara dari sudut gerakkerja dan petugas. Masalah ini harus di tangani dengan bijak dan rombakan AJK perlu dibuat serta merta. Post mortem PRU 13 peringkat DUN perlu di laksanakan untuk terus mara kehadapan kerana rakyat sentiasa memerhati tindak tanduk kita dalam melaksanakan tugas. Tiada ada waktu untuk rehat yang lama bagi mereka yang bergelar pejuang.

Kereta ana terus di baling dengan telur busuk oleh petugas UMNO kerana terdapat logo, poster YB Amiruddin. Bukan saja di lempar dengan telur  busuk bahkan ketika membawa pengundi  kereta ana di ekori petugas samsing jalanan pemuda UMNO.. hanya doa ana panjatkan. Jika ini cara matinya ana ketika menjalakan tugas ana tawakal kepada Allah SWT, kerana mati syahid sentiasa ana mohon.

Tiba Di Markaz PAS UPU Taman Selayang, tidak sempat tarik nafas panjang hilangkan penat setelah berlumba kereta dengan pemuda umno.. Pemuda PAS Tmn Selayang Saiful Hadi, Pakcik Hamid dan petugas lain asyik tanya dengan ana, ada tak petugas-petugas lain untuk bertugas. Setiap kali mereka tanya bagaikan nak menitis air mata ini kerana di uji dengan berbagai cara. Biarlah kita sedikit petugas namun petugas kita berkualiti. Apalah gunanya ramai petugas tetapi yang mampu kerja bersungguh-sungguh tanpa habuan adalah sedikit.

Ana hanya diam setiap kali soalan di lontarkan. Saat akhir ini mana nak cekup petugas. Doalah kepada Allah moga di turunkan jentera dan di buka pintu kemudahan.. ini saja yang hanya mampu kata kepada mereka.

4 petang saat tenat waktu mengundi, berbagai sms  dan telefon di terima aduan pengundi hantu dan sebagainya. Kalau boleh ana tolong memang ana akan bantu, tetapi tulang kecil ini tidak berdaya lagi.. ana terus start enjin kereta bawa diri merata di sekitar Parlimen Gombk melihat gelagat manusia dalam menjalankan tugas dan amanah. Sambil hati kecil ini terus berzikir.

Fikiran teringat pada adikku Nurul Izzah, papa dan mama.. ya Allah kawasan ini memang panas tetapi ana yakin mereka mampu pertahankan kawasan mereka. SMS Izzah dan kakitangan ingin tahu kedudukan mereka.
Tiap kali ceramah kelompok sambutan luar biasa.. 

OFFICIAL RESULTS
KEPUTUSAN RASMI
P.121 Lembah Pantai
PKR - 31008
BN - 29161
Bebas 107
Majoriti - 1847

Begitu juga pimpinan PAS alim ulama yang bertanding. Air mata menjadi teman bila memikirkan sistem pilihanraya Malaysia ini. Ya-Allah tunjuklah kebenaran ini kepada rakyat..

Yeah.. adik, kakak dan abang terus hubungi ana sehingga 3. 30 pagi. Masing-masing rasa cemas untuk mendapat maklumat yang sahih untuk negeri Selangor.. Ma kana juga tidak ketinggalan asyik bertanya kedudukan Yb Amiruddin dan negeri Selangor.. hebat keluargaku ..memang kami sayang negeri ini dibawah pimpinan yang telus kerana berita tv takkan siar dengan tepat. Rasa masa ni nak saja ana matikan handphone kerana badan terlalu letih lutut sejak 2 minggu ini rasa sakit kembali. Allh saja yang tahu.

Ana yakin kawasan Gombak dan negeri Selangor tidak akan semudah itu di rampas lanun UMNO. Mata tidak dapat di lelapkan lagi lalu ana whatsapp dan sms teman-teman yang inginkan jawapan keputusan PRU13.. Apa sekalipun ana merakamkan tahniah kepada semua pimpinan PR yang mampu pertahankan kerusi dan bagi yang kalah dalam erti menang sebenarnya takziah..teruskan kerja kita usah bersedih hati.
Parlimen Gombak
Azmin Ali bersama isteri dan anak-anak 
Azmin Ali (PKR)-54,287
Datuk Dr Rahman Ismail (BN)-50,093
Datuk Paduka Said Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi Keluar : 107,162
DUN Batu Caves
N.Rawi (BN)-11,291
Amirudin Shari (PKR)-14,552
Suman A/L Gopal (Bebas)-182
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 3261
Undi Rosak : 418
Jumlah Kertas Undi Keluar : 26,524
Hulu Kelang
Saari Sungib (PAS)-21,310
Abdul Rahim Baharudin (BN)-18,429
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 2881
Undi Rosak : 256
Jumlah Kertas Undi Keluar : 40,319
Gombak Setia
Hasbullah Ridzwan (PAS)-20,757
Said Anuar (BN)-19,076
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 1681
Undi Rosak : 378
Jumlah Kertas Undi
ADUN Batu caves bersama isteri dan anak2..

Hidup mulia atau mati syahid...itulah seruan kita selamanya...biarpun kalah dalam gelanggang demokrasi ini, namun hidup kita biar terus mulia dengan berpegang kepada Islam.

Usah kecewa teman. Perjuangan tidak terhenti hanya di sini. Jangan putus hubungan kita dengan Allah s.w.t.

kerana RM500 BR1M Sanggup Undi UMNO, lihat tempoh sebulan 2 semua akan naik.


Rakyat Malaysia yang tegar umno yang telah pilih umno jangan merungus bila semua harga barang naik; petrol naik,  saman aes yang akan d laksanakan. Itu pilihan anda maka lihatlah pengurusan umno pusat dalam masa sebulan ini.. sekali gus membebankan rakyat. 
Tanpa kira cuaca petugas PAS terus korbankan masa untuk kemenangan PR Selangor 

Negara akan muflis kerana anda telah bagi peluang raja lanun memerintah.Masa depan anak cucu cicit akan datang di gadai oleh tangan anda sendiri.
Selamat membayar hutang PTPTN..
Selamat membayar saman AES..
Selamat membayar tol..
Selamat menikmati kenaikan harga minyak dan barangan..
Selamat menikmati akses media berat sebelah..
Selamat menikmati fitnah, video seks dan berita lucah..
Selamat menikmati budaya politik samseng..
Selamat menikmati keborosan Rosmah.
Selamat terus membiarkan diri anda diselubungi misteri kematian Altantuya.

dan bermacam-macam lagi Selamat yang tak selamat.

Bukit Peti Undi Di Larikan

Sekali Keluar UMNO Tak Mungkin Masuk UMNO lagi


Batu Caves , 6 Mei, 2013 : Penduduk Kaum India Settelement sentiasa memberi sokongan kepada ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Bertanya khabar


Shan berkata, sekali kita sudah keluar UMNO, tidak mungkin kita akan masuk parti itu lagi kerana sepanjang tempoh 50 tahun UMNO perintah mereka tidak banyak membantu rakyat.

Tetapi apabila Pakatan Rakyat (PR) yang di pimpin oleh Amiruddin Shari masalah penduduk kaum india di sini dapat di selesaikan lebih-lebih lagi masalah pembahagian tanah untuk 77 buah keluarga.

Justeru, saya dan penduduk disini sentiasa menyokong penuh kepada beliau dan INI KALI LAH kami akan terus memberi undi kepada beliau, kata shan kepada pemberita.

Sementara itu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari pula berkata sebagai wakil rakyat disini saya bertanggungjawab atasi isu rakyat tanpa kira perkauman. Alhamdulilah masalah yang di hadapi kaum india 50 tahun lalu telah selesai dengan secepatnya. Ini membuktikan kerajaan PR Selangor bekerja untuk rakyat dengan bersungguh-sungguh tanpa mengadai tanah kepada sesiapa, ujarnya.

Penduduk meraikan kemenangan PR ..Tahniah 
Sehubungan itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada semua petugas Pakatan Rakyat (PR) DUN Batu Caves yang tidak jemu menjalankan tugas, sanggup korbankan masa untuk keluarga dan kerjaya.

Bagi pengundi negeri Selangor dan DUN Batu Caves, Terima kasih kerana membuat pilihan yang bijak dalam PRU13 yang telah berlangsung semalam.

Kita akui walaupun berbagai provokasi  dan tomahan, video seks dan banyak lagi dilakukan oleh pihak lawan dengan niat merampas Selangor namun ianya bagaikan satu tamparan hebat kepada UMNO apabila rakyat Selangor tidak termakan dengan kata-kata mereka.

Insya-Allah saya yakin dalam tempoh 10 tahun PR Selangor memerintah rakyat boleh menilai sendiri pengurusan parti yang manakah lebih telus, kata Amirudidin kepada pemberita di Dataran Kampung India settlement  Batu Caves semalam.

 Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI