Tuesday, June 30, 2009

TAG SIAPA SHBT ANDA..Layakkah ??


Salam.. terlebih dahulu ana ucapkan syukran bnyk2 buat adinda2 seperjuangan ana IIUM.. yg sudi mengtagkan diri ana.. adui rasanya tak terlarat nak menjwb soalan2 tu krn masa ana betul2 kesuntukan bnyk komitment nak kena buat walaubagaimanapun tersgt2lah dihargai..Mohon maaf lewat reply dan jika tak terreply tp harap jgn kecik hati mohon sgt2 adinda2 semua faham tugas akak ye... pe2 pun rindu teramat sgt.. rindu itu adalah anugerah daripada ALLAH hanya insan berhati nurani punyai perasaan rindu... jdkan rindu menuju cinta ILAHI..



Tp ana harap dlm kita mentagkan seseorg cuba kita renung sedalam2nya adakah kita benar2 memilih dia shbt kita, kerana apa ye?? adakah kita sdh fhmkan dirinya?, jika berlaku salah faham adakah kita meleraikan dgn terbaik dan kemudian berlapang dada..?? Selepas itu adakah ukhwwah itu semakin baik /semakin renggang??

Dan seeloknya kita bermusafir, tidur beberapa minggu dgn SHBT kita dalam 1 bumbung dgn shbt2 kita, disitu baru kita tahu sifat dan ciri2nya.. dan yg lebih penting saat dia gembira ada tak dia nak berkongsi bersama kita apa yg berlaku dlm hidupnya bersama ahli keluarganya?? Saat dia perlukan bantuan pd kita adakah kita menghulurkan bantuan?? Saat dia dalam kelaparan dan perlu kewangan pernahkah kita bertanya pada nya??.. Dalam luahan rasa kegelisahan hatinya adakah kita benar2 fokus percakapannya?? Memang sukar kita ingin membaca riak wajah seseorg.. kdg2 kita tertipu dgn wajah yg ceria bila bertemu ttp di sebalik keceriannya ada tersimpul kesedihan yg amat sgt dan serasa dirinya spt tiada shbt krn shbt tidak pernah mengambil tahu apa yg terjadi dlm hidupnya..tp pd dirinya yg kerap mengalah,.. bila fikirkan manisnya ukhwwah dlm persahabatan dia sanggup korban segalanya.. mengetepikan kehendak hatinya hanya memberi yg terbaik utk shbt2nya?? Kalau kita sdh kenal dirinya dan ahli keluarganya mengapa tiada perkongsian dlm ukhwwah yg ibarat seperti adik beradik..(Untuk ana juga sering muhasabahkan diri ye)
Foto nana..tentu adk2 seperjuangan rindu dgn celoteh dia.. tp nana tak sihat skrg.. ni ikut ateh g surau Jabar Nur dgn selsema.. Telekung yg baru dibeli, skrg 4thn ateh dh paksa solat..Hadiah utk Nana.. sempena Hari Ulgthnnya.. cantik tak telekung nana.. (p/s: Shbt2 tahu.. dgn ada telekung ni dia dh semakin rajin tgk jam asal dgn azan dia remind ateh.. jom g masjid....becuk sgh mulutnya...sengaja nak latih anak buah dpd kecik nanti dh besar.. ssh ana nak didik...xde anak sendiri anak org pun jdle kan..) nile permata hati ana..

Jika ye dia ingin berkongsi dgn kita saat suka, duka sanggup utamakan diri kita dpd dirinya ambil le dia shbt kita.. so ana pun tak tahu le.. adakah ana ada sifat sedemikian?? Sekiranya ada alhamdulilah andainya takde moga ada insan2 sedia membantu ana utk mentarbiyahkan ana mnjd insan rabbani.. yg blh menilai diri ana adalah mereka yg sering bersama ana dan paling tepat adalah ALLAH swt.. syukran sekali lagi buat imah, yan dan adk2 sperjuangan lain teruskan perjuangan walaupun dimana saja berada.. kalau nak jwpn yg lebih tepat rasa lebih baik kita face 2 face.. baru dpt jwpn yg tepat nak jwb soalan dlm blog ni.. adui ramai le yg tahu..K. sir..
SYUKRAN tak terhingga pada yg sudi mengtagkan ana mnjd SHBT... ni 10 org moga sudi mnjd SHBT SEPERJUANGAN SUKA & DUKA PADA ANA.ISNYA_ALLAH BILA KERAP BERTEMU DLM PROG.. AKAN TERPUTIK KSH SYG.. BARU KITA TAHU SAPA DIRINYA.. Jika ada terasa hati dgn ana dalam berukhwwah dan sepanjang mengikuti ana dlm prog.. mohon maaf sgt2 yg terbaik dpd ALLAH swt..

1) Yan
2) Imah
3) Adah
4) Ain Shaharudin
5) Mahirah
6) Huda
7) Nazirah
8) Wani P.P
9) Lina
10) Bushra
11) Laila..haha... nak lg ramai tp x larat nak tag org,.. tp adk2 ni semeangnya oenghibur hati ana.. syukran buat permata hati ku... marah tanda syg.. hari ini ana tepekkan foto anak2 buah ana yg mnjd penghibur saat berduka.. wajah anak2 menjadi tenang.. bila kita melihat mereka..

Kelantan kaji kenaikan elaun guru Al-Quran dan Halaqat


KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan sedang mengkaji kemungkinan meningkatkan kadar elaun bagi guru-guru yang mengajar Al-Quran dan Halaqat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya sudah menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.

"Kami akan teliti kertas cadangan itu sebelum buat keputusan," katanya semasa menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali kedua di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini kouta bagi guru mengajar Al-Quran dan Halaqat adalah 60 orang bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, namun menurutnya sebarang pertambahan kepada jumlah itu adalah mengikut keperluan semasa bagi setiap kawasan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman berkata kerajaan negeri menjangka seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010. Beliau berkata syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa berusaha untuk menaik taraf perkhidmatannya dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Ketika menjawab soalan Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim (PAS-Dabong) berhubung masalah yang dihadapi dalam usaha menyediakan bekalan air bersih, Anizam berkata antara masalah yang sering timbul adalah terputus bekalan elektrik yang menyebabkan bekalan air tidak tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

Beliau berkata AKSB membelanjakan RM1.2 juta sebulan sebagai bayaran untuk bekalan eletrik bagi memastikan perkhidmatannya tidak terganggu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kutipan hasil tanah tahun lepas meningkat kepada RM21.4 juta, atau 44.46 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata pungutan hasil tanah secara online masih di peringkat rendah, dan menurutnya sehingga ini hanya RM2,056 sahaja dapat dipungut melalui kaedah itu.

"Bagaimanapun kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan kutipan secara online untuk kemudahan rakyat pada masa akan datang," katanya. BERNAMA

JOm G ceramah Umum P.Raya KEcil Manek Urai. Pakat Kelik UNDI BULE..

Salam.. sila sebarkan pada semua sahabat2..
Jom Pakat tolak UMNO!!!....

"Rawatlah Hati Bangunlah Insan 2"

Salam.. dijemput semua shbt2, netters yg menziarahi blog ana, sila sebarkan pada shbt2 lain di dalam blog / email... syukran :)

Monday, June 29, 2009

Kuliah Magrib Surau Jabbar Nur Bersama Yb Hasan Ali


dato bg ceramah

Salam/Selamat Sejahtera...

Gombak Setia- 29hb Jun, 2009- Yb Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Dun Gombak Setia merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor alhamdulilah dapat meneruskan tanggungjawab menjalankan tugasannya bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia untuk bersama penduduk Sri Gombak Fasa 2 menunaikan solat berjemaah disamping itu dapat memberi ruangan tazkirah dan membuat perjumpaan dengan AJK surau menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pihak Surau Jabbar Nur.

Yb Dato’ Hassan menyarankan agar setiap surau dan masjid hendaklah mengimarahkan rumah-rumah ALLAH setiap hari dengan mengadakan kuliah magrib 3x seminggu atau paling kurang mengadakan kuliah subuh hujung minggu dengan mengadakan kuliah dhua. Dengan adanya kuliah di Masjid/surau maka anak-anak muda, penduduk sekitar dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.

discuss surau

Selain daripada itu juga Yb Dato’ Hasan memberi tekanan pada pentadbiran Masjid/surau hendaklah mainkan peranan dengan baik dengan menjalankan tugasan dengan penuh jujur. Pentadbiran kewangan hendaklah dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan berbagai program untuk kaum ibubapa dan anak-anak. YB dato’ Hasan memberi contoh di Singapura meruapakan pentadbiran masjid yang baik walaupun Negara itu terdiri ramai orang kafir, amatlah berbeza di M’sia. Namun pun begitu YB Dato’ Hasan serta pihak pengurusan yang lain akan berusaha membantu sedaya upaya untuk melengkapkan kelengkapan Masjid, Surau. Kini pihak mereka sedang dalam peringkat perancangan untuk adakan kompleks setiap Masjid dimana akan terdirinya sebuah Nursery, Klinik dan diadakan Padang Futsal berhampiran Masjid agar selepas anak-anak bermain mereka boleh berhenti seketika dan tunaikan solat kemudian boleh meneruskan riadah mereka. Disamping itu juga kompleks tersebut akan dibawa masuk barang-brang produk yang halal tanpa was-was kepada semua pengguna. Semoga dengan usaha sedemikian akan memberi kemafaatan sebaiknya pada kita semua sebagai umat ISLAM.

perbincagan masaalah surau jabar nurYb. Dato’ Hasan juga berkata bahawa Masjid dan surau selain tempat beribadat, menuntut ilmu akhirat ia boleh juga digunakan tempat bermusyawarah/mesyuarat, mengeratkan ukhwwah antara AJK dan penduduk, tempat perbincangan dengan semua Ahli pengurusan pentadbiran dan penduduk juga boleh mengemukakan sebarang masalah pentadbiran kepada AJK pentadbiran yang telah dilantik agar dapat diperbaiki dengan lebih baik. Semoga dengan kerjasama Yb Dato’ Hasan dengan semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan melahirkan Masyarakat yang harmoni..insya-allah..

Alhamdulilah program ini selesai 9:30mlm dengan jamuan ringan bersama pendududuk. waalaupun dihidangi dengan juadah tetapi beliau tetap melayani kereneh AJK pengurusan dengan berbagai Surat, dokumen untuk ditandatangani.


dato mendengar masalah pendudukSeperti sunah Nabi saw ketika bersama sahabat-sahabat dimana Baginda gunakan masa untuk perbincangan pentadbiran Negeri. Semoga sunah baginda diikuti oleh kita sebagai umatnya.. Insya-ALLAH.mkn mslmt

Sunday, June 28, 2009

Antara 2 DUNIA


Assalammualaikum wr wbt /salam sejahtera..

Mulai saat ini, hari ini dan detik ini ana telah diberi mandat oleh Pihak MTD GS utk menjadi Editor Pengarang Penerangan. Rasa terlalu berat juga utk ana nak pikul dan bawa tugasan ini, Insya-allah akan ana cuba buat yg terbaik namun pun begitu pasti ada kekurangan dalam penulisan ini dan amatlah diharapkan para netters semua dapat memberi pandangan dan sokongan uuntuk perbaikikan diri ana yg semestinya ada banyak kelemahan. Segala kebaikan dtg dpd ALLAH swt dan lemah itu daripada diri ana yg sememangnya terlalu kerdil dan sentiasa memperibaikikan diri..insya-allah..


29hb Jun, 2009- Gombak, Alhamdulilah segala pujian bagi ALLAH semesta Alam akhirnya segala perancangan yang telah di susun dan dirancang dengan baik akhirnya telah terlaksana tanpa sebarang halangan dengan kerjasama semua pihak.

Alhamdulilah Masjid Al-Khairiah Tmn Sri Gombak telah dibanjiri ramai pengunjung selepas solat Isya' pada 28hb Jun, 2009 (Ahad) tidak kira peringkat umur samada generasi muda/tua/kanak-kanak untuk menghadirkan diri ke Majlis ilmu untuk melengkapkan diri dengan mencari erti kehidupan sebenar seperti apa yang telah di usahakan pihak penganjur untuk mengadakan Forum Perdana untuk mengupas Tajuk Antara 2 Dunia. Disini sedikit ILMU untuk kita kongsi bersama sekiranya para pengunjung blog dan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke Majlis Perdana ini.

Tazkirah : Utz Roslan Mohamad
Nabi Muhammad saw telah menyatakan terdapat 4 Golongan Manusia iaitu :-

poster_forumperdana_jun2009

1) ALLAH beri ILMU, Harta kekayaan pada seseorang tapi digunakan dengan sebaiknya. Orang yang seperti ini mereka tidak lupa kehidupan dunia akhirat. Tidak mencari Dunia semata-mata, malahan waktunya dimanfaatkan sebaiknya untuk urusan Kerja dan urusan akhirat. Kehidupan nya diberkati ALLAH.

2) ALLAH bagi ilmu padanya walaupun dia Miskin tetapi dia tidak pernah lupa pada ALLAH. Orang yang seperti ini juga selamat Dunia Akhirat.

3) Dunia sahaja dicari. Didalam fikiran hanya fikir cari DUIT..DUIT,. sehingga tiada waktu untuk beribadat, tidak bercampur gaul dengan ahli jemaah masjid/surau, jiran tertangga apatahlagi. Orang yang seperti ini dilaknat ALLAH. Kehidupannya sentiasa tidak pernah merasa mengcukupi.

4) DUNIA AKHIRAT langsung takde - orang ini terlalu miskin, tidak terpenah dihatinya untuk fikir dosa pahala tetapi dia hatinya kerap melakukan dosa maksiat, menipu, menganayai orang dan lain-lain. Apabila tibanya saat-saat kematianpun orang ini hanya fikir harta kekayaan lagi. Nauzubillah.. jauhkan diri kita masuk dalam golongan sedemikian..

Ustaz Tn Ibrahim Tn Man : ALLAH swt menyarankan umatnya agar mencari dan melebihkan kehidupan akhirat untuk kita tiak lupa pada ALLAH swt. Bila kita fikrikan kehidupan dunia semata-mata kadang-kadang ALLAH bagi seseorg itu dengan kesenangan tetapi dalam keadaan ALLAH murka padanya (Istidraj). Umat manusia ditimpa penyakit iaitu TAMAKKAN DUNIA. Dunia umpama seperti orang yang sedang lena Tidur. Bila kita tidur kita dibuaikan dengan kehidupan yang penuh dengan angan-angan kosong.

Saidina Ali berkata " Umat manusia sekarang takut dan bimbang dengan kematian tetapi mereka tidak berusaha untuk buat kebaikan sebagai bekalan diakhirat " Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik kerana mati tidak pernah tahu pada kesihatan yang baik, kematian akan berlaku pada bila-bila sahaja tetapi kita tidak mengetahui, bila dan dimana.. "oleh itu buatlah persiapan diri melengkapkan diri sebagai bekalan dikahirat.

Nabi saw bersabda "buatlah apa saja yang kamu suka asalkan setiap perbuatanmu itu akan mendatangkan kebaikan pada orang lain untuk mengikutinya. Kasih, cintailah dengan sesiapa saja tetapi ingat 1 hari kau akan berpisah dengannya.."

Ada 1 kisah dimana ada seorang sahabat terlalu sedih dengan kematian isterinya sehingga berbulan-bulan beliau tidak meneruskan ibadat yang lain sperti sediakala lalu pada 1 hari datang seorang wanita tua berjumpa dengan beliau dan berkata :

Perempuan Tua: wahai anak muda mengapa kamu bersedih sekian lama? Bolehkan aku bertanya 1 soalan?

Anak Muda : Wahai mak cik tolong jangan ganggu diriku kerana aku sedang bersedih hati.

Wanita tua: baiklah aku tidak ganggu dirimu tetapi hanya 1 soalan saja yang aku ingin kau jawab dengan baik kemudian selepas ini aku tidak ganggu kehidupan mu.

Anak Muda : Baiklah apa soalannya?

Wanita Tua : Aku berikan seutas gelang pada seseorang kemudian 1 hari aku inginkan kembali gelang tersebut adakah aku berhak untuk mengambil dan meminta padanya??

Anak Muda : Tentulah tidak boleh kerana kau telah memberi pada orang tersebut dan tidak patut Engkau memintanya kembali.

Wanita Tua : Tersenyum..Erm Begitulah kehidupanmu.. ALLAH berikan Isteri kepada kamu sebagai pinjaman tetapi kini ALLAH nak kembali isterimu, maka haruslah engkau redha dan teruskan kehidupan ini.

Anak Muda : Ya-ALLAH, ampunkan dosaku kerana kealpaan ku, terima kasih makcik kerana menyedarkan diri saya agar tidak terus bersedih hati dan terleka, isnya-allah saya tidak akan ulangi kesilapan ini dan akan teruskan kehidupan yang lebih baik..

Utz Roslan Mohamad : Israk Mikraj.
Tujuan ALLAH jadikan Israk Mikraj juga adalah satu pengajaran agar manusia sedar bila tiba hari pembalasan semua amalan kita ditayangkan ALLAH seperti slide show samada baik/ buruk. ALLAH akan bayar dengan BY CASH.

Manusia hidup tanpa berfikir Konsep Akhirat, ini amatlah amat dibimbangi.. Program ILMIAH tidak banyak tetapi jika program yang berunsurkan kemaksiatan amat banyak sekali diadakan. Majlis-majlis ILMu dimasjid/surau tidak banyak diadakan. Hidup perlu ada perancangan dan kejarlah kehidupan ini sebelum tercapai kehidpuan yang sebenarnya.

Nabi Saw bersabda " Banyakkanlah menangis dan kurangkanlah ketawa" Bila kita banyakkan ketawa hati menjadi keras dan mati dan sekiranya kita banyakkan menangis insya-allah hati kita menjadi lembut, subur dan tidak lupa pada ALLAH swt..

3 Mata yang tidak disentuh Api Neraka.

i) Mata yang berjaga Malam (Qiammulail)

ii) Mata yang takut pada azab ALLAH tidak melihat perkara-perakara yg lagha.

iii) Mata yang berjihad ke jln ALLAH.

ISLAM ini terlalu cantik dan indah ALLAH ciptakan kehidupan DUNIA AKHIRAT ada hikmahnya begitu juga ALLAH ciptakan kematian agar manusia tidak terlalu kejar kehidupan dunia semata-mata kerana dibimbangi mereka akan terus menerus lalai pada ALLAH.

Nab saw bersabda : "Siapakah Orang yang paling Bijak??" Mereka adalah orang-orang yang sentiasa ingat kematian"

Pegang teguh dengan prinsip ini DUNIA & AKHIRAT MESTI SELARAS SEMUA IBADAT KITA adalah kerana ALLAH swt semata-mata.

Muhasabah diri : Apa perbuatan kita buat ada tak yang tidak berkait dengan ALLAH??

Hidup ini semua ada kaitan dengan ALLAH. Bila kia ingat Akhirat automatic hati kita ingat pada ALLAH. So untuk mencapai ke arah itu rajian-rajinkan diri mencari ilmu, mengimarahkan masjid, dekati alim ulama'...waallahhualam.

Semoga dengan suntikan santapan rohani ini akan memberi kesedarn pada kita Bahawa kehidupan kita ibarat seperti Jambatan untuk menuju ke akhirat. waallahhualam

Penulis Editor : Ukhti Khaulah Azwar

http://khaulah-azwar.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Akhirnya Kau Pergi Juga...yg tiada pengganti

Dato' Hassan Ali yg sentiasa bersama jemaah utk membantu solatkan jenazah dan mengiringi ke perkuburan..Kata org carilah shbt saat suka dan duka dia bersama kita bukan bila susah cari shbt bila senang shbt diketipikan.. jauhkan sft itu dlm diri kita..

Al-Fateha Buat Ayahanda Dato'Fahmi kini 4hr berlalu, keadaan di MTD GS diuluti kesedihan, tiada gurauan helaian tawa shbt2 lagi, setiap kali duduk dlm bilik En Omar tempat Dato' Fahmi dan shbt2 bertemu setiap itulah ada saja bualan kisah Dato' Fahmi dibicarakan, kenangan demi kenangan terbuka..
Kata pujangga "Harimau mati tinggalkan belang tapi manusia mati tinggalkan nama, hanya segala pegorbanan dan jasa beliau pada jemaah tidak akan dilupakan selamanya dan kata2 terakhir Dato' Fahmi pada ana masih teringat lagi.. sue jgn lupa nanti apa2 prog kalau ana takde tlg bawa Datin & anak2, anak taknak mereka terleka. hidup perlu buat sumbangan pd jemaah..itu bekalan kita . ana hanya senyum dan kata insya-allah don't worry Dato' pasti ana akan bawa mereka bersama.. tp tidak sangka kata2 itu memang menjadi kenyataan rupanya dia tinggalkan wasiat terakhir pada ana.. moga ana dan shbt2 mampu menunaikannya walaupun nampak kecil tapi berat jg.. lbh2 nak mendekati org yg berkedudukan tp setakat ini ana lihat keluarga ini mmg baik, dan tidak sombong.. insya-allah ana akan cuba membantu.. doakan usaha kami agar tidak leka pd shbt2 yg perlukan dorongan walau pun dirinya tiada lagi..
Sering kali adk2 jemaah yg baru bergerak dalam jemaah Gombak tertanya pd ana "Kak sapa Dato' Fahmi"? ana tak dpt nak jwb dlm keadaan Hiba masa tu, hari ini ana kumpulkan semangat utk mendedahkan sapa Dato' Fahmi pd Jemaah.. Moga jdkan contoh yg baik pd diri kita Walaupun kaya ttp mereka sekeluarga adalah org yg paling ramah, tidak sombong, tidak kedekut, menghormati sesiapa saja, murah hati dll... ikutilah kisahnya..

23 Jun 2009-Taman Desa Minang.Belangsungkawa pemergian allahyarham Dato’ Fahmi.Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 ptg disebabkan serangan jantung. sapa sangka dlm pukul 3 ptg ramai shbt2 berjumpa dgn dia di Restoran , cuma ana je yg tak dpt jumpa Arwah sebab secara kebetulan pd hari itu ana sibuk urusan di pej Ahli Majlis.. so lewat g MTD. Cuma dalam kesibukan itulah fikiran teringat pdnya hati tak sedap masa tu lbh2 bila bnyk masuk aduan kematian dan insfraktutur utk di ambil tindakan... masa tu.. setiba di MTD ana cari kerete yg selalu Dato' Bawa staff pergi ke S.Alam dan lain2.. tp kelibat diri dan keretanya tiada..

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada penduduk Taman Desa Minang khususnya dan amnya bagi penduduk Gombak Setia.
Arwah Dato' Fahmi
Allahyarham yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Taman Desa Minang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Allahyarham juga sangat aktif membantu kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan tanpa mengenal letih dan penat.
Lagu ini ditujukan buat dirniya walaupun tiada lagi..

Hijjaz (Munif Ahmad) Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini
Bila mngenangkan Kau sahabatku
Kau teman sejati

Tulus ikhlasmu
Luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu
Juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Ya-ALLAH RAHMATILAH ROHNYA TEMPATKAN DIA DI TEMPAT YG MULIA DISISIMU..AMIIN YA RAB

Forum Perdana Ehwal Islam

Salam dijemput semua shbt2 muslimin dan muslimat utk hadirkan diri ke Forum Perdana Ehwal ISLAM pada :

Tarikh : 28hb Jun, 2009
Masa : 7mlm- 11 mlm
Tempat : Masjid Al-Khairiah, TmN Sri Gombak

Panel : Dato' Hassan Ali
: Ustaz Tn Ibrahim Tn Man
: Ustaz Roslan Mahmood

Tuesday, June 23, 2009

Kematian itu Mengejutkan, Al-Fateha Buat Ayahnda Dato' Fahmi


Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”

Semalam Warga Gombak terutamanya Pihak MTD GS digemparkan dgn kematian Allahyarham Dato Fahmi pada 2:30ptg.. Semua org bagaikan tak percaya apa yg didengar.. Ana benar2 rasa sedih krn hasrat hati ana utk mengadakan taaruf lbh dkt lagi dgn Dato' Fahmi yg diibaratan seperti ayah ini terlalu amat ambil berat pd ana dan shbt2 jemaah. Ada beberapa perkara yg Dato' Fahmi nak membantu ana utk setledkan masalah yg amat berat utk ana nak pikul, tp insan ini tiada lagi selain minta pertolongan ALLAH dia le tempat ana dan shbt2 minta pandangan dan dorongan.. dgn banyak pengalaman yg luas dlm perniagaan dll..


Foto Arwah Dato' Fahmi berbaju coklat susu sblh p.cik baju melayu ungu. Beliau banyak meberi sumbangan tenaga, fikiran dll dalm urusan jemaah walapun usia semakin lanjut. usia belia 59thn.







Arwah bersama dato' Hasaan dan shbt2 seperjuangan muslimin..

Dirinya Orgnya terlalu baik dan org yg suka berlawak. kalau diri kita diuluti kesedihan dia le yg menjadi penawarnya. Telatahnya sering membuat org pej di MTD dan shbt2 seperjuangan mmg tak kering gusi kalu kami berborak2 kosong..


pd 21/6/2009, slps solat subuh ana dah set dlm kepala ana.. hari itu Dato Fahmi, Utz Hirman, Utz Tarmizi mrka bertiga ni mmg tak boleh dipisahkan terutamanya Utz Hirman yg ana lihat dia mmg terlalu rapat dgn Dato' Fahmi. Ana dlm bilik En Omar.. sibuk siapkan kertas kerja Nisa' dan siapkn kerja Ahli Majlis.. tiba2 Dato' tanya ana.. Sue org mana ye.. padahal kami ni mmg le kenal lama.. tp mungkin tak berkesempatan utk mengenali lbh dkt lagi.. erm ni nak buat taaruf ke.. ana org Perak le.. tp dah bermastautin di Gombak.. Lps tu habis le ana kena sindir dgn 3 org ni Dato' Fahmi le suka sgt menyakat habis lorat perak dia keluar.. melucukan.. slps dpd tu ana tak jumpa dia hampir 1 minggu rasa macam pelik kalau dia takde dkt MTD.. sbbnya takde org yg suka berlawak mcm dia..dlm hati ana tertanya mana Dato' Fahmi pergi.. yg ana dimaklumkan haritu pemuda GMBK nak pergi Johor.. tp tu semua rmh generasi muslimin.. takkan Dato Ikut.. erm takpe le ana harap Dato' selamat diamana jg..


Slps daripada tu 22/6/2009- ana tersenyum riang bila melihat kelibat ayah sorg ni.. alhamdulilah Dato Selamat lama rasa mcm tak jumpa tiada gurauan dirasa di MTD bersama shbt2.. setiba di muka pintu Dato panggil..Cik Sue.. pekhabar.. ana jwb alhamdulilah sihat sikit demam dh kebah tp batuk masih x hilang lg.... Dato' Sht..?? dia jwb mcm ni le sue.. skt2 tua.. ana lihat riak wajahnya.. nampak mcm krg sihat..dlm sibuk buat kerja di Bilik En Omar .. depa ni semua duk ckp Hal P.Raya akan diadakan tak lama lg di Kelantan.. oo baru ana ingat Dato takde dia excord JPN dan Dato' Hassan.. lupa2.. pdhala ana dh dimaklumkan hal ni maybe kesibukan dgn prog hujung minggu dan tak berapa sihat krg bagi tumpuan..


Dato Fahmi : Sue.. hang tahu tak. manek urai tu jauh sgt2.. hang nak ke Berjihad dkt sana..
Sue : Insya-ALLAH jika diizinkan ana akan pergi.. doakan moga ana dan shbt2 diberi peluang utk bertugas disana.. mcm kita semua dpt bertugas di Bukit Gantang..

Dato' Fahmi : Ye le, insya-allah moga kita semua dpt menjalankan tgjwb kita disana..

Ei.. jumle kita lunch.. ana, dan utz tarmizi tak g.. coz.. ana nak siapkan keje dan sememangnya ana tak suka keluar lunch panas.. nanti kena migrane.. so En. Kamarul, En Omar, Utz Hirman le yg keluar lunch.

En Kamarul : sue nak mkn tak??

Sue: Tak nak le..

En kamarul : Yeke, takpe hari ini ana belanja.. ana diam je. up 2 u..


slps 2:30 ptg : P. Nik dtg pej.. dia bg bungkusan kasut pd Dato Fahmi.. ana, Dato Fahmi secara tiba bertembung dpn pintu.. masuk..

Sue : oo. ni dpt hadiah pula ke.. kasut pe tu Dato'

Dato: Kasut Generasi ni sue. hanya org tertentu je le pakai..dgn senyuman dia terus balik..

Sue : erm..ada2 je le Dato ni..



22/6/2009 : hari ni H/P ana jd hotline pula, banyak le pula kes kematian, aduan ibu tunggal dll masuk di Pej ana... so kena le ambil semua repot utk submit pd MTD..di hati ana, ya-allah asyik dengar kematian, tiba2 terbayangkan Dato' Fahmi..ei.. napa teringat Ayahanda sorg ni..?? hati mula berdebar2.. Ya-ALLAh berikan hambamu ketenangan.. rahmati dia dimana saja berada.. amiin. apakah persiapan ana utk hadapi ini semua??sdh bnyk mana amalan ana?? Ya-ALLAH terimalah amalan hambamu.. amiin







12:30tgh : ana g mtd.. buat keje mcm biasa terus masuk pej En Omar, submit semua report..

En Omar: ya-ALLAH hari ini kenapa bnyk sgt dpt kematian, tak menang tangan nak ziarah.. tiba2 hujan turun.. ana tnya dgn Mek Liza..

Sue : Liza Dato Fahmi, Utz Hirman Masuk tak hari ini?

Mek Liza: tak nampak lagi kak.. selalu depa dh masuk waktu gini, Bz kot g S. Alam pej Negeri..

Sue : erm ye kot.. x pe le..

2:30 ptg dlm sibuk buat keje.. dkt pej En Omar, bincang kertas keje Nisa' Gombak, dll ana dimaklumkan ada pemuda di tmn selasih meninggal.. lps tu ana terus duk luar buat keje dkt luar pula.. tukar angin..


3:00ptg : Nampak En Omar bergegas turun bawah.. eik napa ni..terdengar nama Dato' Fahmi kata mereka pengsan..yeke...


3: 30 ptg: En kamarul dtg meja ana, sue.. tahu tak, apa dh terjd hari ini,

Sue: Erm entahle, rasanya hari ini bnyk sgt kematian, napa??




En Kamarul: Sue.. sabar ye.. org yg kita rapat dah tinggal kita,Dato Fahmi..

Sue : hah yeke. En Kamarul jgn main2.. ni bkn blh buat main2 tau.. yele pemuda gmbk terutama org pej ni mmg suka berlawak kdg2 ana confius mana 1 yg serius.. ana terus tel H/P Dato Fahmi, alamak off.. ya-ALLAH katakan tidak benar, hrp itu gurauan..

Tarmizi, kamarul : Sue tel sapa??

Mek Liza: kak betui ke depa ni?

Sue: Tel Hp Dato le..

En Kamarul, tarmizi, : ya-ALLAH org dh x de hang tel buat apa... dgn secara lawkanya En Kamarul buat memek muka dia ckp pe" Kang nanti mayat Dato Fahmi jwb "oi.. sue aku dah mati le.. hang tel buat pe" ana ketawa hambar..

Sue: ana terus tel Utz Hirman " Utz betulke apa ana dengar Dato Fahmi meninggal?"

Utz Hirman : Yup, sue maaf x sempat nak SMS, terdengar suara yg sedih,

Sue : Innalilah.. ya-allah jdkan hambamu redha atas apa yg berlaku, terus menitis airmata ana.. hasrat ana tak sampai.. rasa 1 kehilangan ayah yg blh dibuat shbt.. :( so ana bincang dgn shbt2 MTD kita g lps asar le ye.. uruskan hal akhirat kita dulu..

shbt2 : Ok set.


ana, Liza terkebil2 cari rmh Dato Fahmi dkt dgn Rumah Dr Uzai katanya... so tiba2 toleh kanan Utz Hirman lambai.. ana senyum alhamdulilah dimudahkan perjalanan.. akhirnya sampai jg rmh Dato'


setiba dirumah Dato Fahmi ana bersalam dgn Datin dan anak2.. terus ucapan Takziah diberi, ana capai Yasin, disedekah pd arwah Abah Ana, org2 yg terhampir dan pd Dato Fahmi' dlm selawat dan membuka yassin, semakin lebat airmata ana menitis, bila melihat terkujur jenazah didepan mata..teringat segala kenangan bersama Dato' yg sentiasa membakar semangat pejuangan ana, sentiasa mnjd pendorong utk ana dlm jemaah, org yg tak jemu2 bg nasihat, dia le yg mnjd bodyguard ana bila ada 1 perkara yg berlaku dlm hidup ana.. tp org ini sdh tiada lg.. ya-ALLAH Engkau lebih menyayangi dirinya.. jdkanlah kami org2 sabar mnghadapi ujian ini.. rahmatilah rohnya..


Mmg kami semua macam tak percaya apa yg berlaku serasa semalam masih terasa pertemuan dgn Dato' fahmi bersama shbt2.. rmh ini dipenuh dgn shbt2 seperjuangan utuk membaca yassin dan urusan jenazah..


6:20 ptg Dato' Hassan bersama shbt2 Savana dtg..airmuka shbt2 dpt kulihat airmata mereka jg menitis spt ana.. Doa dihulur, tahlil dibaca oleh Utz Manap dan Dato' Hassan sungguh semua penghuni menitis airmata bila mendenagar Doa Dato' Hassan


Ya-ALLAH sungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sghnya kami amat menyayangi shbt kami ttp kami redha dan pasrah atas pemergiannya krn Engkau lebih menyayangi shbt kami. Akan kami teruskan sisa2 perjuangannya sehingga ISLAM tertegak dimukabumi ini, Ya-ALLAH Ya JABBAR ya MUTAKKABIR, YARAHMAN..ampunilah kami semua, ampunilah dosa kedua ibubapa kami samada hidup/meninggal dunia, tempatkan mereka ditempat yg mulia disisimu, ampunilah shbt kami Dato Fahmi, Ampunilah anak2 kami, isteri2 kami sekiranya kami terlupa mendidik mereka krn atas urusan dunia semata2.. 1 hari kami jg akan bertemu dgnmu, sekiranya diberi peluang maka kau temukanlah kami semua dlm golongan org2 yg beriman dan beramal soleh yg membantu agamamu.. Ya-ALLAH ringankanlah azabmu pd shbt kami, tempatkanlah ditempat yg mulia disisimu, terangilah kuburannya, luaskan kuburnya spt Engkau beri pd org2 mukmin, ya-ALLAH kurniakan kesabaran pd kami, isteri, keluarga Dato Fahmi dlm hadapi ujian ini. Bukakanlah, lapangkan hati mereka semua dalam urusan dunia dan akhirat ini bg meneruskan kehidupan ini dgn tenang.. ya-ALLAH berkatilah doa rintihan hati kami semua, amiin ya rab..


Alhamdulilah selamat Yasin doa dibaca, kami diberi taklimat bahawa jenazah akan dimandi dkt Surau, dan akan dikebumikan slps isya' di Kepong..

Insya-allah ana akan pergi bersama shbt2,mengiringi jenzah ke perkuburan, inilah pengalaman baru ana mengiringi jenazah waktu mlm.. moga disitu akan memberi keinsafan pd ana agar lebih banyakkan amalan kita di dunia jauhkan segala melakukan perkara yg dimurkai..

Lps magrib ana terus siapkan diri bawa anak buah ana nana utk bersama, nak bawa famly ana mak masih tak sihat.. xpe le ana taknak mak sakit.moga mak ana jg dikurniakan keafiatan yg baik insya-allah..


















Ahlan Wahsahlan Rejab.. Selamat Beramal

Salam, alhamdulilah pd esok 23hb Jun, 2009 akan kita bertemu kembali bln yg penuh dgn keberkatan dlm ISLAM. 3 Bln yg sgt2 dinantikan bg org2 yg beriman utk merebut meningkatkan ibadat iaitu Rejab, Syaaban, Ramadhan. semoga dgn bertemu bln ALLAH, Bln Kekasihnya dan Bulan Umat ISLAM ini akan mentarbiyahkan diri kita utk perbaikikan diri dan amal kita utk menjadi insan rabbani, insya-allah.. Dgn itu ana ambil kesempatan buat semua keluarga, shbt2 seperjuangan dan semua pengunjung Selamat menyambut bln Rejab, mohon maaf zbn jika tersasar bahasa selama ukhwwah terjalin..
Sedikit tazkirah utk kita mempersiapkan diri utk mengerjakan puasa2 sunat sebeleum berhadapan bln Ramdhan.. insya-allah..
Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini.
Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya.
Firman-Nya:Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
“ al-Tawbah (9) : 36Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran maka janganlah kamu menganiaya diri kamu di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan.
Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram.
Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaban. “ Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..
SELAMAT BERAMAL, MOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA, INSYA_ALLAH..

Tak perlu ISLAM HADAHARI cukuplah ISLAM DARIPADA DULU LAGI YG DIBAWA OLEH NABI MUHAMAMD SAW

Salam.. marilah kita sama2 fikir sebaiknya dan tepuk dada tanyalah iman..kita selama ini.. Perluke ISLAM Hadari?? Tak cukupke ISLAM yg dibawa oleh Junjungan Nabi Muhamamd saw utk kita ikuti?? Mari kita dengar Forum Hal Ehwal ISLAM Anjuran Gombak Setia..Moga dpt dimanfaatkan sebaiknya..waallahualam..

JOM TOLAK ISLAM HADARI 100 %

Kem Bridge Amal, Jom release 10 sion utk perbaiki diri

Salam, dijemput adik2, shbt2 dan semua pengunjung utk sertai KEM BRIDGE AMAL Anjuran DUn Gombak Setia

Tarikh : 4-5hb Julai, 2009
Tempat : Alang Sedayu, Gombak
Umur : 13-17thn sahaja..

Yuran : Percuma tiada bayaran akan diberi Baju T-Shirt, Topi Amal

Sebarkan pd saudara mara, adk-beradik dan org yg terhampir. Banyak pengisian dan program yg bermakna utk dikongsi bersama bagi memperbaiki diri.

BERAMAL KERANA AMAL, JIHAD JLN KAMI







Monday, June 22, 2009

Pelajar University patut dibenarkan melibatkan diri Dlm politik??



Dalam sibuk menjalankan tugasan dipejabat tiba2 ada terima SMS no yg tak dikenali..huhu.. seram jg nak jwb.. "akak nak minta tlg blh bagi jawapan x utk presentation ni??"Apa pendapat akak pelajar University terlibat dlm politik??" ana tersenyum baca soalan ini.. huhu apa lg 100 % ana sokong.. teruskan berjuang adik2 seperjuangan ana... ini pendapat ana...

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

student protest pwtc 150906 protestors
Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

student protest auku 191005
Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

um student hotel stay campus polls
"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa buat semua insan bergelar Ayah.Hargailah mereka..

Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu.. dan Hari ini jg masih ada tempat2 merai kan Hari Ibu..ana baru je habis prog Sambutan Hari Ibu peringkat Zon JKP 11..Alhamdulilah mndpt sokongan yg amat menggalakkan... dan dlm kesibukan itu hati ana asyik teringat pd insan bergelar abah..


Ye.. ana kehilangan insan ini sdh hampir 2 thn.. rasa cepat masa berlalu tp bagaikan semalam ana rasa kehilangannya.. 1 persatu segala kenangan bermain difikiran..daripada bangku sek. rendah hingga 28thn usia ana.. rasa masa telalu cepat berlalu.. alangkah bahagiannya insan2 yg masih punyai ayah.. ana hanya ada ayah yg bergelar sbg keluarga angkat..tempat anak menumpang ksh.. mgkn tidak semesra ayah kandung walaupun mengenali insan ini.. tp ana ttp menghormati insan tersebut.. selepas tamat program Hari Ibu.. ana rasa terlalu penat dgn keadaan yg masih krg sihat.. ana ambil 1 jam tumpang rmh k. Noor solat Zohor.. alhamdulilah lps solat dan rest.. ana duduk diruang tamu menunggu K. Noor & Shbt2 lain.. dalam duduk rehat bersama anak2 K. Noor.. ana lihat telatah anak beranak ini sggh mesra insan bergelar Ayah ini pd anak2nya.. ana terssenyum dan kdg2 menitis jg airmata ini bila teringat esok adalah tarikh yg bermakna ttp ana tak dpt utk meraikan.. nak rai utk abah di keramat.. famly angkat ana.. rasa malu menebal sgt.. terlalu kerdil nak bersama.. lain le kalau Hari Ibu.. blh jg rasa kemesraannya..


Erm.. terhenti lamunan ana seketika.. bila anak K.Noor duduk di riba ana.. anak kecil ini nak air oren yg dihidangkan uminya utk ana.. ana suapkan dia.. dh 3 ptg ana bergegas ke Selasih pula preparation Dewan & Multimedia presentation utk OSCC Esok.. moga rehat tadi dpt mengumpul kekuatan pd ana meneruskan tanggungjawab seketika pd jemaah..

Alhamdulilah... slps solat asar dan habis tugasan di Dewan ana bergegas balik pergi 1 tempat yg paling rapat dgn ana jg.. Keluarga Hj Nordin.... Setiba disana Ayah tengah mkn.. dgn selorohnya yg suka menyakat ana.. mmg insan ini terlalu rapat dgn anak2. salah 1 keluarga ini ana begitu suka duduk disini.. keakraban Mak, Ayah yg mendidik anak2nya.. adk2 beradik very closed, tiap kali cuti mereka sekeluarga akan bergotong royong dan berbagai aktiviti mereka akan kerap bersama.. so.. ana akan dilayan mcm anak mereka jg..alhamdulilah ana bertemu dgn insan2 yg solih sentiasa mendidik ana ke jln redhai ALLAH.. syukran ya-ALLAH.. dan ana terus ucapkan Selamat Hari bapa Buat Ayahanda ana Hj Nordin.. tersenyum dia... mendengar.. mcm2 yg diborak dgn ana masa ni maklum le ana ni dah lama sgt tak menziarah keluarga ini, namun begitu ingatan tak pernah putus..

Dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula.

Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita.

Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita.Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal.

Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif.


Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.


Sebagai bapa pula mestilah pandai menyesuaikan diri dengan keperluan dan keadaan semasa mendidik anak-anak. Adakala seorang bapa itu perlu bertegas dan menghukum tetapi ada ketikanya mesti bersedia untuk mendengar dan berbincang. Semua itu perlu diseimbangkan sebab itulah di aliran zaman yang semuanya pantas ini para ibubapa harus melengkapkan diri dengan berbagai ilmu dan kemahiran untuk mendidik anak.


Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya membentuk satu unit masyarakat yang positif dan bahagia. Ini hanya boleh dicapai dengan sokongan para ibu dan anak-anak juga.Selamat Hari Bapa kepada semua para bapa.


Sajak ini ana titipkan buat semua insan bergelar Ayah, Abi, Walid, Abah dll.. Ya-ALLAH rahmati mereka semua... berikan kebaikan dunia akhirat dlm kehidupan mereka


Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Hinggalah sekarang baru aku tersedaria sudah melimpah ruah….
Kerana abah aku disini,
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…


Abah oh abah
Abah…semenjak kecil aku dibesarkan
Bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan

Dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan
Umpama seorang Puteri pd abah…
Ketika aku mengalah…Engkau semangatku
Ketika aku sakit…Engkau penawarku

Ketika aku bersedih…kau Kesatkan air mataku
Ketika aku ketawa Engkau riangku
Dan ketika engkau berduka?
Aku harap akulah penawar duka laramu


Selamat hari bapa kepada insan yg bergelar abah yg telah pulang kerahmatuallah.. (Al-Fateha buat abah..semoga abah sentiasa di tempat dlm golongan para solihin dan ditempat mulia disisi ALLAH swt hendaknya..abah eila terlalu rindukan abah.. ketika ini airamata menjadi teman.. ketika ini jg kutatap potret abah.. TUHAN kau lebih menyayangi abahku.. rahmatinya dirinya di sana.. :(
Buat Semua Ayahanda ana
Abd Hamid
Badzis
Abdullah
Hj Nordin
Yg amik berat kehidupan ana.. syukran Ya-ALLAH temukan ana insan2 yg mulia ini..walapun mereka bukan darah daging ana tp atas ukhwwah fillah dlm jemaah ini bermulanya tautan hati kami.. mereka yg berada dlm jemaah ini adalah saudara mara yg terhampir dgn ana.. insya-allah...


p/s : Buat shbt2.. hargailah Ibu bapa kita sementara mereka msh hidup.. jgn sekali2 mengecewakan mereka.. bila mereka tida lg.. semua kenangan akan terpahat dihati y tidak akan berulang lagi...







Thursday, June 18, 2009

ILMU,UJIAN. AMAL JARIAH & KEMATIAN. adakah kt sudah menuntutnya??


Salam.. dimana harus ana mulakan bicara sufi ini, kdgkala mnjdi berbagai persoalan dan bermain dikotak fikiran. Hidup ini mmg banyak ujian mehnah dan tribulasi yg harus ditempuhi dgn sabar dan redha walaupun kdgkala terlalu berat utk kita tempuhinya ttp bila fikirkan kembali ada hikmahnya kenapa ALLAH jadikan itu semua..ya itulah setiap ujian diberi adalah rahmat ksh syg ALLAH pd hamba2nya yg mampu utk diberi ujian mengikut kemampuannya..

Semalam 18/6/09 ana sebenarnya masih krg sihat lagi ttp ana cuba kuatkan hati ana utk meneruskan kehidupan ini. Kdg2 apa yg kita nak kita tak dapat..kdg2 kita minta pd ALLAH utk kebaikan ttp ALLAH bg yg lain semua perancangan ALLAH dh ttpkan buat semua hambanya. Ana pergi pej MTD pun ½ day slps urusan di pej ana. Liza temankan ana utk lunch… hati rasa mcm btl2 kosong.. ya-ALLAH kenapa dgn ana sejak akhir2 ni.. dh sekian lam tak berjumpa shbt2 seperjuangan terutamanya di Bt. Caves.. Ya-ALLAH napa dgn muslimat DUN Bt Caves?? Sekian lama menyepikan program.. ana rindukan semua shbt2 pimpinan, usrah pimpinan pun dh lama mnjd sepi.. Masing2 sibuk dgn urusan dunia ke?? Tiap kali ana pergi jumpa Naqibah ana Ustazah Zunir.. pasti mulut ini tertanya2 “ akak napa usrah xde lg ni??” Prg Bt Caves dah macam tak hidup?? Sejak adik seperjuangan ana walimah baru2 ni Hidayah ana terima maklumat K. Rafeah mak nya pula koma.. ujian ALLAH pd hamba2nya.. ana cuba ctc k. peah ttp tiada jawapan sms pun x trjwb?? Diman dia dan apa status maknya?? Ana cuba tnya shbt ana dpd kecil.. Hani, bila pergi rumah nya.. Hani pula xde.. famly hani ckp Hani cuti bersama hubbynya di Kelantan.. Org dh berumah tangga… so tak blh sgt diganggu..lain le kalu bujang ..tp alhamdulilah hani diberi hubby yg sefikrah .. tp ana tak blh dekat sgt dgn dia.. coz.. ada je.. benda dia nak kena kan ana..kami sering berdebat ckp..mempratikkan diri dlm berhujah… kdg2 ana malas nak layan.. dlm ana ziarah rumah hani famly le ana dimaklumkan ayah hani pun baru keluar dpd Hospital..Kencing Manis.. Adui.. 1 per satu shbt2 diuji.. ana rasa mcm dh lama x berjumpa dgn shbt2 sehingga apa yg berlaku pd shbt famly pun x tahu.. Kenapa jd begini??? Inilah yg ana dpt buat kesimpulan bila Usrah tiada, perjumpaan shbt2 tiada.. hubungan hati tiba2 mnjd jauh… namunpun begitu doa ana hrpkan moga sentiasa dipelihara ukhwwah ksh syg dlm jemaah.. moga insan2 yg ALLAH berikan ujian sabar dan tabah hadapinya…

Berbalik pada 18/6/09.. ana balik keje awal.. after lunch ana ada urusan dgn kakak ana utk urusan peribadi.. erm.. alhamdulilah dimudahkan urusan di sana.. sehingga le 5ptg baru sampai rumah.. terima panggilan En Omar.. minta tlg organizedkan prg OSCC checked list semua kerja2..En Omar Tanya napa x masuk pej hari ini?? Ana ckp le ana mencari kedamaian hati.. nak bersendirian seketika.. lepas perbualan terima SMS adk2 Nisa’ Gombak.. Dijemput semua shbt2 utk Mtg Nisa’ mlm ni… adui.. dgn badan yg terlalu panas, batuk x henti2.. rasa terlalu lemah utk keluar.. ana solat asar slps mengaji quran.. ana bertafakur di tikar sejadah.. tiba2 hati jadi sayu.. menitis airmata ini bila teringat apa yg dh berlaku.. kalau ana tak ikut langkah ini pasti tak berlaku.. biarlah digertak, dihina, tp hidup jd tenang daripada menerima hasratnya.. akhirnya badan jd binasa.. ya-inilah tarbiyah ALLAH pd ana… sbg penghapus dosa ksh syg ALLAH pd ana..yg lemah.. ada hikmahnya..Jika kita dipihak yg benar moga pembelaan ALLAH sentiasa diberi bg org2 yg teranayai.. mg hidayah ALLAH diberi pd insan tersebut, agar ada keinsafan dihatinya diatas segala dilakukan adalah 1 kesilapan besar… doakan ana shbt2..

Lps solat magrib ana bergegas ke masjid. Nak bawa anak buah ana yg rajin mengekor ana body guard yg paling kecoh kalaubawa ke UIA.. adui satu bilik dngr suara dia.. tapi dia tidur pula.. nana pun x sht.. so ana tinggal dia dgn adiknya Irfan.. rasa terlalu rindu sgt dkt Rumah ini.. tempat ana mencari ketenangan dgn majlis2 ILMU.. ada tilawah quran.. ana buka kitab quran ana yg kecil biru ini yg sentiasa mnjd teman hidup ana.. mg ALLAH memberi rezki pd ana utk membacanya walaupun beberapa ayat.. lps tilawah.. ana belek lg HP ana SMS yg diterima..dpd Nisa’ erm.. hati berbelah bg.. nak/tidak pergi.. ya-ALLAH kuatkan hati dan semangatku..jgn kau lalaikan hatiku pd mu.. ini tanggungjwbku pd jemaah.. akhirnya slps solat isya.. ana buat keputusan pergi juga.. ana rindukan adk2 Nisa’ sudah lama kami tak jumpa.. since cuti sekolah… moga disini memberi kekuatan pd ana, dan dpt jwpn dihati atas mencari jln penyelesaian masalah yg ana hadapi..

9:15pm ana tiba rumah Nisa’ Bt Caves.. tgk2 eifa org 1st dtg.. eifa borak dgn ana.. akak sihat ke?? Ana jwb x sht sgt.. dia rasa kepala ana.. akak panas badan ni.. akak dh g klinik.. batuk ana menjd2.. masa tu… ana senyum dgn jwb.. dh mkn ubat dgn berulamkan hati.. terseyum eifa mendengar jwpn ana.. 9:30pm mtg pun bermula.. alhamdullilah dpd 9org yg dtg akhirnya mnjd 20 org yg hadir mlm tu dgn hadirnya adk2 Nisa’ sg chincin.. adk2 IIUM ana.. senyum riang mereka sentiasa mnjd peghibur hati ana… ya-allah terima ksh temukan ana dgn shbt2 yg soleha..mnjd Quratul Ain pd ana memandang shbt2 ini… sebelum mtg bermula mcm biasale.. buka al-mulkitab.. dan dgn segala hormatnya eifa minta setiap org adakan ruangan tazkirah 2m’ setiap seorg.. adui… ni buat ana lemah.. tak prepared apa.. Dgn tiba2.. org pertama jd mangsa adalah sapa lg kalau Bukan ana. Eifa mmg suka sgt kenakan ana.. walaupun ana duk jauh, ana jg ditunjuk, apatah lg ana duk sblh dia smlm.. ei.. geramnya… ana pun ckp le.. eifa,. Tlg le akak ye.. akak tak sihat ni bg shbt2 lain dulu tazkirah… adk2 nisa’semua tak setuju.. erm.. nak x nak kena le jg..

k.. tajuk ana bawa adalah ILMU, UJIAN, AMAL JARIAH, dan Kematian.. kenapa ana bawa topic ni?? Erm.. sebenarnya ana nak kongsi pengalaman sepanjang apa yg trjd dlm muktmar dgn tiba2 dpt khabar opah ana meninggal, kemudian diberi ujian dgn kete rosak, laptop rosak.. betul2.. menguji kesabaran ana.. beristigfar setiap kali bila ingatkan apa yg terjd.. moga diberi keampunan ALLAH pd ana yg lemah… sabar dan redha..

ILMU- manfaatkan ilmu dunia akhirat sebaiknya dan sebarkan pd org lain utk dimanfaatkan sebaiknya.. cnthnya.. masa berlaku kematian muslimat hari tu.. bgmana ana blh meringankan hati utk membantu uruskan jenazah. (Ops maaf bukan nak riak, nauzubillah,.) apa yg ana nak sharing sini supaya kita amalkan ilmu yg kita pelajari jgn kita belajar saja tanpa amalan..Dgn adanya usrah kita dpt eratkan ukhwwah. Usrah ibarat spt seekor ikan apabila xde air ikan akan mati, begitulah hati kita, akan jd hitam, kita jd semakin lemah akhirnya kita akan lalai dgn urusan dunia semata2… hubungan dgn shbt2 kita rasa jauh dan hambar apatah lg hubungan dgn ALLAH..

Kematian- Pengurusan jenazah yg kdg2 kita sibuk mengikuti kurususnya ttp kita tak amalkan hanya sibuk utk dptkan Sekeping Sijil pengurusan jenazah, ttp bila tiba kematian pd org yg terhampir dgn kita/jiran tertangga kita tak nak membantu mempratikkan apa yg kita pelajari, akhirnya ilmu itu jd hilang krn tidak diamalkan.. alhamdulilah ana diberi kesempatan utk menguruskan jenazah setiap kali mdnpt khbr kematian.. walaupun sedikit pertolongan diberi namun ana hrp ALLAH terima sbg amal jariah ana., krn bila ana uruskan jenazah ana akan pasti terbayangkan diri ana berada disitu.. dan siapakah org yg akan uruskan jenzah ana, sembahyangkan ana??:( adakah shbt2 ana akan hadirkan diri ketika ana tiada lg. lbh2 kalau kita ni msh single.. Rasa begitu sukar utk bertemu muslimin yg benar2 ikhlas terhadap kita, mengambil kita krn ALLAH sbg ibadat.. kpdnya.. bukan utk kepentingan diri??..ya-ALLAH ana hrp mg keluarga,shbt2 ana ada bersama saat hari terakhir ana tiada lg..sbg penghormatan kita pd jenazah..mg ALLAH mudahkan urusan kematian ana sekiranya ajal dtg menjemput… dan mohon sgt2 agar kematian ana dipermudahkan termasuk dlm golongan org2 mukmin yg soleh..insya-allah caranya bnyakkan istgfar, rajin ibadat pd ALLAH, buat kebajikan jauh segaka larangannya..

Ujian- Setiap ujian diberi adalah tarbiyah ALLAH pd kita… kdg2 ana rasa tak mampu nak hadapi itu semua.. ana hrpkan bertemu dgn shbt2 yg soleh & soleha ttp kdg2 ALLAH beri dgn pertemuan dgn org yg bertopengkan Syaitan.. maafle rasa mcm kesat bila bicara begini, tp ini yg terkeluar dpd mulut ana yg terlalu banyak bersabar dgn sft manusia yg suka memperkotak katikkan seorg muslimah yg lemah.. Dunia mcm2 kita blh buat ttp akhirat nanti bgmana?? Tidakkah mereka takut diatas apa mereka lakukan pd org lain?? Semuanya ALLAH akan tunjuk 1 persatu amalan kita.. malu kita pd org lbh kuat dpd kita malu pd ALLAH swt.. dimanakah sft2 tersebut dlm diri kita, adakah malu itu ALLAH dh tarik dlm diri kita?? Ya-ALAH engkaulah tempat aku sandarkan harapan kabulkan doa hambamu yg teranayai ini… berikan hidayahmu pd dirinya perbaikikan akhlaknya bimbingkan dirinya ke jln engkau redhai.. jgn kau sesatkan hati selamanya.. kirimkan dia seorg shbt yg membimbing dirinya dgn mendekati hatinya pd mu… amiin ya rab.. Dgn Nas Quran yg diturun inilah kdg2 membuat ana mnjd pasrah dan hrp kesabaran diberi setiap ujian yg menimpa..

“ ALLAH tidak membebankan seseorg itu melainkan sesuai dgn kesanggupanya. Dia mndpt pahala dari kebajikan yg diusahakannya dan dia mendpt seksa dari kejahatan yg dikerjakannya. Mereka berdoa “Ya-TUHAN kami jgnlah kau hukumkan kami sekiranya kami terlupa / kami tersalah. Ya TUHAN kami jgnlah kau bebankan kpd kami sptmana kau bebankan kpd org2 yg terdahulu dpd kami. Ya-ALLAH ya TUHAN kami jgn kau pikulkan kpd kami apa yg tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kaifr.”{Al-Baqarah :286}

Amal jariah- buatlah baik dgn semua org walaupun dibalas dgn kejahatan.. apa yg kita lakukan niat semata2 krn ALLAH bukan utk mndpt pujian org.. bila matinya anak adam hanya yg tinggal amalan kita selama kita hidup.. dimana kaki kita melangkah, apa kah tgjwb kita sbg anak, pelajar, daei’ sdh kita buat terbaik utk ISLAM dan utk ALLAH swt semata?? Hanya yg akan kita tinggalkan adalah doa anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat, sedekah jariahnya yg dpt mebantunya.. jd ana hrp kita dpt perbaikkan diri kita semua.. waallahhualam…

Erm.. disambungkan pula dgn tazkirah oleh adk2 Nisa’ ana .. hehe.. Nida’ – erm apa yg k. sue ckp tu betul.. sbnrnya nida rindukan semua shbt2, cuti balik kg 4 hr mcm 4thn tak jumpa. Tiba2 rindu dgn semua shbt2… Ilmu mmg kita kena cari dan amalkan… elok jg kalau Nisa’ buat kursus Jenazah dan tubuhkan team Jenazah.. agar kita dpt melahirkan pelapis muda.. waaallahhualam..

Disambungkan pula dgn beberapa adk2 Nisa’ lain,. Ana tertarik bila adk fadzilah dpd Kaed, IIUM… erm.. tiba gilirannya terketar2 nak berucap.. tp.. bernas isinya.. kita hendaklah sebarkan dakwah ini dgn emel dgn berbagai cara.. org2 kafir, anggap org ISLAM akan hancur dgn ilmu yg akan terpadam… ttp mereka lupa bahawa ILMU ALLAH tidak terpadam dgn lahirnya ulama’ sufi, walaupun baru2 ini kita dikhabarkan Tokoh terkenal dgn ilmu nya Allahyarham Fathi yakan.. (Al-Fateha) moga rohnya di tempatkan dlm golongan org beriman.. walaupun dirinya tlh pulang kerahmatauallah namun ana hrp ada generasi pelapisnya yg mengikuti segala ilmunya… walaupun yg patah akan berganti ttp mungkin tak sama.. kita redha org yg dah pergi adalah syurga diberi kpd org yg redha… ALLAH lebih sygkan mereka..

So bnyk le pengisian yg bermakna mlm tadi utk ana isikan dimanfaatkan bersama shbt2.. seperjuangan,, so kami teruskan mtg jlnkn tgjwb kami sbg khalifah mg allah mudhkan urusan kami.. tup..tup yaALLAH hampir 12pagi.. ana dh lewat, bimbang balik lewat buat mak risau pula.. slps salam semut diberi kami semua bergegas balik.. alhamdulilah tiba dirumah 12:20am.. amik wudhu mengaji… hati terpikir spnjg hari ini apa yg ana dh buat..??? ya-ALLAH ampunkan dosa hambamu.. berikan hambamu kekuatan meneruskn khdpn ini mg hari esok adalah lbh baik dpd hari ini dan seterusnya.. maafkan diri ana buat mak, adk beradk dan semua yg mengenali ana… Ya-ALLAH lindungkan diriku dpd ditimpa segala musibah kejahatan jin & manusia yg tlh merancang..gagalkan segala perancangan kejahatan mereka sghnya hambamu tidak berdaya melawannya, bantulah hambamu amiin ya rab.:(

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI