Tuesday, September 1, 2009

Dulu Khemah skrg Kabin,Kemudahan sudah disediakan,mgpa nak berlengah / tidak solat lg??


040820091093



Gombak Setia semakin maju kehaapan dengan kehadiran saf-saf pimpinan yang beribawa untuk membawa ISLAM terus kehadapan. Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepadamu ILAHI, kalau dahulu bila kita lihat kebanyakkan tempat ibadat untuk orang yang berniaga tiada diberi hanya dengan inisiatif/kreativiti setiap indidvidu untuk menunaikan solat samada mereka akan solat berlandaskan dengan kotak untuk tikar sejadah, solat dalam kereta, bawah pokok dan lain-lain tetapi kini diberi rezeki yang lebih untuk pihak pimpinan Gombak bersama YB Dato’ Hasan untuk menyediakan tempat ibadat bagi semua umat ISLAM tidak kira pagkat dalam beribadat kerana apabila datang malaikat maut datang menjemput semua akan disatukan dipadang masyar.

Semoga dengan kemudahan disediakan oleh YB Dato’ pada kita harap jaganlah kita melengahkan waktu solat dengan kelalaian hati kita dengan mengejar hal keduaniaan semata-mata. Bila sudah mendengar laungan azan dengan Mengata Marilah menunaikan Solat maka tinggalkanlah urusan dunia dan burulah dengan urusan akhirat.

040820091098

Solat dibawah Khemah beralaskan tikar.

180820091176

Alhamdulilah TERIMA KASIH TUHAN diatas nikmat dan rezki yag diberikan sehingga terbinanya tempat ibadat bagi peniaga dan pengunjung pasar mlm untuk beribadat padamu.

Cabin yang disediakan ini boleh menampung seramai hampir 40 orang. Disini disediakan juga kipas angin, sejadah dan peralatan ibadat yang lain. Bagi yang ingin sedekahkan Telekung, sejadah, Al-Quran boleh juga diterima dengan niat mendapat maradhatilah apabila setiap insan yang menggunakannya, isnya-allah. Pengunjung boleh datang beribadat disini setiap hari Selasa Pasar Malam Greenwood.

“Firman Allah swt Jika Kau mengingatiku nescaya Aku akan mengingatimu.”

Editor By : Khaulah Azwar

YB Dato'Hasan Ali turun padag bersama semua ptgs di PERMATANG PASIR


IMG0324AGenap 1 minggu PRK N11, Permatang Pasir Berlalu, baru kini penulis dapat berkesempatan memulakan perkongsian rentak kehidupan YB Dato’ Hasan Mohemed Ali. Telebih dahulu penulis wakil Pusat Khidmat DUN Gombak Setia mohon maaf jika pembaca dan pengujung blog kami tiak mendapat maklumat terkini kerana tidak berkesempatan untuk menulis kerana kesibukan menjalankan tugasan di Luar disamping itu Gangguan Network. Insya-ALLAH mulai hari ini penulis akan meneruskan titipan untuk juadah semua pengunjung yang sudah kehausan maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh YB Dato’ bersama kakitangan MTD DUN Gonbak Setia untuk pengisian bulan Ramadhan.


IMG0309AAlhamdulilah saat menjelang Rmadhan semua umat ISLAM sibuk menguruskan amal ibadat mempertingkatkan amalan ibadat yang sunat begitulah juga saf-saf pimpinan MTD gombak Setia, DMPG,Nisa Gombak, DMPNS untuk merebutkan peluang menambahkan markah bonus iaitu menjalankan tanggungjawab kami sebagai khalifah menegakkan Kebenaran dan mempertahanakn Kemenagan ISLAM di mukabumi ini insya-ALLAH. 22hb Ogos, 2009 YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama jentera Gombak juga turut bersama jentera-jentera yang lain untuk berjuang di medan pertempuran Permatang pasir (N11) untuk melihat ISLAM TERUS GEMILANG, Insya-ALLAH. Walaupun berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan tanggungjawab kami apatah lagi YB Dato’ Hasan yang terpaksa meninggalkan keluarga sebentar dan urusan lain seketika untuk menjalankan tugasannya disini .

“Katakanlah Jika bapak,anak, saudaramara, kekayaan yang kamu usahakan perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal kamu cintai daripada ALLAH dan Rasulnya serta berjihad di Jalan ALLAH maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keptusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”{Al-Taubah:24}

Alhamdulilah disini YB Dato’ sempat juga memberi suntikan semangat motivasi kepada semua petugas dan beliau juga sempat membuat perancangan gerakkerja bersama Dewan Muslimat PAS Negri Selangor bersama Ustazah Wan Hasrinah & Ustazah Mariyam bagi melancarkan gerakkerja PRK N11.


IMG0317A

Kemesraan antara pimpinan dan rakyat terserlah pada diri beliau.







IMG0316A


“Apa yang difikirkan oleh Dato’ bersama sahabat seperjuangan ini??”Serius nampak :)






IMG0318A



YB Dato’ bersama saf pimpinan Permatang Pasir untuk beri ucapan kepada semua petugas.







IMG0449A


En. Mohd Radhi juga turut turun padang dengan memberi suntikan kepada semua petugas.







IMG0319A



Ketua AJK Lajnah saf pimpinan yang begitu setia menanti ucapan YB Dato’ Hasan.






IMG0321A


Saf pimpinan DMPNS tidak berganjak malahan kusyuk dan tawadhuk mendengar ucapan YB Dato’ yang banyak membakar semangat kepada semua petugas..TERIMA KASIH Dato’ atas ILMU dan skill diberi.insya-allah akan kami gunakan untuk meneruskan tanggungjawab kami disini.





IMG0448A









IMG0451A



Doa dipanjatkan deripada hati yang tulus semoga dengan bulan Ramadhan yang penuh barakahnya para malaikat sentiasa mengaminkan doa-doa pejuang ISLAM ini, insya-ALLAH.






IMG0325APesan Yb Dato Pada kami. Ingatlah jangan jadikan bulan Ramdhan untuk tidak melakukan ibadat yang lain. Berperang di bulan Ramdhan telah berlaku pada zaman Nabi saw bersama sahabat-sahabat baginda, dan Janji ALLAH dengan memberi kemenangan pada Perjuangan ISLAM. Seharusnya kita harus banyak bersyukur kerana dengan pilihan ALLAH swt pada kita semua untuk berada disini dengan terpaksa berpisah dengan kaum keluarga tidak semua orang mampu melakukannya tetapi dengan pilihan ALLAH swt maka kitalah orang-orang yang ALLAH sudah pilih meneruskan tanggungjawab ini.


“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun denga rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui-{Al-Taubah : 41}

YB Dato’ juga minta gaar semua petugas tidak mudah merasa puas hati degan gerakkerja dilakukan tetapi seharusnya mengemaskini gerakkerja dengan lebih baik dan lebih mantap. Kalau dulu P.Raya Umum kemenangan disini boleh mengaut sebanyak 5ribu lebih maka seharusnya kita melipat kali gandakan gerakkerja dengan mendapat kemenangan yang lebih berlipat ganda iaitu 10ribu keatas..insya-allah jika dengan kesatuan hati kita semua pasti ALLAH akan membalasnya dengan berlipas ganda. Selain daripada itu YB Dato’ juga berpesan bahawa perjuangan ini harus ada kesinambungannya bukan untuk generasi ini sahaja malahan ke anak cucu kita harus dibimbing dengan mencintai perjuangan ISLAM dan menentang segala kezaliman. Didikan ibubapa pada anak-anak dengan mencintai ilmu Dunia akhirat harus diselaraskan dengan tidak mengabaikan tanggungwajab sebagai pelajar. Kepada semua saf pimpinan juga diminta perbanyyakkan berbagai program dengan mendekati masyarakat dan anak-anak. Semoga dengan sedikit lontaran kata-akata YB Dato’ dapat memberi dan membakar semangat perjuangan kami disini.Inys-allah.

“Perangilah mereka niscaya ALLAH akan menyiksa mereka dengan perantaraan tanganmu dan dia akan menghinakan mereka dengan menolongmu dengan kemenangan atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman”{Al-Taubah:14}

Editor :Khaulah Azwar

PANDUAN DARI HADIS BERKAITAN KEMELUT PERLANTIKAN M.B PERAK.


Imam Muslim dan Ahmad meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اِذا بُويِعَ لِخَلِيفَتَينِ فَاقْتُلُوا الاَخِرَ منهما

Bermaksud:
"Apabila dilantik dua khalifah (pemimpin dalam satu masa dan tempat) maka bunuhlah (perangilah, tentanglah) yang terkemudian antara keduanya"

Pengajaran hadis:
1. Sepakat ulama menyatakan haram dilantik dua khalifah di satu-satu masa seperti yang disebut oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim.
2. Perlantikan kedua dikira terbatal selagi pemimpin yang pertama masih sah memegang jawatan tersebut.
3. perlantikan kedu juga merupakan punca keamanan dan kestabilan tergugat.
4. Perlunya tentangan terhadap perlantikan kedua tersebut, sekalipun terpaksa menggunakan kekerasan.
5. Tindakan tegas terhadap perlantikan kedua adalah bagi menjaga kestabilan sesebuah negeri atau Negara.

Wallahua'lam

Ust Khairul Azmi Al-Muqry

Rujukan
1. Kanzul 'Ummal
2. Syarah Muslim Lin nawawi

MASJID DAN POLITIK TIDAK BOLEH DIPISAHKAN (AL-QARADHAWI)


Setiap kali adanya mana-mana tokoh menggunakan masjid untuk membincangkan masalah politik, nescaya adanya di sana suara-suara sumbang yang akan menentangnya dengan alasan-alasan yang sama sekali tidak bertepatan dengan syara'.

Salah seorang tokoh ulama dunia iaitu Professor Dr Yusof Al Qaradhawi di dalam laman webnya menolak pandangan yang memisahkan politik dengan masjid. Kesimpulan kenyataan beliau ialah seperti berikut:

1) Masjid di zaman Rasulullah SAW tidaklah hanya merupakan tempat sembahyang dan ibadah semata-mata, bahkan ia juga merupakan markaz-markaz kegiatan dakwah, politik dan sebagainya.
2) Tidak dipisahkan sama sekali urusan dunia dan politik dengan masjid pada zaman Rasulullah SAW begitu juga di zaman Khulafa' Rasyidin.
3) Fungsi masjid dibekukan dengan hanya dikhususkan untuk ibadah seperti solat, tazkirah dll pada zaman kemunduran umat Islam itu sendiri.
4) Berpolitik bukanlah satu kesalahan jika ia bertepatan dengan syariat.
5) Masjid juga sejak dahulu (bermula di zaman Rasulullah SAW) memainkan peranan penting untuk meniupkan semangat jihad fi sabilillah.
6) Jika pemerinta melanggar syariat atau hokum Allah, mimbar masjid tidak boleh memihak kepada pemerintah sebaliknya ia perlu menegur pemerintah tersebut
7) Sebahagian masjid di setengah Negara umat Islam tidaklah membawa risalah Islam yang sebenarnya tetapi hanya menjadi jurucakap kepada kerajaaan. Ini bertentangan dengan fungsi sebenarnya dan menjatuhkan maruah dan kemuliaan ulama itu sendiri.

Wallahua'lam

Rujukan
Laman Web Dr Yusof Al_Qaradhawi

TAHNIAH PAS Nukilan Nik Abduh









TAHNIAH PAS!

Di masa susah kaulah kawan

Di mana susah kaulah di depan

Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah

Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang

Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang

Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya

Tiada dagang bersamamu

Tiada cemas di belakangmu

Dirimu ada kekuatan

Dirimu adalah kekuatan

Kekuatan jadi mulia bersamamu

kelemahan jadi bacul di hadapanmu

Tahniah PAS!

Musuh tidak nampak kecualimu

Musuh tidak marah kecualimu

Musuh tidak takut kecualimu

Keranamu kebatilan menjadi lebur

Keranamu kezaliman menjadi berantakan

Keranamu kejahilan menjadi hilang

Kaulah kelibat di medan

Kaulah syakhsiyah dalam kembara

Kaulah figura keramaian

Kawan dan musuh menakjubimu

Dia dan mereka menyanjungimu

Aku dan kami mencintaimu

Tahniah PAS!

Beginikah Allah memuliakanmu?


Ihsan dari blog Ust Nik Abduh

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI