Thursday, September 17, 2009

Jika memerintah, PAS jamin beri keadilan untuk semua

TELOK KEMANG, 18 Sept: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyentuh isu bantahan pemindahan kuil ke Seksyen 23; dan kes pemindahan kandang babi yang dipercayai khalayak sebelum ini didalangi Umno.

Image

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno lalu menipu orang Islam sendiri dengan membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

"Umno sanggup tidak menyelesaikan kes kandang babi di kawasan awam di Kedah berpuluh tahun, kerana nak jaga hati orang Cina. PAS difitnah khianat Melayu (dan) pentingkan Cina, walhal kerajaan Pakatan di Kedah sebenarnya hanya pindah kandang itu ke suatu kawasan yang lebih sesuai untuk orang Melayu dan Cina sendiri,"jelasnya dalam Majlis Perlancaran Jentera PAS N31 semalam.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan PAS bertepatan dengan ayat al-Quran, Surah an-Nisa' ayat 58. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kami menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil.

Image

Bercakap di pentas yang sama,Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Umno sekarang dikatakan kian terdesak apabila Presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan parti perkauman itu juga melaksanakan Islam.

"Dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Umno lihat PAS terus mendapat sokongan orang Melayu, Cina dan India. Akhirnya, mereka terdesak dan Najib terpaksa isytihar Umno juga parti (pelaksana) Islam (seperti PAS).

"Politik Islam yang diperkenalkan PAS mengajak manusia jadi baik. Politik yang ditegakkan Pakatan Rakyat mahu tolak apa juga kezaliman, rasuah dan penyelewengan. Itulah yang Umno bimbang, itulah yang rakyat lihat,"tegasnya.

Turut menyertai majlis itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Majlis yang disertai lebih 500 sukarelawan PAS tempatan itu berakhir dengan perlancaran portal rasmi Bagan Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan calon mereka pada 29 September depan.

Selain berdepan dengan parti perkauman Umno, PAS dijangka berdepan calon bebas Shahruddin Abdul Hamid yang mahu membangunkan aktiviti pelancongan setempat. - mks. _

Selipar tulisan ALLAh Muhammad di TESCO ISU HANGAT.TAKE NOTE SHBT2 SEISLAM






Dari inbox admin,

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2) kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan.
Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and aku buat report pada customer service depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm aku terjumpa lagi sekali then aku buat report suruh depa tarik balik...
Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...

Jadi aku minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang. Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu.

Astaghfirullah Halazim....

p/s : Kerap Khaulah Azwar ingatkan pd shbt2 jgn beli barangan TESCO waalapun gile2 promosi tp itu pemikiran mereka utk cuba menghasut pemikiran org ISLAM..SELAMATKAN BARANGAN ISLAM.. depa ni sudah tentu daripada org2 KRISTIAN DAN YAHUDI.. SO PK2 lAH SENDIRI..BOIKOT BRGN DEPA...


Sibukkan dirimu dgn kerja-kerja kebajikan semoga amalan kt diterima..





16hb September, 2009 ana rasa terlalu sibuk sehinggakan rasa mcm dah tak boleh tarik nafas, selepas urusan di UIA ana terus saja pergi masjid di Zon Bt Caves utk urusan pengagihan Zakat kepada 3 golongan (Fakir Miskin, Ibu tunggal/ warga Emas dan anak yatim piatu). Dalam kesibukan itulah dapat panggilan daripada Majikan ana dan En Omar.. dengan K.pah biasa le kalau dia sibuk sgt ana le kena uruskan hal pej dan Najmi yg jd penghibur hati ana.

Erm cana ana nak run coz En Omar dah tel bnyk kali minta ana hadirkan diri mtg bersama YB Dato' Hasan. Adui.. ya-ALLAH mudahkan urusanku. ikutkan dah taknak pergi sbb banyak benda ana kena uruskan sebelum hari raya ni tapi bila diminta kena hadir utk urusan Blog dan multimedia dan lain-lain hal urusan Exco maka terpaksa meringgankan hati. Akhirnya 2 lbh baru ana dapat pergi MTD. Nassbi le En Omar sapa suruh buat keje mcm ni suka sgt buat last2 minit . Masa ana juga terhad mengalah mcm YB tp kalu disusun dgn baik insya-ALLAH takde le jd mcm ni so En Omar sabar dan redha je le ye..he he.. Jgn marah.

Saat 2 yg membosankan ana dengan keadaan Jamed di S.Alam...tu yang ana tak suka pergi kesana. dengan kesesakan lalu lintas boleh jd kering minyak dan duit asyik kena tol. Kaki ni jd jamed tekan Minyak.Bosan2.. nak menjerit je dibuatnya. Mtg start 2 lbh tp skrg dh 3pm.. erm ada hikmahnya kenapa jd gini.. akhirnya ana, en omar dan utz hirman sampai pej Dato' 3 lbh alhamdulilah mtg tak start lagi depa tunggu kehadiran kami.. hehe.. sapa pula yg jd YB ni...?? Dato' tunggu lama.. alhamdmlilah nsb baik tak kena marah..ana tahu Dato bukan jns cpt hot temper.. coolman.. orgnya.. sesampai disana ana dikenalkan dgn beberapa org staaf exco.. erm nmpknya depa ni org2 yg akan jd teamwork ana dalam buat Blog. Kdg2 ana tertanya2 jg mcmmana ana terlibat dgn hal IT ni sedangkan ni bukan kemahiran ana.. tp sbb belajar sana skt sini skt akhrinya ilmu di updatekan jg, ini pun kdg2 menjadi mangsa IT utama ana abg ana..he Cikgu Zaidi,.hehe.. selalu je kena dgn ana.. sabar je le ye abg dpt adk mcm ni.. tp u are the 4 me.. thanks my brohters.. May ALLAH bless U... :) so mtg punya mtg dah hampir 5 lbh.. sure jln jamed ada juga berbuka dlm kete /atas jln..erm nasib baik dlm kete simpan kurma kalau emergency kena buka atas jln... akhirnya sampai dirumah hampir nk berubka alhamdulilah sempat jg berbuka dirumah bersama famly.thanks ALLAH.. :)

Disini ana tgk mcm2 gaya org dan mcm2 kepakaran mereka dlm IT ni.. rasa ana btl2 terlalu kerdil nak bersama mereka apa taknya daripada bidang Arkitek pergi ke Engineering Communication lani terus ke Bidang politik dan bercampur aduk dgn Penerangan utk updatekan diri dgn Dunia IT.. Ei..dah jadi rojak2..tp bila kenangkan itu semua, masih teringat2 lecterure ana ckp masa study dulu, kita hidup ni kena bnykkan ILMU dunia akhirat, kalau kita study Arkitek jgn bidang tu aje.. tp kena kembangkan ilmu ke bidang lain. Pentingnya diri melengkapkan diri dgn ILMU, krn dgn ILMU kita dihormati, dan itulah harta yg takkan hilang kalau kita bijak menggunakannya tp ingat jgn kejar dunia semata-mata sehingga kita lupa kpd akhirat.. Kena selari..itulah petua yg Lectrure utz ana ckp sampai skrg ana ingat sampai bila2 dan takpernah lupa..tapi bila an failed buat sesuatu dlm IT ni mula le ana memberontak, rasa tak puas hati bila dh bnyk kali try x jd.. so apa lg abg zaidi le tmpt ana refers.

Tp ana harap sgt teamwork ana ni terimalah seadanya apa yg ana termampu buat, yg terbaik dpd ALLAH swt dan lemah dpd ana yg bnyk kekurangan.. Ya-ALLAH mudahkan urusan dunia akhirat ku dktkan hatiku pd mu jgn kau jdkan diriku kpd hamba dunia semata2 sekiranya diriku terlupa berilah hamambamu peringatan dgn melalui penghantaran hidayahmu dan kiriman shbt2 yg solih dan soliha mengingatkan diri ku yg lemah ini.. amiin ya rab.

Ops lupa sebelum ana akirkan bicara ini lah dikesempatan yg ada ana Ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNGJUNG SETIA ANA,MAJIKAN ANA USTAZAH KHATIFAH SULONG SEKELUARGA, SHSBT2 SEPERJUANGAN, STAFF X MOBIKOM, CELCOM, GURU2 AL-AMIN, SRI KDU, KAUM KELUARGA DI TMNS, LAKSAMANA, KERAMAT, DAN JAUH2 sgt.. di MARAN, TEMERLOH, KUANTAN.. MAAF ZHR BTN BUAT SEMUA HALALKAN MKN MINUM. MAAFKAN KESILAPAN YG PASTINYA ADA..YG TERBAIK DPD ALLAH SWT.. MG KiTA AKAN BERTEMU DIHARI LEMBARAN NANTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.. BERHATI2 MEMANDU INGATLAH ALLAH & ORG yg TERSAYANG... .INSYA_ALLAH.. ILLALIQA'

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI