Monday, February 27, 2012

ADUN Bantu Mangsa Hujan Ribut




Bangi : Hujan ribut yang berlaku di Sungai Ramal Dalam telah menyebabkan sebuah institusi pra sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sebuah rumah mengalami kerosakan teruk telah mendapat perhatian daripada ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Beliau berkata, hujan lebat menyebabkan atap sekolah PASTI Al- Abrar di Bukit Radhi mengalami kerosakan teruk akibat ribut.

Saya tidak sangka kejadian ini boleh berlaku di institusi pra sekolah yang menampung seramai 44 pelajar dan 2 orang guru disini, kerana sekolah ini sudah ditubuhkan selama 14 tahun dan tidak pernah berlaku seperti itu .

Selain PASTI, dalam masa yang sama terdapat sebuah rumah ditimpa pokok kelapa. Namun kita bersyukur kepada Allah SWT tidak berlakunya kemalangan pada semua pelajar dan penghuni rumah ini kerana waktu kejadian adalah cuti umum, katanya.

Jelasnya, selepas kejadian itu, atap PASTI telahpun dibaiki dan insya-Allah semua pelajar boleh menggunakan bangunan itu kembali. Bangunan PASTI yang dibina atas tanah ini telah mendapat kebenaran daripada tuan tanah.

Dalam pada itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan PASTI dan mangsa yang rumahnya di timpa pokok.

Katanya, saya harap bantuan yang diberikan, pihak pengurusan PASTI dapat membaiki prasarana sekolah ini untuk keselesaan pelajar dan guru bagi melahirkan generasi Al-Quran dan berilmu.

Hadir sama Pengerusi PASTI, Ahmad Nizam bin Omar.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI