Tuesday, November 8, 2011

Mansuhkan AUKU demi kecemerlangan Mahasiswa


S.Alam : Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu di mansuhkan dan tidak lagi relevan untuk diguna pakai demi memastikan kecemerlangan institusi pengajian tinggi, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Tambahnya lagi tidak mustahil untuk melaksanakan ,memandangkan sebelum ini Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, agak malang jika suara mahasiswa di Negara ini di sekat dan di halang, sekaligus membantutkan potensi pembinaan jati diri dan perkembangan minda yang positif supaya mahasiswa lepasan universiti dapat menyumbangkan idea dalam memacu Negara kearah yang lebih maju.

Bagaimana kita hendak membina keyakinan diri jika mereka berdiam diri sahaja? Senang cerita, AUKU ini tidak relevan.

‘Pada saya sekarang sudah zaman siber. AUKU adalah sewaktu dengan ISA. Kalau ISA telah di sebutkan oleh PM untuk dibatalkan, maka saya lihat mengapa AUKU tidak boleh dihapuskan, katanya kepada media.

Sebelum ini, Najib mengumumkan kerajaan bakal memansuhkan beberapa akta di Negara ini seagai satu usaha transformasi penadbiran kerajaan.

Jelas beliau lagi, tidak di nafikan perlu ada penguatkuasa displin untuk memantau mahasiswa tetapi bukannya menggunakan pendekatan mengongkong atau menakut-nakutkan mereka kerana kegagalan adalah satu proses pembelajaran.

Tidak menjadi satu masalah sekiranya mahasiswa ingin menganjurkan apa-apa program yang mampu mendorong golongan muda mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Termasuk menggunakan masjid sebagai pusat pembangunan dan perlaksanaan aktiviti golongan muda memandangkan masjid pusat ilmu yang berkesan seperti yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW, kata Dr Halimah.

Editor : Kaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI