Wednesday, February 27, 2013

Kerana Celupar Mulut, Salleh Yacob Undur Diri Bidang Industri .

Bahana menyindir Pakatan Rakyat tanpa membuat penyelidikan.


Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Buku Jingga dalam siri sketsa pendek Bangkang dari Longkang .

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.


Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.


"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.


Siri Bangkang dari Longkang yang turut Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.


Setakat ini hanya Nabil dan Saleh Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dengan Bangkang dari Longkang. 

Bagaimana pula pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu?- DCM


P/s: Siapa kata penyokong tiada pengaruh untuk bertindak balas terhadap fitnah pihak tertentu?

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI