Monday, April 20, 2009

LIN NISA' WARRIJAL -Say no 2 couple





Bismillahirrahmanirrahim..



Aku menegurmu teman, Atas tautan ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuhNan Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an-nisa' Engkau sedia maklum,Engkaulah hiasan dunia,Lantaran fitrah itu,Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,Tetapi

itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, Dan tentulah temanmu yang diimpi,Seorang serikandi..Wahai temanku an-nisa'Aku mengetahui halusnya perasaanmu,Engkau ingin disayangi, Ingin dimanjai,Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..Dan aku juga tahu,Temanmu ar-rijal juga begitu..Tetapi temanku an-nisa'Ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah!!!


Kalau benar engkau mengasihinya, kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNYA, Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul engkau, Engkau tidak kan bisa, Melemparkan panahan menggodamu,Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal. Dan engkau mengetahui,Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu, Namun nafsu itu sentiasa beraja, Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,Nafsu raja yang menggila!Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa'Dia kan terjerumus ke dalam api yang membaraAndai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?Wahai temanku ar-rijalAndai engkau mencintainya,Cintailah ia keranaNya,Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu? Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnyaWalaupun yang ringan-ringan,Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!Dan engkau tahu bukan?Zina tempatnya di api yang menjunam?Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?Sahabatku an-nisa'Sahabatku ar-rijalAku mengasihimu LILLAH,Lantaran itu,Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?


Bercinta tak salah, Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yg hakiki,Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..Andai DIA yg engkau dahului,Engkau takkan gelisah,Andai dia tidak mengirim sebarang sms,Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,Engkau tidakkan rindu,Andai sehari tidak besua, Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan "I love you".Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..Lantaran DIA yg terbaikDIA akan menentukan yg terbaik untukmu,Dan andai dia yang terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHANDan itulah yg terbaik buat kalian…Kalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?



Maafkan aku teman, Bicaraku penuh ketegasan,Aku tidak membencimu, Tetapi aku membenci munkar itu,Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,Aku menegur yang mana mampu, Kerana aku takut,Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama-sama meredah lautan api...Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!Na'uzubillah min zalik…Sama-samalah teman Pagarilah imanmuAgar si iman itu tidak terlepasCintailah Ia,Kerana DIAlah penjaga iman kita..Yakinlah dengan Ia..Serahkan segalanya pada DIA..Kerana DIA tahu yang terbaikSedangkan kita tidak…….




Alllu'alam….Akhirul kalam Letakkan si DIA dalam hatimu, Engkau akan merinduiNYA.Andai harimu tiada ingatan kpdNYA Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanMu, Engkau kan rindu, Andai DIA tidak memandangmu,Engkau kan tak keruanandai Doamu ditolak..Dan itulah cinta hakiki..Kerna engkau yakin, Di sana adanya sebuahPertemuan di taman Syurga yang Indah..Bercintalah kerana ALLAH..Dan Engkau akan merasakanErti bercinta yang sebenar Insya-ALLAH..







NO "LOVE" BEFORE MARRIAGE!!! YA-ALLAH AMPUNILAH UMATMU YG TERLEKA YANG SERING MELAKUKAN PERKARA LAGHA DGN HAMPIRI ZINA.. BERILAH KEAMPUNANMU PD KAMI, SEKIRANYA KAMI TERLUPA BERILAH KAMI PERINGATAN..AMIIN YA RAB..





















BUAT MATA YG SEDANG MENANGIS..AIRMATA KEINSAFAN



BUAT MATA YANG SEDANG MENANGIS
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkinkah tika ini kau sedang bahagia,
mungkin juga kau sedang berduka

Apapun situasimu,air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
Ialah anugerah Allah yang tak terhingga

Ia mampu membuang racun.Ditubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padaNYA Kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…
Aduh…Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan menangis itu 1 kelemahan Malah menganggapnya 1 lambang ketidak matangan Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNYA “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangisdan mereka bertambah khusyu’”(Surah Al-Isra’:109)“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka,maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”(surah Maryam:58)
Duhai mata yang sedang menangis…
Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangismu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahayaTatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana tubuhmu.Airmata secara semulajadi boleh membuangnya,Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada airmata.Bukan itu sahaja,tangisan menambah jumlah dengupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu dan urat-uratdada.Setelah tangisanmu reda,kembalilah dengupan jantung ke asalnyadan ketenangan mula menguasai jiwa.SubhanaAllah hebat sungguh penciptaan airmata!!!

Duhai mata yang sedang menangis…
Tangisan bukan keaiban tapi 1 keperluan.sama ada kau lelaki atau wanita,Kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan laluMengungkai kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan???Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu 1 kelemahan dalam Mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu.Sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan Yang punyai hati dan perasaan.Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisanUntuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat denganmenafikan airmata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau penyanyangNYA Allah padamu hingga DIA menciptakanKelenjar-kelenjar airmatamu lebih besar daripada lelaki.Tidak hairanlah kajian ilmiahMenunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lelaki.Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,airmatamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.Doktor pakar mata berkata,airmata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis…
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisan itu.Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Allah.Benar, tangisanmu itu tidak mampu tak mampu mengembalikan masa lalumu.Jangan birkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkanAmal dan perubahan hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita Ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa,“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutKepada Allah”.(Riwayat Ahmad & Nasa’i).
p/s:jom pakat nangis(*_*) mengenangkan segala dosa disedari/ x.., maksiat yg telah kita lakukan dgn hampiri zina..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI