Thursday, June 30, 2011

SMART MUKMIN Lahirkan Generasi Berakhlak Mulia









Gombak: Remaja merupakan aset yang cukup bernilai kepada masyarakat dan negara. Dengan masalah sosial yang meruncing di negara kita, perlulah diadakan tindakan sewajarnya untuk mencegah remaja terus terjebak di dalam gejala sosial.

Untuk mengubat remaja yang terjebak adalah satu kewajipan kepada setiap ahli masyarakat.

Rentetan daripada itu, maka sempena cuti sekolah selama 2 minggu yang lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah mengadakan program Smart Mukmin untuk pelajar – pelajar sekolah yang berumur antara 13 sehingga 19 thn di Masjid Ar-Rahimah.

Beliau berkata, “perkara asas yang perlu dilihat menjadi benteng gejala sosial ialah melalui penghayatan yang penuh kepada amalannya iaitu solat. Semenjak daripada kecil ibubapa seharusnya memberi didikan kepada anak-anak mereka kerana solat adalah benteng dan perisai daripada terjebatnya kepada gejala sosial”.

Selain daripada itu, tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk memberi ceramah motivasi dan memberi kesedaran akhlak dalam membentuk sahsiah diri setiap pelajar muslim. Walaupun program ini diadakan 2 hari sebelum buka sekolah namun ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada semua pelajar kerana kita tidak mahu mereka membuang masa dengan hanya menonton televisyen, pergi ke pusat “video games” dan sebagainya.

Sebagai orang mukmin yang Berjaya kita mengharapkan mereka seharusnya menjadi contoh yang terbaik kepada bangsa lain. Kesedaran ini seharusnya dipupuk daripada kecil lagi. Mereka seharusnya mengerti apakah yang dimaksudkan dengan SMART MUKMIN.

Maksud Smart Mumin ini mereka seharusnya menjadi smart dari segi masanya, solatnya, akhlak, dan pelajaran.

Beliau mengulas lagi, “bukan menjadi kebanggaan kepada ibubapa apabila anak mereka hanya smart dalam peajaran tetapi mereka tidak smart dalam amal ibadah yang lain lebih-lebih dalam solatnya. Jika Solat baik sudah pasti mereka akan melahirkan akhlak yang baik. Kalau mereka smart dalam solatnya insya-allah saya yakin mereka akan Berjaya dunia akhirat kerana mereka sentiasa diajar akan mengingati Allah SWT dalam setiap perkara dilakukan. Kalau anak-anak ini boleh tunjukkan yang terbaik seperti apa yang saya maksudkan tadi inilah yang dikatakan SMART MUKMIN dan bukan saya sahaja merasa bangga kerana mempunyai generasi yang beribawa bahkan ibubapa mereka juga.

Menurut Datuk Hasan, program ilmiah ini, kita terbuka kepada semua masyarakat muslim untuk menghantar anak mereka ke program ini tanpa mengira parti. Bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta juga hanya diberikan sebanyak RM5 sahaja dan diberikan makan sepanjang program diadakan. Hanya dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sahaja membuat bayaran rendah tetapi jika mereka menyertai mana-mana program kem motivasi walaupun sehari mereka di kenakan bayaran lebih kurang RM150 tidak termasuk pemberian makanan.

Oleh itu, ibubapa seharusnya merebut peluang menghantarkan anak-anak mereka menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia yang mendapat kerjasama dengan pihak Masjid Ar-Rahimah dan Amal Youth Club (Kelab Belia Amal Gombak).

Dimana pakar – pakar motivasi dan saf pimpinan fasilitator yang dilantik mempunyai pengalaman dalam program yang dianjurkan, katanya.

Sementara itu pula, Mohd Fadzil Mohd Bakir, 25thn merupakan pengarah program SMART Mukmin berkata, “Alhamdulilah program ini mendapat sambutan yang baik. Kita hanya menyediakan 100 penyertaan namun ianya lebih daripada luar jangkaan sehingga ada ibubapa yang ingin menghantarkan anak-anak mereka untuk menyertai program ini. Walaupun program ini dibuat sehari tetapi ianya akan di adakan secara bersiri”.

Antara modul yang diadakan adalah seperti Ice-Breaking, Ceramah, “Who I am”, U –Turn Mahmudah, “Say no to Mazmumah”.

Disini pelajar juga didedahkan amalan yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar yang cemerlang antaranya sentiasa menunaikan solat lima waktu, sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sejam satu hari, mulakan pagi dengan solat tahajjud, taubat dan berdoa dengan mendirikan (Qiammulail), rajin mengulangkaji pelajaran, beri tumpuan dalam kelas, menunaikan solat dhua, riadah, belajar selepas isya sekurang-kurangnya 2 jam dan muhasabah diri sebelum tidur apa yang telah kita lakukan hari ini dalam sehari, katanya.

Siti Suraya Mohd Hilmi, 15thn daripada Sek. Men. Keb. Gombak Setia,”program ini sangat bagus pengisiannya. Walaupun diadakan sehari tetapi saya telah di dedahkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang dilarang dalam Islam. Buangkan segala perasaan mazmumah dan semaikan sifat-sifat mahmudah.

Selain daripada itu, ceramah motivasi ini juga mendedahkan larangan menghampiri zina yang sebelum ini saya tidak tahu. Penceramah memberitahu jika kita menghampiri zina hati kita telah kotor begitu sukar untuk menimba ilmu kerana ilmu itu cahaya Allah. Penceramah dan fasilitator juga memberitahu kesannya akan datang kepada mereka yang menjebakkan diri kepada zina. Baru saya menyedari setiap hubungan yang bukan mahram mesti ada batasannya agar tidak terjebak kekancah penzinaan yang sangat dimurkai Allah SWT.

Setelah mendengar ceramah dan pembentukan sahsiah diri saya berazam untuk melakukan apa yang telah diberikan hari ini dan menjauhi segala larangan Allah, Insya-allah saya akan berusaha lebih gigih lagi kerana tahun ini merupakan tahun saya menduduki peperiksaan PMR. Saya ingin berikan kejayaan kepada kedua ibubapa saya. Disini saya juga dapat menjalinkan ukhwah bersama teman-teman baru.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan ADUN Gombak Setia yang memberi peluang kepada kami semua untuk menyertai program SMART MUKMIN yang sangat manfaat, katanya.

Mohd Fauzi B. Rizal, 17thn pelajar daripada Sek. Men. Teknik Gombak, berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh ADUN Gombak Setia dengan kerjasama pihak Masjid Ar-Rahimah dan Kelab Belia. 2 minggu cuti sekolah rasa tidak dapat banyak mengikuti program kerana tiada badan-badan NGO, Sekolah untuk adakan program untuk pelajar. Rasa boring pun ada kerana keluarga juga tidak mempunyai perancangan untuk bercuti memandangkan tahun ini saya bakal menduduki peperiksaan SPM. Banyak buat ulangkaji pelajaran. Tetapi alhamdulilah 2 hari sebelum buka sekolah akhirnya saya dapat mengikuti Kem SMART MUKMIN, bayaran yang sangat berpatutan sebanyak RM5 seorang.

Program ini sangat memberi kesan positf dalam diri saya kerana melahirkan remaja-remaja islam beramal dengan akhlak-akhlak mulia yang diajar oleh Al-Quran dan Al-Sunah. Insya-allah saya akan amalkan apa yang saya pelajari disini untuk perbaiki diri, amalan yang lain, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI