Wednesday, April 10, 2013
Penamaan Calon 20 April, PRU13 5 Mei, 2013
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.
Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.
Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.
Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
Suara Editor : Khaulah Azwar
Sudah takde masa utk rest, hari ini mulakan gerak kerja di upu masing2 utk berhadapan dengan penamaan calon pada 20 April dan Pilhanraya 5 Mei.. Ya-Allah satukan hati2 kami dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami.Mudahkan urusan dunia akhirat kami, goncangkan pemerintahan yang zalim (UMNO) gagalkan setiap kerja jahat yang dilakukan oleh UMNO dan SPR, amiin ya rab
Subscribe to:
Posts (Atom)