Tuesday, January 4, 2011

Kerajaan PR tidak menolak pembangunan

Bandar Baru Rawang - Operasi bersepadu telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disini petang semalam dengan kerjasama Polis, wakil Pemaju Mahumas Sdn Bhd, Ahli Majlis MPS bagi mencari jalan penyelesaian sikap kedegilan pengusaha Bas disini untuk menggunakan Terminal Bas dan Teksi yang sudah dibuka pada November, 2010.

Media difahamkan pembinaan yang telah dinaiktaraf bagi menyediakan kemudahan asas ini telah dilaksanakan pada tahun 2002 dengan menelan belanja sebanyak 10 juta untuk menaiktaraf pembangunan Rawang disini semasa pemerintahan Kerajaan UMNO/BN dengan kerjasama pihak Pemaju Mahumas Sdn Bhd.

Tn Hj Mohamad Abd Rahman, YDP PAS Selayang menyatakan "Pembinaan Terminal Teksi dan Bas adalah iabarat seperti batuk ditangga sahaja. Semasa pemerintahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rawang yang diterajui oleh Tan See Hang (UMNO/BN ), mereka laksanakan projek terminal ini tanpa perbicangan bersama dengan pihak MPS dan pemaju".

"Kita tidak tahu bagaimana mereka melakukan pembinaan ini yang tidak mendatangkan manfaatnya kepada rakyat disini. Mungkin peruntukkan tersebut boleh digunakan untuk menaiktaraf jalan raya dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan kepada semua pihak."

Ini disebabkan apabila terminal tersebut yang telah dibangunkan tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak pengusaha Bas dan Teksi.

Rungutan yang sering saya terima, didapati struktur bas yang begitu tidak sesuai pembinaannya. Ianya bukan sekadar meyukarkan pemandu untuk memberhentikan kenderaan mereka bahkan sukar untuk mengambil penumpang. Ukuran setiap tempat "parking" yang dibuat adalah tidak tepat. Selain daripada itu mereka juga dikenakan bayaran sewa sebanyak RM150 sebulan, katanya.

Disini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukanlah menolak 100% pembangunan. Tetapi yang kami menolaknya adalah melakukan sesuatu perkara oleh pihak Kerajaan UMNO/BN tidak dilaksanakan dengan penuh teliti, perbincangan bersama oleh pihak berkuasa PBT.

Dengan sikap kecuaian mereka ini telah memberi kesan kepada pihak penguasa Bas, Teksi dan rakyat disini, apatah lagi dalam kegawatan ekonomi negara pada masa ini yang tidak stabil walaupun PM, Najib menyatakan ekonomi negara amat baik.

Sepatutnya mereka harus memikirkan kebaikan bersama untuk negara dan rakyat, bukan untuk kepentingan kepada Parti mereka sendiri. Seolah ingin menunjukkan bahawa Pentadbiran UMNO/BN adalah parti yang kaya dengan pembangunan.

Tetapi apalah ertinya dengan pembangunan yang bertingkat-tingkat menyebabkan rakyat pula menanggung risikonya apabila pentadbiran UMNO/BN tidak dapat melangsaikan hutang-piutang untuk menunjukkan sesuatu projek dilaksanakan oleh mereka mendapat keuntungan bersama terutamanya untuk membantu rakyat.

Dengan kegagalan Kerajaan UMNO/BN mentadbir ekonomi negara pada masa ini, mereka memainkan peranan pula dengan memberi bebanan dan sekaligus memberi tekanan kepada rakyat . Rakyat kini dibebankan dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Ini semua bagi tujuan menutup kelemahan pentadbiran UMNO/BN .

Rakyat pada masa ini begitu cemas apatahlagi mereka yang berpendapatan rendah. Mereka dihimpit dengan berbagai masaalah terutamanya dengan masaalah ekonomi .Walaupun suara rakyat sering diutarakan dalam media mengenai isu tersebut, adakah pihak Kerajaan UMNO/BN begitu peka untuk mendengar suara hati rakyat.

Sekiranya mereka peka dengan kemasalatan ini, kita harap UMNO/BN buatlah tindakan sebaiknya jangan sampai Rakyat gulingkan mereka dalam PRU ke 13 nanti, ujarnya.

Mohamad berkata lagi, " Isu Terminal Bas dan teksi ini berlaku pada tahun 2002 dan Selepas Peralihan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2009, Projek ini diserahkan kepada Kerajaan (PR) pula".

Kerajaan (PR), MPS, dibebankan dengan masaalah yang dibawa oleh UMNO/BN bagi mencari jalan penyelesaiaan isu Terminal ini.

Inilah pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang sentiasa memberi 1000 masaalah kepada rakyat, dan pentadbiran kerajaan (PR) yang menerajaui negeri selangor ini kena menangung risikonya pula, ujarnya.

Sementara itu, Mohd Jaid Ehsan berkata terdapat kompaun yang telah dikeluarkan oleh pihak MPS bersama agensi yang terlibat disebabkan pengusaha tidak mematuhi laluan bas yang telah ditetapkan dan berbagai masaalah yang telah timbul semenjak tertubuhnya Terminal ini.

Laluan pengusaha bas disini akan dibuat pemantauan ketat memandangkan mereka mengambil dan menurunkan penumpang ditempat yang tidak sepatutnya. Ekoran dengan sikap kedegilan dan tidak mendapat kerjsama pihak pengusaha Bas dan Teksi maka laluan lintas disini menjadi terlalu sesak.

Insya-ALLAH, Jabatan Kejuruteraan MPS bersama Mahumas Sdn Bhd akan bekerjasama untuk membuat reka bentuk bas baru dan memperbaiki struktrur bas dan teksi termasuklah pengusaha bas yang meletakkan kenderaaan mereka disini. Ini adalah bertujuan bagi mereka menyusunkan kenderaan dengan baik sebaris dengan dua atau 3 lorong terminal.

Selain daripada itu, kita akan mencari jalan lain bagi menaiktaraf pembangunan rawang disini terutamanya dari sudut struktur, infrasturuktur dan kemudahan yang lain agar semua pihak baik Pengusaha Bas, Teksi, Rakyat mendapat kebaikan bersama.

Bagi mereka yang berniaga di tapak lokasi Perhentian Bas lama kita akan berbincang kembali bersama dengan Mahumas Mas Sdn Bhd untuk menyediakan tempat peniaga tersebut agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka tanpa mengalami masaalah lain.

Sehubungan dengan itu Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Rawang En Thiru berkata, pihak kami bukan tidak mahu berpindah ke terminal yang disediakan tetapi apalah gunanya sekiranya kami pindah tidak mendapat keuntungan kepada kami.

Ini adalah disebabkan Pengusaha Bas juga tidak mahu berpindah. Sedangkan kami dapat penumpang apabila Bas menurunkan pelanggannya. Jadi kami mencari pendapatan disini berpandukan kepada pihak Pengusaha Bas juga.

Selain daripada itu, lokasi terminal tersebut terlalu jauh dan tertutup. Mungkin sukar kepada penumpang untuk pergi ke setesen tersebut.

Katanya lagi, Terminal Teksi disini walaupun diberikan sementara waktu untuk beroperasi tetapi pelanggan kami ramai kerana ia kawasan terbuka. Oleh itu, kami minta jasa baik pengurusan agar dapat pertimbangkan sebaiknya kerana inilah punca pendapatan kami untuk menyara keluarga.

Editor :khaulah azwar

Tapak Pelupasan Sampah Haram terbakar..


Sg Kertas, Batu Caves - Pembuangan sampah secara haram semakin menular walaupun telah kerap kali diberikan notis oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) kepada tuan tanah.

Krew Selangorkini difahamkan bahawa tanah ini adalah tanah "private" yang mempunyai keluasan 9 hekar yang mempunyai 4 lot tanah. Kawasan yang terlibat mengalami kebakaran seluas 1.3hekar.

Menurut seorang penduduk disini En Sham B. Abdullah, kejadian kebakaran ini berlaku pada 31hb Dis, 2010 sebelum menyambut Tahun Baru.

Ujarnya lagi "Pada awalnya saya ingat penduduk disini membakar sampah sahaja tetapi ianya berlarutan sehingga 3 hari pula, sehingga kami penduduk disini merasa sesak dan pening kerana menghidu asap yang tebal dan bertompok-bertompok".

Keadaan tompokan api disertai asap tebal dari sekam sampah sedalam kira-kira 20 meter di kaki bukit di situ menyukarkan pihak bomba memadamkan kebakaran.

Ini merupakan kali ke 2 terjadinya berlakunya kebakaran tersebut. Saya amat berharap pihak berkuasa membuat pemantauan dikawasan pembuangan sampah disini kerana kadangkala mereka yang membuang sampah secara haram disebelah malam juga, katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, “Kita merasa kesal tindakan pengusaha yang tidak bertanggungjawab dengan memulakan aktiviti di situ kembali sejak pertengahan tahun lalu, walaupun kawasan ini sudah ditetapkan bukan tapak pembuangan sampah. Kita juga telah meletakkan penghadang agar mereka tidak memasuki kawasan ini, tetapi mereka memecahkannya".

Keutamaan hendak kita lakukan sekarang adalah untuk memadamkan api ini, kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan terutamanya pelajar yang telah memulakan alam persekolahan, katanya. Aminudin berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan turun padangnya bagi meninjau ke tapak berkenaan, semalam.

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Jaid Ehsan, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sebelum ini, aktiviti pembakaran sampah dilakukan di tapak berkenaan bukan perkara baru, berikutan pernah menggemparkan penduduk apabila ia berlaku awal tahun lalu, diikuti kebakaran kecil beberapa bulan lalu. Malah lebih membimbangkan ibu bapa apabila pernah pelajar sekolah berhampiran yang tidak tahan bau busuk dari asap tebal akibat pembakaran sampah itu, pening kepala dan muntah.

Dalam pada itu, Aminudin berkata, pihaknya akan meminta pihak dua buah sekolah berhampiran menutup sesi persekolahan sekiranya keadaan asap tebal itu semakin serius dan sukar dikawal.

“Pihak Pejabat ADUN Batu Caves juga akan membantu mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar sekolah berhampiran,” katanya.

Terdahulu, menurutnya akan menggesa pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang telah memberikan notis perampasan tanah kepada pemilik membenarkan pembuangan sampah dibuang di situ supaya mempercepatkan proses tersebut.

Mohd Jaid ketika mengulas tindakan akan diambil MPS pula berkata, pihaknya akan meletakkan anggota untuk mengawal sementara tapak berkenaan di pintu masuk ke situ, dari jam 9 pagi ke 9 malam setiap hari, hingga hujung bulan ini.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zahari Mohd Saad selaku Pengerusi Bencana Alam Daerah Gombak dalam menyelesaikan masalah. Insya-allah mesyuarat bencana alam akan diadakan petang esok bagi mengatasi masaalah tersebut, katanya.

Manakala, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang (BBS), Zakaria Aini berkata, bagaimanapun pihaknya belum dapat mengulas lanjut punca kebakaran atau menentukan sama ada ia terbakar sendiri atau satu sabotaj dari pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. “Kesukaran kita memadamkan api apabila sampah-sampah lama itu perlu dikorek supaya api (dalam sampah) itu boleh dipadamkan. Tetapi kita mendapat bantuan jentera pihak Syabas dan MPS untuk menghantar air,” katanya.

Menurut Zakaria, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang bersama 15 anggota bertugas untuk memadamkan kebakaran dengan bantuan balai bomba berhampiran. Katanya, operasi pemadaman akan diteruskan bergantung kepada tahap kebakaran.

Sementara itu, Mohd Nazrul Mustapha daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak berkata, pihak kami telah memberi notis 2 kali iaitu Notis 7A pada Bulan Julai, 2010 dan Notis 7B pada Bulan dis, 2010 tetapi tuan tanah tidak memberi kerjasama dan sukar dihubungi.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI