Tuesday, April 1, 2014

PAS sahabat sejati kami - Ikhwanul Muslimin


KUALA LUMPUR: Ikhwanul Muslimin Mesir menyifatkan PAS sebagai sahabat sejati di waktu suka dan menghargai sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi PAS kepada Ikhwan selama ini, ujar Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin.
Dalam satu pertemuan dengan Pengerusi lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, beliau mengharapkan ahli PAS mendoakan kesabaran kepada anggota Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian.
"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz ialah sahabat sejati kami di waktu senang dan susah. Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS kepada Ikhwan.
"Doakan kesabaran kami dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau.
Menurut Sheikh Jumaah, ramai kalangan pemimpin Ikhwan yang dibunuh dan gugur di jalan Allah dan ribuan kini ditahan di penjara seluruh Mesir sebaik selepas rampasan kuasa (kudeta) tentera yang mengguling presidan Mohamad Morsi.
Kudeta yang didokong Barat dan beberapa negara Teluk itu, jelasnya telah menumbangkan kerajaan demokratik pimpinan Morsi yang dipilih rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan adil.
"Kami sudah biasa di penjara. Malah saya sendiri sentiasa keluar masuk penjara sejak zaman pemerintahan bekas presiden Sadat dan Mubarak lagi. Hanya kesabaran dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT menjadi senjata kami," tegas beliau.
Sheikh Jumaah menambah, ketidakadilan, penindasan dan dendam kesumat pihak junta hanya akan menguatkan keazaman di hati anggota Ikhwan dan menggandakan tekad mereka untuk menewaskan junta tentera pengkhianat dan mengembalikan kebebasan, maruah dan kedaulatan rakyat.

"Kami yakin dgn janji-janji Allah SWT dan detik-detik kemenangan akan pasti datang dengan kesabaran dalam ujian yang amat mencabar ini," ujarnya.
Sheikh Jumaah turut mengirimkan salam buat seluruh pejuang kebenaran dan rakyat Malaysia.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI