Wednesday, October 20, 2010

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

‘Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya

KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.

“Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya.

Kesal Tindakan Syabas "Tekanan Air terlalu rendah



Tmn Berjaya Gombak - Ketidak puasan hati salah seorang penduduk sekitar Kg. Kerdas apabila dilihat tekanan air terlalu rendah disekitar kediamannya.

En Hashim Maon berkata, "Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni".
Kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Katanya, kerajaan BN yang dipimpin oleh Khir telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).
Kini keperitan itu semakin terasa oleh saya sekeluarga dan penduduk sekitar apabila air dirumah terlalu rendah. Amat menyukarkan saya dan keluarga untuk menggunakan air sedangkan ia merupakan 1 keperluan asas.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya kerana setiap bulan bil air kami bayar tetapi kami tidak mendapat hak kami. Saya dan penduduk disini rasa 1 tekanan kerana tidak sanggup lagi mencari air di luar sekitar kawasan kediaman kami, katanya.
Saya juga difahamkan daripada 1 sumber yang sangat dipercayai dimana dalam 2 thn lagi seluruh selangor dan k.l akan mengalami masaalah besar iaitu tekanan air yang terlalu rendah kerana syabas telah memainkan peranan penting dengan memasang alat bagi mengawal tekanan air tersebut.

Bukan saya sahaja rasa dianayai oleh pihak Syabas tetapi mungkin beberapa penduduk disini juga mengalami masaalah yang sama. Saya amat berharap agar kedatangan saya mewakili penduduk disini bertemu dengan Dato' Dr Hasan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan segera kerana kami tidak sanggup menahan sabar dengan tekanan yang diberikan oleh syabas.
Setelah mendengar masaalah dan tekanan yang dihadapi oleh En. Hashim, Dato' Dr Hasan telah meminta Pegawai beliau (Omar Satari) untuk mengambil aduan tersebut dan adakan 1 mesyuarat khas bersama Syabas untuk atasi kemelut air ini terutamanya di negeri selangor dan insya-allah akan diusulkan dalam mesyuarat Exco akan datang, katanya.

"Insya-allah, Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni".

“Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” ujarnya lagi.



Editor :Khaulah Azwar

Jemputan Pemerkasaan Institut Keluarga K.Selangor


Salam sejahtera.. Dijemput jurufoto, wartawan dan semua rakyat untuk hadir ke program mesra rakyat (PMR) Daerah K. Selangor bersama YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia. Ahli –ahli panel terdiri daripada :

Moderator : Y.b Dato Dr Hasan Ali
Penceramah :

1) Dr Zulkifli Mohamad Albakri
2) Ustaz Haslin B Baharin
3) Ustaz Zulkarnain Hamzah
4) Ustaz Halim Din

Semoga sama-sama meluangkan masa cuti hujung minggu ini dengan manfaatkan perkara yang berfaedah bersama ahli keluarga untuk mengikut majlis-majlis ilmu, insya-allah.Disertakan "handbill" program untuk rujukan



Editor :Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI