Monday, April 2, 2012

Exco Desak Menteri Pelajaran Kaji PPSMI






Exco Pendidikan, Pendidikan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mendakwa Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Wee Ka Siong dilihat terlalu pasif dan bersifat reaktif.

Kata Dr Halimah, “kementerian sentiasa dihantui dengan masalah-masalah yang timbul yang bersifat pokok atau fundamental kerana melibatkan dasar dan polisi. Bukan sekadar masalah implementasi atau perkara remeh dan bersifat teknikal”.

Contohnya, keputusan  memulakan dasar PPSMI tanpa membuat kajian menyeluruh  memberi tekanan kepada pelajar seluruh sekolah terutama sekali di luar Bandar untuk mengikuti dasar PPSMI.

Kajian telah dibuat, rata-ratanya semua pelajar diluar Bandar  terdiri  ramai pelajar miskin Bandar tidak mampu untuk mengikuti PPSMI sehigga menyebabkan jurang semakin melebar di antara anak orang berkemampuan dengan anak marhaen.

“Kesan daripada itu,  bukan sahaja  ibubapa Melayu luar Bandar rasa marah tetapi miskin bandar yang terdiri pelajar Cina dan India di SJKC,  SJKT  dan guru- guru juga rasa tidak puas hati.

Berbagai rungutan yang saya terima guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains. Mereka  tidak berkemampuan untuk mengikuti dasar PPSMI dan tidak yakin untuk mengajar pelajar lagi”.  
“Jika semua guru diberi tekanan penambahan masa mengajar dan perlu mengikuti  dasar PPSMI, saya bimbang memberi kesan pembelajaran kepada pelajar”, kata Dr Halimah.

Menurutnya, ibubapa kelas menengah yang mampu menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang mahal dan diri mereka sendiri adalah terdidik melalui sistem Inggeris. Akhirnya masing-masing menentang satu sama lain.


Dr Halimah merangkap  Timbalan Pengerusi Pendidikan PAS Pusat   menjelaskan lagi, gejala ini berlaku kerana  sikap kementerian yang suka mencuba-cuba perkara yang baru dan menjadikan pelajar dan guru sebagai makmal kaji uji.  Kesannya  yang menjadi mangsa rakyat itu sendiri.

Tambahnya, “dasar PPSMI sekaligus membebankan pelajar dengan membawa buku-buku yang berat ke sekolah dan menekankan mereka dengan peperiksaan yang menguji akademik bersifat hafalan semata-mata”.

“Saya berpendapat, tindakan kementerian pelajaran sekaligus melahirkan pelajar  yang cepat mudah bosan dan benci belajar.

Walhal proses belajar sepatutnya menyeronokkan. Barulah ia menjadi tabiat dan budaya sepanjang hayat”.

Justeru,  sebagai Exco Pendidikan Kerajaan Selangor mendesak agar  Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian dengan teliti  untuk kebaikan  semua pelajar dan  guru”.

“Perbincangan yang mahu dilakukan seperti yang diuar-uarkan oleh Menterinya baru-baru ini MESTI menyeluruh dan diberikan masa untuk dihazam dan dibuat projek perintis dahulu.

“Saya harap dengan kajian yang hendak dibuat, mereka tidak  perlu membazirkan duit rakyat dengan dasar yang tidak boleh bertahan lama”,kata Dr Halimah kepada media selepas sidang DUN penggal ke -5., di SUK Shah Alam, disini.



Editor : Khaulah Azwar

Sertai Himpunan 3.0 Tuntutan Pilihanraya Adil dan Tulus



KUALA LUMPUR, 3 April — Himpunan Bersih3.0 dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.


Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada media  butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.



Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah lagi, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada sidang media.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia terdiri berbagai kaum telah menyertai perhimpunan 9 Julai, 2011 Bersih 2.0 yang kemudiannya   menjadi tragedis  ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu.




Editor: Khaulah Azwar

Hiimpunan Stop BN Stop Lynas..

HIMPUNAN SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA: Pls Set Your Alarm : Lama dah Kita Semua Tak Turun Berjihad.. Pakat2 Mai Selamatkan Bumi Hijau Daripada Kezaliman UMNO.Sebarkan.

Tarikh : 13 APRIL, 2012

Tempat : DATARAN SHAH ALAM DAN DI SETIAP NEGERI SELURUH NEGARA PADA JAM 1.30-3PM SELEPAS SOLAT JUMAAT.

AYUH NYATAKAN BANTAHAN KEATAS KEZALIMAN KERAJAAN UMNO DAN BN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BERDOSA.

SELAMATKAN ANAK DAN KETURUNAN KITA DARI ANCAMAN SISA RADIOAKTIF YANG AKAN KEKAL SELAMA LEBIH 14 BILLION TAHUN DI DALAM BUMI MALAYSIA YANG KITA CINTAI INI***

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI