Wednesday, June 15, 2011

ADUN MOHON PENIAGA DIBERI PELUANG MENERUSKAN PERNIAGAAN.



Meru, Klang : Baru-baru ini 9 peniaga yang telah beroperasi membuka perniagaan makanan berlauk selama lebih 30thn telah menerima Notis daripada Pejabat Tanah Daerah Klang (PTDK) bagi memaklumkan semua gerai tersebut akan dirobohkan dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mawandi Mohd Nisar, 39thn ketika dihubungi oleh media menjelaskan bahawa, “mereka yang telah menerima notis daripada PTDK adalah orang tempatan yang terdiri daripada Kaum Melayu dan India di Jalan Teratai”.

Katanya, “semua peniaga yang telibat telah beroperasi menjalankan perniagaan ini sekian lamanya kerana kawasan ini merupakan kawasan lapang dan sebelum ini tiada apa-apa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak”.

Terdahulu kawasan ini cuba dimasuki oleh bangsa asing tetapi telah selamat di kawal oleh JKKK disini. Kita bimbang sekiranya bangsa asing ini masuk tanpa kad pengenalan diri akan memberi berbagai kesan negatif kepada masyarakat disini. Untuk mengelak kejadian ini terus berlaku maka penduduk disini telah membuat perniagaan untuk menampung kos saradiri mereka yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah.

JKKK juga pernah membantu peniaga-peniaga ini untuk mendapatkan lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) tetapi sehingga kini masih dibekukan kerana kita difahamkan oleh MPK mengatakan kawasan ini masih dalam pemutihan kerana kawasan tanah “reserve”.

Tahun berganti tahun kawasan ini tidak dibangunkan dan terus terbiar dan menjadi tempat budaya lepak di kalangan remaja dan belia sehingga menyebabkan penduduk kurang senang dengan perkara yang berlaku. Kebimbangan ini membuatkan penduduk (Peniaga) yang terbabit teruskan hasrat mereka untuk meneruskan perniagaan mereka, katanya.

Ulasnya lagi, berikutan selepas menerima notis daripada Pejabat Tanah Klang menyebabkan seramai 9 orang peniaga-peniaga makanan datang ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru untuk bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru untuk membuat rayuan. Satu sesi turun padang telah diadakan baru-baru ini oleh YB Meru Dr Hj Abd Rani.

Beliau telah mengunjungi setiap peniaga yang terlibat dan mendengar masalah peniaga-peniaga terbabit. Dr Abd Rani telah berkata,” alhamdulilah kita sudah ambil tindakan sewajarnya dengan mengeluarkan surat kepada pihak Pejabat Tanah Daaerah Klang (PTDK) dengan berurusan D.O iaitu Datuk Tn Hj. Bakhtiar B. Hussin memohohan agar hasrat PTD untuk merobohkan gerai –gerai tersebut di tundakan untuk sementara waktu.

“Memandangkan masaalah ekonomi yang melanda rakyat dan kesempitan hidup yang mereka lalui, saya merasakan masa ini bukanlah masa yang sesuai dan tepat untuk merobohkan gerai mereka”.

“Lagipun tidak ada projek yang akan dilaksanakan dipremis terlibat dan sepatutnya mereka di sediakan tempat perniagaan berhampiran sekiranya PTDK ingin merobohkan semua gerai-gerai terbabit”.

Sehingga kini kami masih menunggu surat maklum balas daripada PTDK dan diharap mereka dapat bertolak ansur kepada rakyat disini yang rata-ratanya adalah golongan yang tidak berkemampuan.

Sebagai ADUN Meru dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), kita akan cuba membantu rakyat kerana seperti kita semua maklum kerajaan negeri amat menggalakkan rakyat Selangor khususnya membuat perniagaan sehinggakan tertubuhnya Skim Mikrokredit dan Mimbar bagi memantapkan pendapatan ekonomi rakyat sendiri.

Galakan ini diberi kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira parti dan perkauman untuk memberi peluang kepada mereka membuat perniagaan sendiri. Sekiranya gerai-gerai ini dirobohkan tanpa sebarang agenda sudah pasti ianya akan memberi kesan buruk kepada mereka yang terbabit. Harapan saya diharap semua pihak dapat memberi kerjasama dengan menjaga kebajikan rakyat dan harus ada sikap toleransi, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI