Sunday, April 8, 2012

Sepinggan Laksa, Secawan Air Kongsi Dua-Nurul Izzah Anwar




"Yb  Nurul Izzah sudah makan, sapa penulis selepas ceramah Tun Ramal 3 DUN Hanya Untuk BN malam kelmarin di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar yang dihadiri lebih 2000 rakyat malam itu."
Izzah berkata, “belum lagi sangat lapar ni, lima program tak sempat untuk makan”.
Bagi penulis,  sesiapa yang terlibat kerja untuk rakyat, sudah menjadi asam garam kehidupan pasti masa untuk makan akan terlepas. Mereka lebih utamakan  kerja-kerja  untuk beri kepuasan pada rakyat.
Tanpa lengah masa, penulis berkata pada Yb Izzah, Erm, baiklah jom kita makan laksa di Tmn Melewar, ajak penulis bersama beberapa saf pimpinan PAS Batu kira-kira hampir 12. 30 malam.   
Penulis  terus buat pesanan untuk Yb Izzah dan berapa saf pimpinan, tanpa kekok Izzah bisik, Khaulah kita kongsi makan ya.. Lalu Izzah minta pinggan kosong untuk diberikan pada  penulis.
Sepinggan Laksa dan secawan Air tembikai Sirap kongsi bersamanya. Harga yang tidak sampai RM5.00.

Penulis  terpinga-pinga ketika itu,  dan berkata-kata dalam hati, biar betul Yb Izzah ni, cakap lapar sangat, kenapa nak kongsi.
Penulis  sebenarnya tidak keberatan untuk kongsi  bersamanya sebab adat dalam kehidupan jemaah kongsi makan akan mengeratkan siraturrahim. Lagi pun Yb Izzah bukan penulis tidak kenal, dianggap seperti keluarga.

Sungguh dalam hati penulis sering berkata,  tiap kali penulis ikut programnya,  penulis sangat perasan cara yb Izzah, jarang nak makan luar.
Kalau terlalu sibuk  dengan progam kami tak lah pergi Hotel Berjenama, tetapi di singgah   restoran kecil untuk dibungkus makan bersamanya.
Jika terlalu sibuk kadang-kadang kami makan dalam kereta atau berhenti tepi jalan selepas program.
Tentu semua pembaca tak percaya bukan?, Makanan yang di makan Yb Izzah hanya kedai-kedai di Restoran kecil. Menu tak sampai tiga lauk. Ini bukan kedekut  tapi  berhati-hati agar tidak menyalah guna wang rakyat.
 Anak Bakal Perdana Menteri Ini,  sememangnya penulis rasa kagum kehidupannya. Moga akan kekalkan peribadinya yang tidak suka menunjuk-nunjuk  kepada media untuk di kecoh 1 Malaysia seperti Perdana Menteri, Najib Tun Razak.  
Begitu juga penulis teringatkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang tidak begitu cerewet dalam makanannya selepas merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas.

Tok Guru Nik Aziz menjamu selera dengan menu yang tidak begitu mewah di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.


Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah.
Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan katanya apabila penulis bicara bersama tok guru selepas menjamu selera.
 
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

 Kenapa penulis kata demikian? Pembaca semua pasti ingat apabila  PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan. Malunya, dan kadangkala rasa geram dihati penulis kerana PM tidak sudah-sudah menipu rakyat.   

Penulis teringat, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging oreng, tauge, dan papadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan PM sangat murah kononnya.
Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Akhirnya, tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila kakitangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi “backfire” kepada UMNO-BN.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga  sannggup memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan kotor, dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjuta-juta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu??

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah wahai Pak Najib, usahlah berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru Nik Aziz.
Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini. -
Suka penulis nasihatkan kepada PM agar lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak.
Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah “standard”, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.


 Editor : Khaulah Azwar







Kerajaan Negeri Selangor Sedia Kemudahan Sukan Untuk Belia



Gombak : Golongan belia di negeri Selangor akan menikmati kemudahan sukan yang lengkap  daripada kerajaan Negeri Selangor.

Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, berkata, “peruntukan itu diperolehi menerusi Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Saya  tidak terlepas untuk memanfaatkan peruntukan itu untuk memperkasa golongan belia di negeri ini”, katanya.

“Saya sedang rancangkan di setiap DUN satu padang serbaguna, di mana setiap padang yang akan disediakan itu memusatkan sukan futsal, bola jaring dan bola keranjang.

“Justeru, saya minta kerjasama dari ADUN dan Penyelaras DUN untuk mengenalpasti lokasi terbaik yang bakal mengumpulkan anak muda ini untuk bersukan,”jelasnya.

Menurut Dr Yunus lagi, rancangan dataran anak muda ini boleh diguna untuk sebarang aktiviti berkaitan belia dan bukannya terhad kepada satu-satu aktiviti sahaja.

“Menyedari golongan belia sebagai aset berharga kepada negeri, kita merasakan golongan ini berhak menerima pembaharuan dan pembangunan seperti ini.

“Menerusi dataran ini, Ahli Majlis, pihak berkuasa tempatan (PeBT) dan ADUN boleh mendekati golongan belia,”jelas Dr Yunus merangkap ADUN Sijangkang ketika berucap pada sesi pembukaan Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2012 di Daerah Selayang.

Sebanyak 48 Pasukan telah terlibat  mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal di Daerah Selayang .
Kejohanan ini adalah kesinambungan acara tahunan yang diadakan sejak 2009 yang melibatkan sembilan daerah di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Tambahnya lagi, “kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan memperuntukkan RM10 ribu kepada setiap PBT bagi menjayakan kejohanan ini berbanding tahun sebelumnya yang hanya dibiayai oleh PBT sendiri”.

Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2011 yang bakal berlangsung di setiap 9 daerah di bawah kelolaan 12 Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.

Dalam pertandingan ini  nanti, johan akan memenangi RM1,000 beserta medal dan siijil. Naib Johan RM500.00 medal dan sijil manakala temapat ketiga RM250.00 medal dan sijil.


Editor : Khaulah Azwar

ADUN Peruntuk RM50,000 Mangsa Banjir



Klang : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali  memperuntukan RM 50,000 bagi menghulurkan bantuan kecemasan semua mangsa banjir sekitar Kampung Delek disini.

“Seramai 1000  penduduk sekitar kampung Delek  di timpa musibah banjir, maka dengan itu, saya selaku ADUN Selat klang  besar hati memperuntukan RM50,000 bagi meringankan beban semua mangsa banjir”, kata Dr Halimah.

Jelasnya, dengan bantuan diberikan dapat membantu mengemas rumah dan membeli barang keperluan penduduk.

“Kita mengambil  berat golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan saya harap bantuan diberikan dapat meringankan beban yang mereka tanggung”.

Beliau merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan menambah lagi, sehingga hari kita tidak nampak Kerajaan Pusat turun padang bertemu  rakyat disini.

“Saya juga menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS palsu mengatakan Pejabat saya menyediakan RM300 untuk mangsa banjir.

Semua mangsa banjir perlu menuntur wang di Pejabat saya. Mungkin keerja kotor ini adalah musuh politik saya yang ingin jatuhkan saya”, kata Dr Halimah kepada media.

“Penduduk juga telah mengadu pada saya dengan rasa kesal sikap tidak peduli kerajaan pusat kepada mereka”, ujar Dr Halimah selepas menyampaikan bantuan barangan dapur kepada semua mangsa banjir.

Sementara itu, Samsul Bahari Ehsan, Ketua Pengarah Pusat Khidmat pula berkata, “seramai 99 peratus penduduk mengalami kerugian besar akibat banjir”.

“Antara kawasan terlibat Kampung Delek Kiri, Kampung Delek Kanan Baru, Jalan Masjid, Sungai Sireh dan Kampung Keretapi”.  

“Insya-Allah selepas bancian selesai dibuat kita akan hantar nama mangsa banjir kepada Pejabat Daerah untuk tindakan selanjutnya.

Kita juga akan minta bantuan  Lembaga  Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa badan agensi lain untuk menghulurkan bantuan kecemasan”, katanya.

Ujarnya lagi, “mungkin mengambil masa seminggu untuk semua proses permohonan bantuan. Bantuan yang diagihkan termasuk RM300 pada semua mangsa terlibat seperti yang diwawarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim sekitar Daerah Klang”.

“Bagi rakyat Malaysia yang prihatin ingin menghulurkan bantuan kepada semua mangsa banjir boleh disalurkan akuan  Tabung Kebajikan DUN Selat Klang 100 100 804 20 (Bank Islam Malaysia Berhad –BIMB)”.

Difahamkan Pusat DUN Selat Klang telah menerima sebuah van  untuk tugasan kemasyarakatan yang telah disumbangkan oleh Syarikat Capyield Sdn Bhd.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI