Monday, June 10, 2013

Zahid Salah Guna Belanja lebih RM 200 Ribu PRU13-Rafizi Ramly

PETALING JAYA 11 JUN : Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan petisyen berasingan bagi Parlimen Bagan Datok dengan dakwaan calon Umno-BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya. Selain itu  PR juga akan kemukakan  petisyen pilihan raya, 
Sebanyak 35 petisyen pilihan raya melibatkan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara yang difailkan PR bermula hari ini hingga Rabu ini.
Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR,  mendakwa  mempunyai bukti berupa rakaman video yang menjelaskan Ahmad Zahid , Menteri Dalam Negeri berkempen dalam pilhan raya lalu melebihi had ditetapkan.
Beliau berkata,  video tersebut juga boleh ditunton di internet. Rakyat boleh melihat sendiri video tersebut sebagai bukti.
“Zahid Hamidi ada membuat satu kenyataan umum yang ada rekod video mengaku bahawa beliau ada memberikan wang RM100 dan sekampit beras 5 kilogram (kg) jika tidak silap kepada 24,000 orang di Bagan Datok.
“RM100 termasuk beras 5 kg anggaran RM15 kepada 24,000 orang maka jumlahnya lebih kurang RM2 juta lebih. Belanja pilihan raya hadnya RM200,000 sahaja,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Rafizi merangkap Ahli Parlimen Pandan  menjelaskan lagi dengan kes tersebut maka PR memutuskan memfailkan dua petisyen bagi kawasan parlimen berkenaan.
Menurutnya, 35 petisyen pilihan raya difailkan PR adalah 25 kerusi Parlimen dan 10 DUN dengan PKR (19 – Parlimen dan satu – DUN), PAS (empat – Parlimen dan sembilan – DUN) manakala DAP (dua – Parlimen).
Selain petisyen itu, PR turut akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selain perkara bersangkutan dengan dalam tempoh tiga minggu.
“Pertama, saman terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR di atas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.
“Yang kedua, satu petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR,” katanya.
Beliau berkata, selanjutnya adalah tindakan undang-undang bagi menisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah bertentangan dengan perlembagaan.
Katanya, pasukan PKR yang akan mengambil tindakan itu diketuai pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI