Sunday, June 19, 2011

Selangor serah RM6 juta bantuan pendidikan



SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) telah menyampaikan bantuan RM6 juta kepada Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Cina dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tamil di negeri ini di bawah fasa pertama untuk memantapkan prestasi sekolah-sekolah berkenaan.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Y.A.B. Tan Sri Dato` Ser Abdul Khalid Ibrahim di ruangan legar bangunan SSAAS baru-baru ini.

Bantuan pendidikan ini adalah sebahagian daripada peruntukan RM16 juta yang diluluskan kerajaan negeri untuk tahun ini, kata Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Y.b Dr Halimah Ali.

Peruntukan itu akan disalurkan menerusi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah terbabit. Katanya, “saya menyarankan agar semua (ADUN) dan (PKM) dapat menyampaikan maklumat berhubung peruntukan tersebut disamping membantu menguruskan permohonan untuk mendapatkan peruntukan itu”.

“Pihak (ADUN) dan (PKM) juga diminta untuk membantu memantau sekolah-sekolah yang ingin menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri. Bagi tahun 2011, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta iaitu RM6 juta untuk SAR, SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta) ujarnya kepada sidang media. Keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan tiga aliran sekolah itu adalah RM RM6,692,786.

Sebanyak 121 Sekolah Agama Rakyat menerima peruntukan di bawah Fasa Pertama 2011, manakala 75 adalah sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil (97). Ulasnya lagi bahawa pada zaman pemerintahan Kerajaan UMNO/BN, semua SRA, SRJK ©,SRJK(T) tidak mendapat perhatian sewajarnya, tetapi selepas peralihan pemerintahan, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah memberi bantuan sejak 2009.



Beliau memaklumkan yang Kerajaan PR di Selangor amat menekankan keilmuan dan kerajaan berusaha menjadikan Selangor Hub-Ilmu yang akan berlangsung di Shah Alam dan di seluruh daerah di Negeri Selangor pada 26hb Jun, 2001.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah sepert Gerakan Membaca dan Menulis, Pesta Buku Selangor, Kempen mewujudkan Mini Perpustakaan di rumah, Jejak Ilmuan, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah di jalankan setiap DUN di negeri Selangor, Menubuhkan Majlis Permuafakatan PIBG, Menubuhkan Yayasan Pendidikan Selangor.

Turut hadir bersama dalam menyampaikan replika cek kepada sekolah-sekolah ialah Y.B Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Ronnie Liu Tian Khiew, Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan. YB Pn. Rodziah Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, YB. Haniza Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB.Lee Kim Sin, (ADUN) Kajang, YB Ng (ADUN) Sekinchan dan YB Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.

Permohonan untuk mendapatkan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua akan mula di terima mulai 10hb Jun, 2011 manakala tarikh tutup permohonan adalah 11 Julai depan. Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, atau di pejabat ADUN, PKM serta Unit Pendidikan di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada talian 03-55212283.


Editor:khaulah azwar

Anak PM Sah Bertunang Warga Kazakhstan


PUTRAJAYA : Anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Bernama melaporkan, majlis pertunangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan selain orang kenamaan Malaysia dan luar negara.

Malah hanya media terpilih sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Di sebalik jawapan Wisma Putra, Dr Dzulkefly bertegas mempertahankan kenyataannya akan membawakan hal itu ke Parlimen.

Majlis tertutup malam semalam itu hanya dihadiri oleh jemputan khas terpilih sahaja termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut dijemput termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22 tahun merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22 menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Dr Dzul sebelum ini turut membidas Najib dan keluarganya kerana semasa anak gadisnya itu menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika mereka sekeluarga dikatakan ke negara itu juga dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri mengendalikan urusan peribadinya seperti merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

PDRM JANGAN JADI BUDAK SURUHAN UMNO/BN


Gombak: Kesal dengan kenyataan Timbalan ketua Polis Negara, Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan pihak Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Negeri Selangor (DPPNS), Hasbullah Mohd Ridzuan berkata, “Perhimpunan BERSIH adalah satu Himpunan AMAN yang diketuai oleh beberapa NGO dan parti-parti politik daripada Pakatan Rakyat (PR) yang menuntut supaya pihak Kerajaan melaksanakan system pilihanraya di Malaysia secara bersih dan adil. Inilah harapan dan kemahuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan”.

Ulasnya, pihak PDRM cuba menakut-nakutkan dan menyekat hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas menyatakan hasrat mereka secara terbuka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia dengan mengeluarkan ancaman untuk melakukan tangkapan pencegahan tersebut.

(DPPNS) menasihatkan PDRM supaya mencontohi pihak polis di UK yang membenarkan himpunan aman diadakan di negara mereka serta memberikan kawalan keselamatan secukupnya supaya himpunan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. Ini berlaku juga di Jakarta dimana pihak polis di negeri itu, yang lebih ‘mesra’ pendekatan mereka terhadap semua peserta himpunan aman di negara meraka dengan memaklumkan kepada peserta himpunan aman di dalam media elektronik supaya berhimpun dalam keadaan aman, mengikut jalan-jalan yang telah disediakan untuk himpunan tersebut serta bersurai dengan tertib, katanya.

Jelasnya lagi, (DPPNS) bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh YB Dato’ Haji Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi yang berpendapat bahawa pihak PDRM sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan hadir untuk menyertai Himpunan BERSIH kali ini dengan menyediakan anggota polis yang mencukupi bagi mengawal selia himpunan tersebut supaya berjalan dengan baik dan sempurna, menyediakan jalan-jalan yang sesuai untuk para peserta berarak dan berhimpun dengan aman.

“kita mengharapkan semoga pihak PDRM akan mengambil tindakan yang lunak untuk berbincang dengan pihak penganjur program supaya himpunan ini dapat dijayakan dengan baik. Janganlah disebabkan tekanan daripada pihak-pihak luar yang takut kehilangan kuasa mereka disebabkan arus kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan maka PDRM mengambil satu tindakan yang silap yang boleh menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan integriti mereka sendiri”.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI