Alhamdulilah ramai pelajar yang telah
mengikuti Kelas Tuisyen Latih Tubi Subjek Kritikal (LASAK) memperolehi
keputusan cemerlang 80-100% dalam peperiksaan akhir tahun dan UPSR. Tuan
/ Puan boleh mengikuti perkembangan kejayaan pelajar-pelajar tuisyen LASAK di facebook
fb : Kelas Tuisyen Latih Tubi Subjek Kritikal LASAK
Bantulah anak-anak membuat persiapan pelajaran mereka lebih awal
sebelum menghadapi peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak gembira apabila
anak mereka yang mendapat Dyslexia mampu membaca, menulis, mengira
dengan lancar seperti pelajar normal setelah ikuti kelas Tuisyen LASAK
dan kursus Komputer Aminasi 3D. Mereka menjadi pelajar cemerlang.
Pendaftaran Tuisyen LASAK Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sesi 2015 di buka sekarang. Tempat terhad.
Tarikh : Januari 2015 (Buka Sekolah)
Tempat : SRA Kafa Integrasi Ar Rahimah, Greenwood Gombak
Masa : 10 Pagi - 2ptg.
Yuran : RM 60 setiap satu subjek kritikal (Mat, Sains, Sejarah, Geografi, B. Inggeris, Bahasa Arab, PT3
b) Yuran Kelas Membaca Intensif 5 tahun -8 tahun RM70 Setiap subjek (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
c) Yuran Kelas Komputer, IT, Website, rekabentuk dan Animasi 3 D RM 250
sebulan. Harga kursus murah dan berpatutan di kolej /IPT 1 kursus
adalah 650-700 atau semester RM 2500.
Sila download surat dan borang pendaftaran, flyers Tuisyen dan Kursus Komputer, Rekabentuk Grafik, Website, Animasi 3D
Hubungi kami sekarang untuk maklumat pendaftaran 013-6893185 / 017-2436875
Sunday, December 28, 2014
Tuesday, December 16, 2014
Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan Dr Azizan Osman . 40 teknik kejayaan usahawan.
Berita gembira buat semua usahawan yang sedang mencari teknik-teknik
perniagaan yang berkesan untuk selamatkan perniagaan yang semakin
merundum,. Jangan putus asa, bangun daripada kejatuhan perniagaan kearah
lebih baik.
Dapatkan Buku Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan Dr Azizan Osman . 40 teknik kejayaan usahawan.
Buku ini bukan sekadar buku, buku ini adalah legasi kekayaan dan kejayaan bagi membantu anda mencapai kejayaan yang diimpikan .
Dengan adanya buku ini anda sebagai usahawan yang pernah jatuh dalam perniagaan akan membantu memulihkan semangat anda untuk berjaya.
a) Mempunyai keyakinan untuk mengubah hidup menjadi lebih baik, bahagia, kaya dan berjaya
b) Memiliki strategi yang betul dan berkesan untuk merealisaikan impian.
c) Menyerap ilmu yang dapat membangkitkan kehidupan yang lebih baik sudah bermula
d) Bagaimana buku ini membantu business anda
e) Pecah Rahsia Maksud sebenar Pemasaran (Ramai usahawan tertipu)
f) 9 Dosa besar dalam perniagaan
g) Ledak keuntungan business. Kuasai formula OP
h) Formula power- Jampi Pemasaran Kaya & Berjaya
h) 17 Strategi Magnet Pelanggan Tanpa Kos
i) Bagaimana menghasilkan iklan memukau pelanggan
j) Pemasaran "Panggil-Panggil" Sekali
k) Promosi Pelanggan Datang berkali-kali
l) 8 Kunci Penjenamaan perniagaan terbongkar
m) 40 strategi pemasaran , di jamin berkesan
n) 10 Testimonial Pelajar Dr Azizan Osman
call sekarang untuk dapatkan buku yang sangat menjadi rebutan semua usahawan yang berjaya. Murah .. Murah .. 013-6893185, 017-2436875, 011-32611427

Bongkar Kuasai Pemasaran Facebook Usahawan Berjaya Dr Azizan Osman
Bongkar Kuasai Pemasaran Facebook Usahawan Berjaya Dr Azizan Osman. Terdapat berbagai Teknik & STrategi Berkesan Tarik Pelaggan Berpotensi Menerusi Facebook
Kelebihan
a) Facebook Pages sebagai mesin duit berkali-kali
b) 3 Prinsip kejayaan Pemasaran Facebook
c) 21 Startegik Pemasaran Facebook yang berkesan Berfikir di luar kotak
d) santau pelanggan dengan maklumat pengaruh , Respon pantas Duit poket tebal
e) Cara Buat persaingan tenggelam
f) Siasat Siapa pesaing Gergasi industri dan banyak lagi dalam buku ini untuk kita perolehi . Jangan hanya like. Jika ingin berjaya beli dengan harga murah tapi mampu ubah nasib kita
g) Apabila ketiga-tiga buku ini bergabung, maka bersiap sedialah menjadi salah seorang usahawan facebook yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil anda juga layak menjadi seorang jutawan atau multi jutawan,.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib hambanya melainkan hambanya mengubah kehidupannya sendiri."
call untuk tempahan 013-6893185 / 017-2436875
Monday, December 15, 2014
Dr Azizan Osman- Dapatkan buku Formula Terbukti Berjaya untuk menarik kebahagian, kekayaan, kejayaan & Keberkatan kedalam hidup anda.
Bagi usahawan yang mencari-cari teknik pemasaran berkesan dalam perniagaan dapatkan buku Usahawan terkenal dan berjaya Dr Azizan Osman dengan harga murah dan berpatutan ..
Formula Terbukti Berjaya untuk menarik kebahagian, kekayaan, kejayaan & Keberkatan kedalam hidup anda. 50, 000 naskah habis di jual.
a) Transformasi Hidup 60 saat
b) Kejayaan membuatkan manusia mengenal diri, agama dan Tuhan

c) Memberi untuk menerima (The More you Give The More Your Get)
d) Formula Kekayaan Jutawan (M.E.S.T.I)
e) Magnet Kehidupan
f) Mitos tentang wang ,
g) Trauma manusiah) Keperluan manusia untuk berjaya
i) Deklarasi Minda Jutawan
j) Transformasi hidup anda sekarang
k) Program Richworks dan banyak lagi.
Call segera . stok sangat terhad. Jika tak mampu ikut kursus yang mahal hanya laburkan sedikit beli buku kejayaan Usahawan berjaya Dr Azizan. Pasti anda juga mampu berjaya. Dapatkan 3 set buku dengan harga murah dan tidak membebankan.
call 013-6893185 / 017-2436875

Monday, December 1, 2014
Dimanakah Letaknya maruah kita??
MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang
menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas
nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah
syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya,
menjadikan saya jadi geram.
Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.
Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.
Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.
Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.
Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.
Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.
Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.
Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.
Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.
Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.
Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.
Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.
Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.
Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.
Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.
Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.
Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.
Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Tuesday, October 14, 2014
Bajet 2015 kekecewaan besar.!!
Sarawak wilayah yang terbesar dalam persekutuan dan menyumbangkan hasil yang besar kepada negara.
KUCHING: Timbalan Presiden Sarawak United People’s Party (SUPP) Lily Yong merasakan Sarawak patut menerima lebih banyak dana berbanding apa yang dijanjikan di bawah Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada Jumaat lalu.
Beliau berkata ia merupakan kekecewaan yang besar untuk Sarawak selepas menyumbangkan hasil yang besar kepada negara sebagai wilayah terbesar dalam persekutuan namun mendapat peruntukan sangat kecil.“Kita semua penuh dengan harapan tetapi pada akhirnya ia (bajet) hanya mengecewakan,” katanya.
“Duit yang disalurkan ke Sarawak sangat mengecewakan kerana tiada apa-apa untuk kita. Lebuhraya Pan Borneo sudah lama tertangguh.”
Yong menjelaskan bahawa Sarawak layak menerima kenaikan 20 peratus royalti minyak dan gas kerana ia sudah diputuskan semasa persidangan dewan undangan pada bulan Mei lepas.
“Ketua Menteri Adenan Satem memohon kenaikan royalti minyak. Ia sangat penting untuk mengkaji semula royalti.”
Beliau juga hairan ia tidak dinyatakan dalam bajet walaupun Sarawak telah memohon kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus.
Beliau juga mencadangkan agar perjanjian Malaysia dipatuhi dengan menegaskan bahawa “Sarawak mempunyai autonomi dalam cukai, pembangunan dan kewangan”.
“Ia juga sangat penting untuk kita melihat Perjanjian 18 Perkara yang menyatakan bahawa Sarawak ialah wilayah autonomi supaya kita tidak perlu menantikan pengumumam dan peruntukan untuk Sarawak dalam setiap pembentangan bajet.
“Jika kita tidak menolong diri kita, rakyat Sarawak akan susah terutama sekali selepas GST April tahun depan – walaupun bajet mengumumkan beberapa perkara untuk membantu rakyat menghadapi impak kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.
“Tiada alasan untuk kita membayar petrol yang lebih tinggi dan sebagai sebuah wilayah yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara, mengapakah kami tidak mendapat peruntukan yang lebih besar?”
Tazkirah: Apakah warna hati kita?? Hati mana yang di sayangi Allah
Apakah warna hati kita? Bagaimana suasana hati kita? Tenang, kelabu atau hitamkah warnanya? Berbicara tentang hati memang tidak pernah habis kerana kita ini sebagai manusia memang berubah-ubah sifatnya. Sedangkan alam lagikan berubah, ini kan pula kita manusia. Tapi jangan berpandangan negatif tentang ini, kerana ini lah namanya proses.
Hadis Nabi SAW, “bahawa di atas muka bumi Allah ini ada bejana-bejana (bekas). Bekas-bekas tersebut ada hati-hati manusia”. Jadi sifat bekas adalah menerima sahaja. Jenis-jenis hati ada tiga iaitu hati yang paling jernih, hati yang paling teguh dan hati yang paling lembut. Yang pertama hati yang paling jernih. Hati jenis ini ialah hati yang paling yakin dengan Allah SWT. Mari kita contohi sejarah pengorbanan yang sangat mahsyur di dalam al-quran iaitu kisah Saidatina Siti Hajar dan suaminya Nabi Allah Ibrahim AS. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang bernama Ismail (Nabi Ismail AS).
Pengorbanan besar yang dilakukan Siti Hajar ialah bermula dengan menanam keyakinan kepada Allah SWT. Sanggupkah para wanita pada hari ini sekiranya ditinggalkan suami selama bertahun-tahun lamanya? Hajar sanggup ditinggalkan dan terima dengan redha perintah yang diberikan oleh Allah SWT yang sampaikan oleh suaminya nabi Ibrahim AS. Saat di tanya oleh suaminya, “adakah engkau sanggup untuk aku tinggalkan ditengah-tengah padang pasir wahai hajar? ” Jawab Hajar, “ adakah ini arahan dari Allah SWT? ” Lalu Ibrahim AS menjawab, “bahkan ya”. Sebaik mendengar jawapan tersebut, Hajar tanpa merungut terus saja menerima dengan hati yang tenang dan redha atas perintah dari Allah SWT itu. Cubalah kita bayangkan, Hajar bersama anaknya Ismail AS dibawa ke tengah-tengah padang pasir yang kering kontang oleh suaminya.
Sebaik tiba di padang pasir, maka suaminya berpesan, “aku tinggalkan engkau bersama Ismail AS untuk suatu tempoh yang agak lama di sini (padang pasir), berapa lama aku tidak pasti, tunggu sehingga Allah SWT memerintahkan aku untuk kembali menemui mu, diharapkan engkau dapat bersabar wahai hajar”. Hajar tanpa bertanya apapun, terus akur, “kalau ini yang Allah mahu dan perintahkan, aku terima kerana aku yakin apa jua yang Allah perintahkan tidak akan sia-sia”. Walaupun ditinggalkan oleh suami bertahun-tahun di padang pasir, dengan bekalan makanan yang sudah habis tetapi Hajar boleh bersabar. Kesabaran Hajar sangat tinggi kerana dia amat yakin dengan Allah, pasti ada hikmah, pasti ada sesuatu yang akan di beri oleh Allah SWT. Takdir dan ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Yang penting sebagai hamba Nya kita kena yakin dan akur terhadap Nya. Itulah betapa kuatnya keyakinan Hajar kepada Allah SWT. Tahap keyakinan kita bagaimana?
Satu sisi lagi yang perlu kita lihat ialah bagaimana positif dan halusnya kata-kata yang diungkapkan oleh Hajar sebaik mendengar perrmintaan suaminya untuk ditinggalkan. Hajar tidak marah, tidak mengeluh dan tidak juga merungut. Hajar juga tidak bertanya macam-macam, mengapa begitu dan begini, malah dia turuti saja kehendak Allah dan permintaan suaminya, untuk ditinggalkan dan mohon hajar untuk bersabar. Mampukah kita sesabar dan seredha Hajar? Lihat, hati Hajar sungguh jernih. Hati yang jernih akan mengeluarkan kata-kata yang jernih.
Tindakan Hajar yang tidak banyak soal itu dan kesanggupan dia menerima ujian tersebut dengan sabar yang tinggi, maka tindakan Hajar itu telah melegakan hati suaminya, nabi Ibrahim AS. Bagaimanakah kita, adakah kita telah banyak melegakan hati suami? Satu kata-kata yang ingin saya berikan untuk kita berkongsi bersama, “alangkah indahnya hidup ini jika kita bukanlah penyebab atau menjadi punca yang menyebabkan orang lain susah”. Hidup kita ini biarlah banyak memudahkan orang bukan menyusahkan orang. Sepantas mana kita memberi kebaikan atau menolong orang lain, maka sepantas itulah kita melalui titian sirat di akhirat nanti. Membuat perasaan orang lain merasa lega juga adalah perkara yang besar di sisi Allah SWT. Ada banyak perkara yang di lihat kecil pada pandangan manusia tetapi sebenarnya hal yang kecil itu di lihat besar pada pandangan Allah.
Hajar dan Ibrahim AS adalah antara manusia yang hebat di dunia kerana keikhlasan hati dan keyakinan mereka terhadap pencipta Nya. Keikhlasan hati dan kesabaran mereka di uji lagi. Setelah Ibrahim AS kembali menemui Hajar setelah bertahun-tahun ditinggalkan dipadang pasir, ada lagi perintah baru daripada Allah SWT. Kali ini Allah memerintahkan pula untuk Ibrahim AS menyembelih satu-satunya anak mereka, Ismail AS. Lepas satu, satu mereka diuji. Yang ini pun Hajar dan Ibrahim AS menerima dengan sabar. Anaknya Ismail AS juga redha untuk disembelih kerana itu perintah dari Allah SWT. Begitu tinggi tahap keimanan Ismail AS. Sanggup disembelih oleh ayahnya sendiri. Yakinnya tiga beranak ini dengan Allah SWT.
Besar cerita tentang keyakinan ini sebenarnya. Bertahun-tahun Allah menguji Hajar dan Ibrahim AS. Ujian pula besar dan lebih dari satu. Hasilnya Allah angkat dan tatang nama Hajar dan Ibrahim AS sepanjang zaman. Kesabaran kita tidak sekuat Hajar dan Ibrahim AS sebab itu Allah bagi kita ujian untuk kita menjadi seorang yang sabar. Bila kita dapat bersabar maka itu akan menjernihkan hati kita. Taqwa itu bukan terletak pada orang yang berceramah. Bukan juga terletak pada orang yang menyampaikan khutbah semata, tetapi ia terletak dihati. Mudah-mudahan kisah pengorbanan Ibrahim AS, Ismail AS dan Saidatina Siti Hajar bukan dihafal semata-mata oleh kita. Lebih utama dari itu ialah moga-moga kita dapat betul-betul menghayati dengan dalam bagaimana jika kita bertukar tempat dengan mereka. Mampukah kita jadi seperti mereka? Janganlah segala kisah dalam Islam kita jadikan retorik sahaja. Sama-sama kita mengambil pengajaran daripada kisah mereka.
Thursday, October 9, 2014
Promosi : Kem Smart Solat 2014 Bersama Imam Muda Hassan
Salam minta kerjasama semua pihak Ybhg Dato'/ Datin/ Ustaz, Ustazah dan semua sahabat untuk tolong sebarkan. Mohon beri laluan tumpang iklan di fb semua sahabat-sahabat ye. Jazakallah.
Ibu / bapa penjaga
YBhg Datuk/Datin/Tan Sri, Tuan /Puan.
PROMOSI : JEMPUTAN PROGRAM KEM SMART SOLAT, PERMATA HATIKU SOLAT LAH SEMPENA CUTI SEKOLAH 22-24 NOVEMBER, 2014
Kem Smart Solat 2014 Permata Hatiku Solat Lah.. Kini Kembali !!,
Program cuti sekolah yang akan diadakan pada November 2014 ini memberi peluang kepada tuan/puan untuk memenuhi masa lapang anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah bersama Ikon terbaik Imam Muda Hassan Adli Yahya . Berikut adalah tarikh di tetapkan:
Tarikh : 22-24 November, 2014 (Sabtu-Isnin)
Masa Daftar : 3 petang (22 November)
Masa akhir program: 3 petang (24 November)
Tempat : Kem Alang Sedayu, Batu 12 Gombak
Yuran : RM 200 SEORANG TERMASUK MAKAN, KEDIAMAN, FILE , BUKU NOTA DAN MODUL (100 peserta Daftar Awal RM 180). Pendaftaran di buka sekarang.
Terbuka kepada : · 7- 18 tahun
Aktiviti dan modul yang disediakan antaranya IALAH :
· SMART SOLAT – Memperbaiki solat pelajar, Menyemak bacaan solat dan bacaan surah, Teknik mendapat solat yang kusyuk dan lain-lain lagi.
(Pratikel solat setiap pelajar)
· TAYAMUM – Pelajar akan diberi pendedahan pratikel cara tayamum
· QIAMMULAIL, ZIKIR MUNAJAT- Mendidik pelajar mendirikan solat-solat sunat
· MUHASABAH – Membimbing Arah Tuju kehidupan & Motivasi pelajar
· AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN - Jalinan UKhwah Membina Persahabatan Melalui Kerja dalam Kumpulan
Aktiviti Ourdoor
WATER CONFIDENT – Membentuk keyakinan dalam diri, membuang sikap negatif , buang sikap malas belajar, degil, ego dalam diri pelajar
· OBTACLE - Merempuh Halangan dan Mencipta Keyakinan
· SARANG LABAH-LABAH – Membuang Sikap Irihati, Dengki Dalam Diri Pelajar
· EXPLORE RACE – Menguji kecergasan Fizikal dan Minda berkaitan tentang solat,tayamum dan lain-lain.
· NIGHT WALK - Menguji Diri dan Memupuk nilai diri Positifkan Hati
*Slot Percuma .. Istimewa kepada ibu/bapa dan penjaga untuk menyertai Perkongsian Ilmu bersama Ustaz Imam Muda Hassan 23 November, 2014 – 3 petang dengan tajuk “ Peranan Ibubapa Membantu Membentuk Anak-Anak Remaja Muslim Cintakan Solat”.
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!… untuk maklumat yang lebih lanjut… (011-32611427), / (017-2436875)
Insya Allah usaha tuan/puan dalam mendidik anak-anak akan diberkati Allah swt dan semoga anak-anak ini menjadi Khalifah yang Soleh/Solehah serta Cemerlang di Dunia & di Akhirat.
Wednesday, September 24, 2014
Azmin MB, tak timbul soal PAS terkilan kata Hadi
Berikut adalah transkrip soal jawab Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pihak media berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Beliau ditemui ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-13 berhenti rehat selepas sesi soalan jawab lisan di lobi U2 Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Soalan: Datuk Seri (Abdul Hadi), apa respon dengan krisis Menteri Besar Selangor hari ini?
Jawab (J): Kami (PAS) mengharapkan supaya rakyat Selangor menerima baik dan Pakatan Rakyat dapat meneruskan pemerintahan mengikut proses yang selanjutnya.
S: Macam mana dengan hubungan PAS-Pakatan Rakyat?
J: Macam saya sebutkan dalam muktamar, kita (PAS) terus dalam Pakatan Rakyat.
S: Adakah Datuk Seri terkilan calon PAS tidak dilantik sebagai MB ini...?
J: Saya sudah sebut PAS tidak (berkehendak) sebagai MB (Selangor) ini.
S: Datuk Seri, ada cadangan juga hendak mewujudkan kembali jawatan Timbalan Menteri Besar dan calon PAS di antaranya yang akan dicalonkan sebagai Timbalan MB. Apa komen?
J: Itu (jawatan) terpulang kepada (kerajaan) Selangor, kita (PAS) serah kepada Selangor... lihat pada keperluan Selangor, Perlembagaan negeri Selangor dan Sultan Selangor yang menjadi sebahagian dari Perlembagaan Selangor.
S: Sementara itu, ada juga dikatakan perlantikan Azmin Ali tidak mengikut Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor. Selepas majoritinya, diberi kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim. Jadi Datuk Seri sendiri bagaimana?
J: Perlu diambilkira, pertamanya seluruh rakyat yang memilih (kerajaan) Pakatan Rakyat. Kedua, kedudukan Sultan Selangor (Sharafuddin Idris Shah) itu lebih besar dari kedudukan majoriti wakil-wakil rakyat itu sendiri.
S: Sebagai Presiden PAS, adakah Datuk Seri berpuas hati atau mungkin akan ada lagi konflik selepas ini atau mungkin ada pandangan dan nasihat Datuk Seri sendiri kepada Pakatan Rakyat ?
J: Jawatan (MB) itu adalah ‘amanah’ dan saya mengharapkan supaya dapat menunaikan amanah dan harta negeri Selangor adalah amanah yang tidak boleh disalahgunakan.
S: Isu tindakan Saari Sungip (Adun Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Adun Morib) boleh Dato’ Seri ulas sedikit?
J: Saya sedang menunggu laporan dari PAS negeri Selangor.

Perlantikan Azmin ‘cacat’, persidangan undang-undang diberitahu
Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dianggap 'cacat' kerana dia melalui proses pemilihan, kata peguam perlembagaan Tommy Thomas. Beliau berkata demikian kepada satu persidangan undang-undang antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, dihadiri kira-kira 700 peserta termasuk dari luar negara. "Apa yang terjadi di Selangor jelas salah," kata peguam itu hari ini, menjawab soalan hadirin pada persidangan tiga hari yang dianjurkan Malaysian Bar itu. Katanya kepada satu soalan sama ada perlantikan Azmin mengikut perlembagaan atau tidak, menteri besar sepatutnya dipilih oleh parti.
Monday, September 22, 2014
Walaupun Kemelut Berakhir, Pas Tetap Rugi
Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi ini.
Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.
Dengan ini, berakhirnya kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Penerimaan PR terhadap perlantikan yang dibuat oleh Sultan Selangor ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu agar mereka selepas ini boleh terus melangkah ke hadapan menunaikan janji-janji yang masih banyak tertunggak dan juga memajukan lagi negeri itu.
Walaupun Azmin bukanlah calon pilihan PR yang utama, tetapi dari segi kebolehan dan kemampuan menggerakkan lagi jentera parti serta pentadbiran negeri ke arah yang lebih mantap, beliau sebenarnya tidak perlu diragui. Pengalamannya dalam kerajaan sebelum ini dan kesetiaan dalam gerakan reformasi sejak 1998 adalah bekalan terpentingnya untuk terus melangkah ke hadapan selepas ini.
Setelah semua pihak menerima perlantikan Azmin ini, PR juga tentunya akan bersatu kembali selepas ini. PKR dan DAP memang tiada masalah kerana mereka sejak awal lagi bersatu hati dan konsisten dalam isu ini.
Namun yang paling rugi sekali ialah Pas. Walaupun mereka juga menerima perlantikan Azmin ini dan seolah-olah kembali bersatu tetapi kesannya tidaklah begitu. Bukan saja imej Pas terjejas dengan teruk di mata umum berikutan pendiriannya yang tidak konsisten, malah perpecahan sesama sendiri juga akan memakan masa untuk dipulihkan.
Puak "taliban" dan "erdogan" dalam parti itu semakin terserlah permusuhannya dek isu Menteri Besar Selangor ini. Disebabkan kemelut yang sama juga, Pas turut "kehilangan" dua Adunnya sendiri di Selangor iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang sanggup bersikap lebih wala' kepada pihak lain berbanding parti sendiri.
Tetapi mereka terpaksa mengambil tindakan berani itu kerana letih dengan sikap dolak-dalik dan lambatnya Pas dalam membuat keputusan untuk menyelamatkan keadaan. Berjayanya Azmin menjadi Menteri Besar mulai esok sebahagiannya adalah kerana pengorbanan kedua-dua Adun berkenaan, bersama Adun-Adun daripada PKR dan DAP.
13 lagi Adun Pas boleh dikatakan tiada saham dalam perlantikan Azmin ini. Tanpa keberanian Shaari dan Hasnul, mungkin Khalid masih kekal bersilat sekarang ini atau suatu bentuk kerajaan campuran telah pun berjaya diwujudkan di Selangor.
Lebih malang bagi Pas ialah isu Menteri Besar ini telah menjadikan Haji Hadi Awang sebagai bahan cemuhan dan kritikan banyak pihak. Bukan saja masyarakat umum dapat melihat wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang selama ini dihormati kerana ilmu agamanya, malah dalam mesyuarat Pas sendiri beliau turut dikritik dan disanggah. Kuasa dan haknya sebagai presiden juga sudah mula menjadi bahan jajaan dan perbualan.
Secara umumnya Haji Hadi tidak lagi dihormati seperti dulu. Kebolehan ulama dalam berpolitik dan mentadbir negara juga turut diragui.
Berbanding dengan PKR yang mendapat kembali kerusi Menteri Besar dan DAP yang tidak rugi apa-apa, Pas ternyata lebih banyak rugi dari untungnya. Bagi PKR, walaupun bukan Dr Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar tetapi kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden yang menjadi gantinya, ia tidak mendatangkan banyak perbezaan bagi mereka.
Tetapi selain Pas belum tentu dapat apa-apa, kerugian yang nyata telah pun ada. Di samping perpecahan dalamannya makin ketara, penerimaan umum terhadapnya dan pimpinan ulamanya tidak lagi sama seperti dulu. Pengundi bukan Melayu juga mungkin terpaksa diyakinkan semula untuk terus menyokongnya.
Pepatah biduk lalu, kiambang bertaut seperti memakan masa atau tidak mungkin berlaku terus dalam Pas selepas ini.
Jika tewas di Pengkalan Kubor pada 25 September nanti, lagilah berat beban Pas selepas ini.

Pejabat penasihat ekonomi S'gor ditutup - MMKN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.
Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.
Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.
"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya.
Friday, September 19, 2014
janda cun digauli oleh suami yang telah meninggal dunia pada setiap malam
Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya.
Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.
Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen.
Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”. - oleh islam itu indah
Tuan Ibrahim: Kalau Pas dipilih jadi MB...
SHAH ALAM - Pas akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan komponennya sekiranya calon daripada parti itu dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, ujar Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Perbincangan itu penting kerana Pas telah memilih untuk memberi komitmen bersama dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi apa-apa pun kita akan berbincang dahulu sebelum membuat kata putus,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Terdahulu, Pas dilapor mencadangkan tiga nama ahlinya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diteliti sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Angin bertiup kencang mengatakan, senarai nama yang dicalonkan Pas adalah anggota Exco Selangor dari parti itu iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.
Kemudian muncul pula laporan yang menyebut hanya seorang ahli Pas iaitu Iskandar yang dicalonkan parti itu manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
Keputusan Pas mencalonkan lebih daripada dua nama mengundang kekecewaan rakan sekutunya dalam PR.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak pernah mendedahkan senarai sebenar nama yang dihantar oleh Pas untuk pertimbangan istana, namun secara terang-terangan mempertikaikan kemampuan Wan Azizah untuk menggalas jawatan penting itu.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan dan disahkan kebenarannya oleh pegawai istana, majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa di Istana Alam Shah, Klang.

Jangan ada PAS ikut kepala DAP, PKR
Perwakilan Terengganu Mohd Nor Hamzah mengecam segelintir pemimpin PAS yang dilihatnya terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP.
Sedangkan, katanya, para pemimpin tersebut sepatutnya bersama-sama mempertahankan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam krisis politik yang melanda Pakatan Rakyat.
Walau tidak menyebut mana-mana individu, ucapan itu jelas mensasarkan pemimpin parti yang pro-Pakatan.
Dalam ucapan berapi-rapi itu Mohd Nor dengan lantang mengingatkan bahawa tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama perlu diperkukuhkan selagi ia tidak melanggari syarak.
"Tahaluf siyasi seperti tiga orang berkawan – seorang PAS, seorang PKR dan seorang lagi DAP,” katanya.
Namun, PAS sepatutnya masih perlu mengawal seluruh anggotanya walau bekerjasama dengan parti tersebut dalam Pakatan.
“Jangan ada tangan PAS yang mengikut kepala DAP. Kepala kita adalah presiden. Kepala PKR adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail).
“Jangan di kalangan tubuh yang ada pada PAS tiba-tiba mengikut kepala PKR dan DAP.
“Muamalah Pakatan Rakyat dalam erti kata tahaluf sangat berbeza dengan BN," katanya yang diiringi laungan takbir.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden bertajuk 'Terus Beristiqamah' di Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.
'Sosialis sesat, tak ada kitab'
Di samping itu, ADUN Bukit Payung, Terengganu itu turut membidas segelintir pemimpin yang mendakwa PAS mahu bergabung Umno di kala arahan supaya pengukuhan Pakatan diuar-uarkan.
"Orang (pemimpin) sudah kata, kita tidak mahu kepada Umno, tak mahu campur PAS dengan Umno.
"Kenapa kita perlu ada curiga dengan saf kepimpinan kita," katanya sambil menambah tidak mengikut kehendak rakan Pakatan tidak bermakna mahu berpecah dengan Pakatan.
Mohd Nor berkata sepatutnya anggota curiga dengan segelintir pemimpin berada "satu pentas" dengan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan bekerjasama dengan pemimpin sosialis.
"Sosialis sesat, tidak ada kitab. Pemimpin-pemimpin sosialis tidak percaya kepada tuhan. Apakah kita pernah bertahluf dengan Parti Sosialis Malaysia ini?" katanya sambil diiringi laungan 'tidak' oleh segelintir perwakilan.
"Tetapi kita tidak curiga walaupun kita ada soal jawabnya. Kenapa begitu sayang, Tok Guru (Mursyidul Am Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) apabila seorang pemimpin sosialis yang mahu bertanding di Kelantan, beliau tidak benar (rakyat) Kelantan baling kerusi kepada pemimpin sosialis. Sejarah semua diketahui," katanya.
Kritik jenis 'bela hantu raya'
Beliau turut mempertahankan kumpulan yang memakai vest 'Kami Sayang Presiden dan Majlis Syura Ulama' yang dianggap "tidak salah" kerana ia seperti pihak yang memakai baju "Kami sokong hudud" atau "Kami Sokong Gaza”.
"Tapi kalau jenis orang bela hantu raya ini, kita letak saja, tulisan ayat kursi depan rumah, dia dah marah. (Dia kata) 'kenapa letak ayat kursi ini, ingat kami tak pandai baca' ke.
"Sokong tok guru, maknanya sayang,wala' (ertinya) tolong, taat kepada arahan presiden dan pemimpin, itu makna sokong.
"Tidak makna tolong jika presiden kata A, kamu kata itu pandangan peribadi dia," katanya sinis.

Wednesday, September 17, 2014
Kalau boleh calon Umno pun undi lambang bulan
TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu semua pengundi Pengkalan Kubor pulang menunaikan tanggungjawab mereka biar pun tinggal di Sabah dan Sarawak.
“Saya walau pun tidak berapa sihat tetapi mengagahkan diri untuk turun berkempen di sini.
Oleh itu saya berharap kepada semua pengundi keluar mengundi walau pun berada di tempat yang jauh.
“Kalau tak boleh naik kereta, jalan kaki yang penting balik mengundi pada 25 September ini,” katanya ditemui semasa melawat Markas Besar PAS Dun Pengkalan Kubor di sini, hari ini.
Kedatangannya disambut Pengarah Operasi PAS Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad dan petugas Markas Besar PAS.
Beliau juga mendengar taklimat mengenai perkembangan kempen pilihan raya tersebut disampaikan Wan Abdul Rahim.
Ujarnya lagi apabila balik mengundi nanti pastikan pengundi mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
“Sekarang sudah terbukti pengaruh gerakan Islam semakin kuat sehinggakan calon dari Umno turut memakai serban untuk menunjukan ciri-ciri keislamannya.
“Kalau boleh biar calon Umno pun undi lambang bulan juga sebab dia nakkan politik Islam,” ujarnya sambil berseloroh. - HARAKAHDAILY 17/9/2014
Dewan Ulama lulus usul tindakan terhadap 2 ADUN
Dewan Ulama PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul mendesak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan tatatertib terhadap dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Ia menyifatkan tindakan ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin melanggar adab dan displin jamaah dan mencalar imej Majlis Syura Ulama selepas badan itu memutuskan supaya Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan.
"Kami mendesak supaya Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap mereka yang meremehkan keputusan Majlis Syura Ulama dan arahan presiden.
"Kita bimbang jika tiada tindakan tegas terhadap mereka, ia akan menyebabkan imej parti akan tercalar.
"Ia juga menjadi teladan kepada mana-mana pihak dan individu supaya mereka tidak main-main dengan jamaah kita," kata Shamsudin Amran yang membentangkan usul itu.
Usul itu juga dicadangkan oleh empat lagi dewan ulama dari Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Sementara itu, Perwakilan Cheras, Ali Jamil bersetuju dan menyokong usul supaya tindakan displin dikenakan terhadap dua ADUN itu.
"Ia sebagai usaha untuk mendisplinkan anggota, supaya orang PAS ada adab," katanya diiringi laungan takbir.
Pengerusi tetap kemudiannya membuka peluang sekiranya ada perwakilan yang membantah usul tersebut.
Usul itu kemudiannya diluluskan tanpa sebarang bangkangan melalui undi angkat tangan.

PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid
Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri. Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor. "Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar Pakatan terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik. Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu. "Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'. Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor. "PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya. "Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran Pakatan dan mengundi atas semangat Pakatan. "Baru setahun berlalu, dan keghairahan Pakatan bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya.
Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya. "Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang. "Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya. Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka. Parti dalam PR juga perlu menahan diri dari terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri. Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan. "Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti. "Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya.
Monday, August 25, 2014
MESEJ TERKINI DARI MB SELANGOR..
Abdul Khalid menasihatkan seluruh warga kerja Selangor supaya terus meningkatkan produktiviti dan meneruskan tugasan yang diberi dengan sebaik-baiknya.
“Saya mahu seluruh warga kerja di bawah panji-panji Kerajaan Negeri Selangor ini sentiasa bekerja keras demi meningkatkan tahap produktiviti dalam bidang masing-masing dalam usaha meneruskan tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Abdul Khalid berkata beliau menerima dengan hati terbuka berhubung perkembangan terkini status Menteri Besar Selangor yang disandangnya setelah beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
Bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor hari ini, beliau berkata akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
Pertemuan itu akan berlangsung esok pada pukul 2.30 petang, namun lokasi pertemuan belum dapat dipastikan dan akan dimaklumkan kelak.
“Namun begitu saya berharap semua kakitangan kerajaan akan terus bekerjasama dengan saya meneruskan pentadbiran Negeri Selangor bersama empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.
Abdul Khalid yang kini Adun Pelabuhan Klang Bebas dipecat dari PKR)sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa pada 9 Ogos lalu.
Thursday, August 14, 2014
Kem Kesempurnaan Solat cuti sekolah (13-15 September, 2014) bongkar rahsia nya.
Kita boleh menjadi orang yang paling bersih rohani dan paling hampir
dengan Allah. Jika kita mengerjakan solat dan tidak berasa takut
menempuh kematian dengan mengetahui rahsia-rahsia nya. Apa yang perlu
kita lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kita sendiri pasti
mengetahui betapa pentingnya kewajipan bersolat dan pensyariatannya.
Kita sbg seorang muslim yang melaksanakan solat pastinya kita tahu
tahap pengetahuannya tentangnya.
Tidak semua orang yang kusyuk dalam solatnya, sedangkan kekusyukan itu amat penting. Justeru marilah ibubapa didiklah anak-anak daripada kecil agar perbaikikan solat mereka. Ikuti kami dalam Kem Kesempurnaan Solat pada musim cuti sekolah yang semakin hampir.
"Solat itu tiang agama dan perbezaan antara Islam, dan Kafir adalah solatnya".
Berikut tarikh program Kem Penghayatan Kesempurnaan Solat.
Tarikh : 13-15 September, 2014 (Jumaat-Isnin) 3 hari 2 malam
Tempat : Kem Seri Raudhah Gombak Batu 12 Gombak
Masa : 10 pagi berkumpul di Kem Seri Raudhah
Umur : Sekolah Rendah dan sekolah menengah
Yuran : RM 150 termasuk makan, penginapan, file dan modul
Daftar : Maybank Akaun 162759019845 (Suhaila Jamain) / N Suhaila Enterprise Bank Islam - 12225010008475). Sila email slip bayaran ke khaulah330877@gmail.com. Slip tersebut tuliskan nama anak.
Keterangan lanjut Hubungi : 013-6893185/ 017-2436875.
Di sertakan surat ibubapa dan flyer kem untuk sebaran kepada saudara seislam kita. Kerjasama di harapkan.
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal solleh yang sentiasa berpesan2 kearah kebaikan"

Tuesday, August 5, 2014
Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan Wan Azizah Tidak Bertanding
KUALA TERENGGANU - Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding
dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar
menyangkal kebenaran berita itu.
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.
Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.
Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh.
Malam tadi beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan.
Ini kerana penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ.
Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: "Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot".
Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon
kerusi Parlimen Padang Rengas.
Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai.- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)