Saturday, October 31, 2009

Sumbangan Warga Usia Emas fasa ke 2-Pusat Khidmat Dun Gombak Setia


PA300089

31hb Oktober,2009 Kerajaan Negeri Selangor telah memberi sumbangan kepada Warga Emas diperingkat Daerah Gombak. Penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia 10:30 pagi – 12:00 tengahari yang telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali dan sumbangan tersebut disampaikan oleh beliau sendiri dan Y.B Shaari Bin Sungip.

PA300064Penyampaian Skim Warga Emas ini adalah peringkat fasa ke 2 dimana waris akan menerima sebanyak RM1000 dan RM1500 akan diberi kemudian dalam 1 program yang akan diaturkan oleh Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat DUN.

Menurut Pegawai Sektratiat Mesra Usia Emas jumlah pendaftaran Warga Usia Emas sehingga kini adalah seramai 114,000 orang dan jumlah kematian yang pihak Daerah terima adalah seramai 8000.

Seramai 76 orang dan kawasan yang telah menerima sumbangan pada hari ini adalah Kuang, Tmn Templer, Gombak Setia, Hulu Klang, Bt. Caves, Parlimen Kepong, Rawang, Dun Angkat Rawang (Parlimen Batu). Sumbangan yang diberi tidak kira agama dan bangsa asalkan mereka berdaftar apabila usia mereka telah mencecah 60thn keatas.

Tujuan pemberian Skim Warga Emas adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kepada Keluarga Simati untuk menguruskan urusan jenazah dan urusan-urusan lain yang berkaitan.


KOLEKSI FOTO


PA300053PA300057










Waris mendengar taklimat daripada YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali sebelum penyampaian sumbangan diberi.



PA300058PA300060











Ucapan daripada YB Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali & Pegawai Sektratiat Mesra Usia Emas mengenai Skim Warga Usia Emas dan amanah diberi kepada waris agar menggunakan sebaiknya wang yang diberi untuk urusan jenazah dan-lain.



PA300067PA300065











PA300070PA300074









Sumbangan diberi tidak kira bangsa dan agama


PA300076PA300081











PA300083PA300084










PA300071PA300087









Ucpan terima kasih daripada semua penerima sumbangan kepada YB Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali,Y.B Shaari Bin Sungip semua kakitangan Daerah Gombak, Kakitangan Warga Usia Emas, Kakitangan Pusat Khidmat dan semua yang telah menjalankan tangguggjawab dan tugasan dengan baik dengan tulus.


PA300072PA300088

Waris-waris menerima sumbangan dengan rasa gembira apabila telah menerima sumbangan dan sempat mengambil foto kenangan bersama Y.B Dato’ Dr. Hasan Bin. Mohamed Ali, Y.B Shaari Bin Sungip, Pegawai Sektratiat Mesra Usia Emas dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.

Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, October 27, 2009

Bina Insan Keluarga bahagia Masyarakat Sentosa


IMG00150-20091025-1006


25hb Oktober, 2009 JKP Zon 11 (Gombak) /Ahli Majlis MPS, telah berjaya mengadakan progrm Bina Insan yang bertemakan “Keluarga Bahagia Masyarakat Sentosa” dimana pihak YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah memberi sokongan padu kepada pihak penganjur bagi menjayakan program ini.


PA240015


Program Bina Insan telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk kawasan Gombak yang telah diadakan Di Tmn Selasih Fasa 2 dan kawasan yang terlibat adalah Tmn Samudera, Tmn Selasih Fasa 2, Pangsapuri Casmaria, Pangsapuri Fiona, Flat Samudera dan telah dirasmikan oleh Ustazah Khatifah Zamani binti Sulong.



PA240002PA250003


Tujuan mengadakan program Bina insan ini adalah utk

i) Memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan ;

ii) Menyatu masyarakat berbilang bangsa dengan sifat kerjasama dan muhibbah ; dan

iii) Membimbing masyarakat agar menjauhi gejala-gejala tidak sihat.

Dan disamping itu untuk memaklumkan kepada penduduk apakah fungsi dan penubuhan JKP setiap kawasan .Objektif penubuhan JKP ini ialah :-

i) Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman diantara penduduk dengan MPS.

ii) Mendapatkan maklumat tentang permasaalahan dan aduan penduduk yang berkaitan untuk diselesaikan di peringkat MPS.

iii) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di peringkat MPS.

Untuk memeriahkan program ini peganjur telah menyediakan berbagai aktiviti iaitu senamrobik bersama masyarakat, pertandingan melukis yang diadili oleh kartunis Zunar, ceramah motivasi daripada IPP Daerah Gombak, SIDIM, AADK, bertandingan bola sepak dan juga cabutan bertuah.

Semoga usaha yang murni ini diberkati oleh ALLAH swt dan amalan kita semua di terima olehNya bagi membangun genarasi muda yang bertaqwa, bermaruah dan membina masyarakat yang harmoni.


KOLEKSI FOTO BINA INSAN KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SENTOSA


PA190027PA210036









Kesibukan S/U Ahli Majlis, MPS membuat persiapan hiasan pej di kawasan ladskap. Dan begitu serius semua AJK JKP Zon 11 dalam mesyuarat prog. Bina Insan.



PA230001PA230002


PA230004PA230003









Kesibukan AJK JKP membuat persiapan tempat program.Teamwork yang diberikan amatlah baik sekali. Konsep utama yang diamalkan dalam amal jamaei.


IMG00150-20091025-1006PA240010


Acara kemuncak perasmian oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11


PA240001PA240011








Penceramah2 yang diundang memberi suntikan motivasi yang bermakna.



PA240004PA240006


Jaguh Pasukan Bola Sepak 7 Sebalah. Group mana yang menang ni??



PA240016

PA250001


Walaupun Sibuk sehingga tidak menang tangan tapi sempat lagi sahabat2 JKP bergambar. Penyampaian Hadiah Cenderahati kepada pelukis Kartunis Zunar


PA250004PA250007










TAHNIAH Buat semua pemenang dan Cabutan Bertuah.Yang tak menang jangan putus asa cuba & terus mencuba..


PA250012PA250016










Rupanya orang yang bertuah dalam prog. Bina Insan adalah En Rajoo setelah cabutan bertuah sebanyak 6x tiada pemenangnya.



PA250024PA250028

Kenyang perut suka hati S/u Ahli Majlis bersama Majikan yang dikasihi (Ustazah Khatifah Zamani Sulong) ..masa untuk rest setelah 3 hari tidak cukup rehat kerja kuat bagi menjayakan program. AJK Makanan.. yang menyumbangkan tenaga tanpa mereka pasti kami tak makan.










Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI