Thursday, May 5, 2011

“Esok lebih Baik daripada Hari ini”. Masjid Amaniah Meraikan pelajar Cemerlang


Tmn Amaniah- Masjid bukan hanya untuk diadakan majlis ilmu dan untuk beribadah semata-mata. Apabila selesai solat maka pintu pagar dikunci dan pengunjung terus pulang ke rumah. Tetapi jika dimanfaatkan institusi masjid ini sebaiknya ia merupakan sebuah pusat komuniti yang terbaik tempat masyarakat berkumpul menjalinkan ukhwah antara satu sama lain dan tempat perbincangan. Bahkan ianya tidak mustahil akan mendapat sambutan dengan menjadikan Masjid sebagai sebuah unviversiti seperti yang diidamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, dimana Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Agama Hal Ehwal Islam amat megiimpikan agar masjid-masjid di Malaysia ini diwujudkan Perpustakaan, Pusat Jalur Lebar Internet, Pusat Rawatan Islam, Padang rekrasi dan sebagainya bagi menarik masyarakat untuk mengimarahkan dan menyintai masjid sekaligus bagi memupuk dalam diri remaja, belia agar tidak membuang masa dengan terlibat aktiviti-aktivi yang kurang sihat.

Untuk mencapai matlamat itu, maka pihak pengurusan masjid yang telah diberikan amanah untuk mengimarahkan masjid seharusnya mencari idea yang bernas bagi mengadakan berbagai program dengan memainkan peranan sebaiknya untuk memastikan penduduk setempat khususnya sentiasa mendekati masjid atau surau.

Baru-baru ini, Masjid Amaniah yang telah mendapat Anugerah Masjid paling aktif di DUN Batu Caves telah mengadakan Forum perdana yang terdiri daripada ahli panel Ustaz Dr Azhar Yakub, Ustaz Wan Sohor Bani Leman dan moderator Ustaz Saiful Hady yang merupakan Ketua PEmuda PAS Cawangan tmn Selayang DUN Batu Caves.

Tajuk yang diberikan oleh pihak penganjur adalah “Esok lebih Baik daripada Hari ini”. Antara intipati pengisian yang diberikan memberi kesedaran kepada semua yang hadir sentiasa memperbaiki diri, iman, amal dan ibadah. Sebagai orang mukmin yang bertaqwa kepada ALLAH swt sentiasa mencuba buat yang terbaik agar amal ibadahnya sentiasa diterima disisi ALLAH swt”.

“Disamping itu juga mengajak agar umat islam sentiasa menjadi hamba yang bersyukur diatas nikmat yang diberikan seperti nikmat rezeki, nikmat kesihatan, keluarga, nikmat iman, nikmat cahaya hidayah dan ketenangan yang telah ALLAH berikan kepadanya.

Bukan semudah itu untuk memperolehi nikmat tersebut melainkan individu itu sendiri berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi terbaik dan sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH agar kehidupannya diberkati dunia akhirat”.

“Jika individu tersebut telah melakukan kesilapan, seperti mencuri, penagih dadah terlibat dengan dosa dan maksiat maka mereka tidak seharusnya terus menerus meletakkan kesilapan dalam diri mereka tetapi nekad dalam hati untuk berubah dan berjanji akan melakukan yang terbaik dan tidak mengulanginya. Sesungguhnya ALLAH swt maha pengasih lagi maha penyayang. Begitu juga bagi pelajar-pelajar yang telah terkandas dalam pelajaran kerana kelekaan mereka dalam menjalankan tanggungjawab sepenuhnya ketika mereka bergelar pelajar. Perubahan dalam diri perlu ada. Jika hari ini mereka telah memulakan langkah yang tidak baik maka seharusnya nekad untuk berubah untuk menjadi pelajar yang lebih baik, bertanggungjawab, rajin dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pelajarannya untuk hari esok yang akan menentukan masa depan mereka.

Masyarakat luar juga tidak seharusnya memberi hukuman terus menerus terhadap individu tersebut. Peluang seharus diberi kepada mereka untuk perbaiki diri agar menjadi mukmin yang terbaik di pandangan ALLAH swt dan masyarakat. Sentiasa memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna”. Antara pengisian yang telah disampaikan oleh ahli panel dalam forum yang diadakan kelmarin.

Majlis forum tersebut juga diadakan Perlantikan Watikah AJK Pemuafakatan Masjid yang berfungsi untuk memastikan masjid-masjid sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu, menjaga keharmonian masjid dan sebagainya.

Selain daripada itu, bagi menyerikan majlis ini pihak masjid juga telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Ujian Penilaian Sijil Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelejaran Malaysia (SPM) sesi 2010. Seramai 4 pelajar daripada UPSR, 3 Pelajar daripada PMR dan 5 pelajar daripada SPM telah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai. Majlis anugerah tersebut telah disampaikan oleh Nazir Masjid Tmn Amaniah Ustaz Rizal Mokhter. Turut hadir bersama Penghulu Mukim Batu Caves.

Dalam ucapan sulongnya, ustaz Rizal telah mengucapkan “tahniah kepada semua pelajar yang telah mengaharumkan nama sekolah dan keluarga. Namunpun begitu usaha ini perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bagi yang mengalami kegagalan atau tidak memperolehi keputusan yang cemerlang diharap agar teruskan usaha untuk memperolehi keputusan yang lebih baik”.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sesi 2011. Tuisyen PTRS ini bukan sahaja untuk mereka menduduki peperiksaan SPM tetapi ada juga di beberapa kawasan mengadakan tuisyen PTRS untuk UPSR, PMR. Ianya bergantung kepada kawasan tersebut dengan permintaan rakyat dan pelajar disitu. Setiap kawasan diberikan 100 orang untuk mengikuti tusiyen PTRS dengan percuma.

“Beliau juga telah mengingatkan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi kejayaan dalam peperiksaan SPM, sekiranya mendapat tawaran kemasukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), maka Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan memberi bantuan sebanyak RM 1000 bagi ibubapa pelajar yang pendapatannya kurang daripada RM1500 kebawah, OKU atau fakir miskin. Mereka perlu membawa surat tawaran sambung belajar ke IPT. Borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berhampiran atau di Pejabat Penghulu, atau ketua-ketua kg”.

“Semoga bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PR untuk membantu rakyat Selangor bagi memastikan anak-anak mereka mendapat bantuan pendidikan yang sempurna akan meringankan beban ahli keluarga pelajar”, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI