Tuesday, March 16, 2010

Tarik rayuan kerana tidak yakin sistem kehakiman- Anwar

KUALA LUMPUR - Tidak yakin dengan kebebasan institusi kehakiman negara mendorong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya sebelum ini supaya menghalang Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah dari mendengar perbicaraan kes liwat yang membabitkannya.

Menurut beliau, sekiranya rayuan mengetepikan Mohd Zabidin diterima sekalipun, beliau seolah-olah menganggap perbicaraan di Malaysia tidak dilaksanakan secara bebas dan adil.

“Penarikan ini jelas, (sekiranya) menukar seorang Hakim, tidak akan menukar sistem kehakiman di Malaysia,” kata beliau di lobi parlimen tengah hari tadi.

Penarikan itu sekaligus membatalkan pendengaran rayuan yang sepatutnya dilakukan pada Jumaat ini.

Turut serta pada sidang media itu peguamnya, Karpal Singh.

Pada 19 Februari Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya.

Mohamad Zabidin berkata tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.

Pada 8 Februari Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.


Pelaburan asing: Malaysia masih terkebelakang

Pelaburan asing: Malaysia masih terkebelakang

Sivakumar Sebagai Speaker Elak Kecelaruan

KUALA LUMPUR 16 MAC: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak menyeru Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir supaya menghormati permintaan rakyat yang mahukan V Sivakumar mempengerusikan sidang DUN, akhir Mac ini.Persetujuan Zambry itu dianggap penting bagi mengelak sebarang kecelaruan berhubung status Speaker DUN yang masih belum diputuskan mahkamah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Setiawan, Ngeh Koo Ham berkata demikian demikian pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi, diiringi beberapa ADUN Pakatan Rakyat Perak.

“Saya minta Zambry hormatlah permintaan rakyat. Biarkah Sivakumar mempengerusikan DUN akan datang.Jika Datuk Ganesan jadi Speaker, ia mengundang kontroversi,” katanya.
Koo Ham berkata, seramai 27 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pakatan Rakyat sedia melaksanakan tanggungjawab dengan menyerahkan soalan kepada Setiausaha DUN Perak yang dijangka bermula akhir Mac ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat Perak senantiasa bersikap profesional meskipun kerajaan Perak dirampas kerajaan UMNO-Barisan Nasional dengan cara yang tidak demokratik.
“Kita sudah menyerahkan soalan bertulis semalam untuk dijawab wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya yang mengingatkan Zambry betapa rakyat masih marah dengan insiden rampasan kuasa itu.

Koo Ham berkata, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terus menjadi kunci dan nadi kekuatan kepada gagasan itu untuk terus menunaikan tanggungjawab.

Dewan Rakyat Tolak Usul Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 16 MAC - Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi menangguh sidang Parlimen kali ini untuk membahas atau memanjangkan isu royalti minyak Kelantan dengan alasan ia bukan perkara yang perlu disegerakan.

Salahuddin berkata, usul itu dihantar pada 10 Mac lalu selepas penemuan dua dokumen penting yang membuktikan jawapan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Parlimen lepas merupakan jawapan yang sama sekali tidak menepati perjanjian digariskan oleh Petronas.

“Saya telah mendapat beberapa penemuan baru selepas parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas. Dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan yang awal oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika,”katanya.



Dua dokumen yang diperoleh oleh Salahuddin itu membuktikan bahawa Terengganu telah menerima bayaran wang royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian di antara Petronas dan kerajaan Terengganu.

“Yang pertama ialah surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu yang dihantar oleh Petronas pada 16 September 1978, kalau isu tiga batu nautika itu dipersoalkan, memang telaga-telaga minyak di Terengganu itu berada di luar, melebihi tiga batu nautika dan surat ini Petronas kepada pegawai kewangan yang menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum 1979 yang berjumlah RM 3.2 juta. Ini disebut sebagai bayaran royalty,”katanya.

Malah penjanjian di antara Petronas dan kerajaan Kelantan yang ditanda tangani oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohd Nasir pada 19 Mei 1975 membuktikan tidak wujud syarat tiga batu nautika dalam hak untuk mendapatkan wang royalti minyak.

“Ini telah menunjukkan bahawa tidak timbul langsung isu tiga batu nautika, onshore atau offshore, yang penting selagi mana ia diletakkan di perairan negeri tersebut maka Petronas perlu membayar royalti 5 peratus, jadi, dua dokumen yang saya kemukan ini merupakan hujah yang cukup kuat untuk kita menafikan langsung tentang isu tiga batu nautika dan isu wang ihsan sepertimana yang diberikan oleh jawapan oleh PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi yang lepas,”katanya.

Malaysia Kini, Sinar Harian Lawat TV Selangor

SHAH ALAM 16 MAC: TV Selangor, sebuah web tv tempatan yang kian meningkat naik, hari ini menerima kunjungan dari wakil media dari Malaysia Kini dan akhbar Sinar Harian.

Mereka didedahkan mengenai visi dan misi TV Selangor serta peranannya sebagai web tv yang kini menjadi pilihan orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang telus dan benar.

Mereka diberi penerangan selama sejam, selain melawat ke studio utama bilik berita dan menyaksikan rakaman siaran langsung berita Detik 12 dan rakaman segmen Apa Khabar Selangor tengah hari tadi.

Siaran TVSelangor menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, mengandungi rancangan seperti talkshow, short drama, ceramah agama, kartun animasi, berita dan sebagainya.

TVSelangor bersiaran 24 jam sehari dan kini mencatatkan 10.5 juta pembaca setakat Februari lalu.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI