Monday, March 16, 2015

Mungkin Di Tahan 7 Hari "Nurul Izzah"



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mungkin ditahan sehingga tujuh hari di lokap. Presiden PKR itu mendakwa penahanan Nurul Izzah hanyalah suatu bentuk intimidasi kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini. nurul wan azizah300“Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti selaku ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan ini amat berunsur politik dan Nurul Izzah hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen. Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang turut kesal dengan penahanan reman anaknya.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan solidariti untuk Izzah serta rakan-rakan pejuang lain seperti Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini,” katanya.


 Sebelum itu, Izzah telah diminta hadir ke IPD Dang Wangi susulan perhimpunan #kitalawan yang diadakan setiap minggu. Nurul Izzah juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai ucapannya yang dikatakan berunsur hasutan Sementara itu anak lelaki dan perempuan Nurul Izzah tidak dapat menyembunyikan kesedihan di wajah mereka. Raja Safiyah Raja Ahmad Shahrir, 7 dan Raja Haris Raja Ahmad Shahrir, 6 kelihatan bergenang air mata sewaktu berjalan keluar dari IPD Dang Wangi.
Nurul Izzah dibawa keluar dari IPD Dang Wangi pada pukul 6.45 petang dan terus dibawa ke lokap Jinjang dengan menaiki kereta Estima berwarna gelap.

Adik Nurul Izzah, Nurul Nuha sewaktu ditemui pemberita memberitahu bahawa beliau sangat marah dengan tindakan pihak polis yang menahan kakaknya dengan menggunakan Akta Hasutan. “Pihak polis telah menggunakan akta kuno (Akta Hasutan 1948) untuk menjadikan Izzah sebagai mangsa dan disabitkan dengan pendakwaan terpilih. “Penahanan ini amat berunsur politik dan dia (Izzah) hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen,” katanya. Manakala, bekas suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir dalam status Facebooknya meminta supaya rakan-rakan mendoakan Izzah dalam keadaan selamat. “Minta rakan-rakan semua doakan Izzah dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam status Facebook.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI