Monday, July 2, 2012

Rindukan Suara Yang Berjasa, Youtube GRU SMVPR











Alhamdulilah dapat juga siapkan rakaman youtube, mencari2 masa segala di mudahkan walaupu bersengkak mata, ana persembahkan untuk semua akhwat SMVPR.


Koleksi foto lain

Cenderahati, Disini Mengamit Kenangan Indah, SMVPR Reunion 1970-2011.

Bertemu Tidak Jemu, Berpisah Tidak Gelisah, Adik2 Dorm ana.. control senyum.



Kurus badan den macam ni, lama tak naik bukit..haha.. fazli dah tercungap2 :)


Nak Kemana le dua beradik ni..


Upacara Potong Kek, semua mantan guru SMVPR
 

Makan Malam, tak dapat makan pun takpe janji dapat berborak dengan teman2.. :)


Mengamit kenangan pelajar batch 80-an

 
Kau Sahabat, Kau Teman  


Ayahanda dikasihi, tidak akan dapat ditukar Ganti. Ustaz Yusof (Setulus doaku buat semua mantan pelajar dan guru2)

Cikgu Amin, orang yang banyak bantu ana, kalau dulu susah nak dapat telefon, dialah yg bantu. Tq Cikgu
Best dapat naik kuda :)
 
 
 
  
 Sibuk betul tok2 kita jadi DJ malam tu      

 



 

iTR1M tiru Program Tuisyen Rakyat Selangor


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang cuba meniru Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Beliau berkata, tindakan kerajaan pusat mengadakan Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.

Menurutnya program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah berjalan semenjak 2009 dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Tambahnya, tindakan Umno BN itu jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri mendapat sambutan positif daripada rakyat Selangor.

“Mengapa PM pilih Selangor sedangkan beliau mengetahui kerajaan negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini?” soalnya.

Sepatutnya, kata beliau Najib boleh menyalurkan kepada negeri-negeri lain terutama negeri yang memiliki paras kemiskinan yang tinggi yang belum ada program seumpama itu.

“Tindakan kerajaan pusat yang hanya menyalurkan program itu ke Selangor menggambarkan niat sebenar BN yang tidak ikhlas, iaitu untuk merampas Selangor kembali dalam pilihan raya umum,” ujarnya.

Beliau kata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) di Shah Alam Convention Centre, hari ini, di sini.

Kerajaan negeri memberi peluang  kepada  pelajar daripada keluarga miskin yang prestasi akademiknya sederhana menghadiri kelas tambahan PTRS yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Setakat ini PTRS telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar di Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI