Friday, January 29, 2010

sucikanlah niat di hati sehingga nyata benarnya janji Rabbi”.

Saya rasa seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia sudah maklum akan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS berhubung kedudukan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dr Hasan didapati bersalah di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS iaitu kerana mengkritik prosedur tatacara pendengaran SELCAT dan perlantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi. Kerana itu beliau dijatuhkan hukuman “amaran bertulis”.

Ramai yang bersyukur berikutan selesainya episod yang mencabar ini. Sebagaimana ditegaskan oleh Dr Hasan beliau menerima keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ini dengan hati yang terbuka dan menganggap episod ini sebagai suatu proses pendidikan beliau dalam parti.

Saya yakin Dr Hasan tidak akan merayu hukuman ini.

Yang penting sekarang adalah untuk melaksanakan amanah selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden. Tugas sebagai EXCO kerajaan negeri dan ADUN perlu dijalankan dengan sebaiknya memenuhi aspirasi dan perjuangan parti serta amanah yang diberikan oleh rakyat.

Banyak lagi kerja yang perlu kita laksanakan di Selangor bagi memastikan PAS terus perkasa dan Pakatan Rakyat terus teguh sebagai pilihan rakyat. PAS insyallah akan bekerja dalam satu saf memastikan kesemua kerusi yang ia menangi di Selangor pada PRU lalu dapat dipertahankan selain berusaha menawan baki kerusi yang dimenangi Umno.

Amanah yang diberikan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden kepada PAS negeri perlu terus menjadi obor perjuangan. Lima tunggak yang beliau tegaskan semasa bertemu pimpinan dan jentera PAS Selangor baru-baru ini adalah:

PERTAMA: Pelihara hubungan dengan Allah swt yang mengurniakan kemenangan
KEDUA: Hubungan dan ikatan dengan parti mesti sentiasakukuh dan kemas
KETIGA: Hubungan dengan rakyat jelata mestilah baik
KEEMPAT: Hubungan dengan Raja mesti dipelihara
KELIMA: Hubungan dengan pegawai dan kakitangan kerajaan perlu sentiasa baik
Dalam buku “Manhaj Daurah Tadribiyah” yang merupakan salah sebuah kitab panduan usrah buat ahli-ahli PAS disebutkan berhubung persiapan wajib bagi para da’i. Antaranya :

"Akhlak perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dank eras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah saw.

Setiap da’i mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain. "

Ayuh kita pacukan jentera perjuangan: “sucikanlah niat di hati sehingga nyata benarnya janji Rabbi”.


Pilihan raya kampus, bayangan pilihan raya umum

Pilihanraya kampus yang sedang hangat sekarang dicemari dengan pelbagai insiden yang cukup memalukan. Belum pernah dalah sejarah, golongan terpelajar ini bangun menyatakan hak mereka secara beramai-ramai apabila demokrasi kampus cuba dicabuli dan dikhianati.

Kemenangan beberapa calon Pro Mahasiswa di UPM dibatalkan kerana didakwa berkempen dalam Facebook. Kemenangan Pro Aspirasi di UM dan UKM dibantah secara besar-besaran kerana dakwaan penyelewengan yang berlaku. Di UM bantahan secara luar biasa pelajar memaksa pihak Universiti menangguhkan keputusan yang diumumkan sebelum ini.

Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Khaled Nordin bahawa pelajar yang membantah pilihanraya kampus sebagai tidak matang sebenarnya kena pada batang hidung beliau sendiri.Bercakap dan mengeluarkan kenyataan tanpa berdasarkan fakta dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan dilakukan oleh pelajar.Adakah menteri ini fikir mereka yang membantah ini budak tadika atau pra sekolah? Mereka adalah golongan yang cukup cemerlang dalam pendidikan lebih-lebih lagi kejayaan mereka memasuki antara IPT yang terelit di negara ini.

Khalid Nordin mungkin cukup tertekan dengan apa yang berlaku di kampus sekarang kerana sudah pasti beliau akan terpaksa menjawab kepada orang atas kenapa berlaku kegawatan yang mencemar imej negara yang sebelum sudah cukup banyak dipalit aib.

Dalam hal ini saya memuji naib cancelor UM yang bersedia berunding dan mendengar serta akan menyiasat semua dakwaan yang dilakukan oleh pelajar.

Sebagai bekas pimpinan pelajar di IPTA di negara ini, diskiriminasi, penyelewengan dan manipulasi serta ugutan kepada pelajar yang tidak pro HEP (Umno-BN) bukan perkara baru.Pelbagai peraturan pelik akan dibuat untuk memastikan gelombang pelajar yang menyokong suara mahasiswa yang menjadi cerminan suara rakyat tidak berlaku di kampus.Pelajar akan diugut dengan pelbagai taktik seperti disingkirkan dari kolej kediaman dan dikenakan tindakan tidak masuk akal. Bagi kami bekas pelajar yang pernah memperjuangkan suara mahasiswa di kampus kalah menang adalah perkara biasa. Kami boleh menerima dengan terbuka apa juga keputusan jika proses pilihanraya dilaksanakan secara adil dan telus.

Apa yang berlaku dalam pilihanraya kampus sekarang memberi isyarat kepada Pakatan Rakyat untuk bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai taktik dan strategi yang lebih kotor yang bakal dilakukan untuk pihak Umno-BN dalam pilihanraya umum akan datang.Maka dalam hal ini pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di semua peringkat perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Isu remeh temeh, perselisihan pendapat dan kenyataan yang memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat perlu dielakkan.Agenda rakyat dan nasional perlu diberi keutamaan. Ini kerana penyertaan dalam pilihanraya akan datang adalah sebagai 'kerajaan dalam penantian' dan bukan lagi sebagai pembangkang.

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran



















Royalti- Tembelang Najib Pecah


Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.




YA-ALLAH DENGARKANLAH RINTIHAN HAMBA2MU DALAM MUNAJATNYA PDMU..MAKBULKANLAH DOA2 KAMI SEMUA..TUNJUKKANLAH KEBENARAN INI KEPADA RAKYAT SELURUHNYA TERHADAP KEZALIMAN YG DILAKUKAN OLEH PIHAK UMNO..HANCUR LEBURKANLAH JENTERA2 MEREKA... AMIIN YA RAB...

TAKBIR...ALLAHUAKHBAR... HANCUR UMNO!!!!!

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI