Saturday, June 1, 2013

Bekas Pengerusi GERAK Mohon Maaf Kepada Khalid Ibrahim - BULETIN 13

8 Sebab PAS Kalah PRU13_Mat Sabu


KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Jadilah Wakil Rakyat Mendampingi Rakyat Setiap Waktu. Terima Kasih YB

Batu Caves : Alhamdulilah hari hari ini dapat mengadakan doa Tahlil arwah abah yang telah meninggalkan kami 6 tahun lalu. 

Terima kasih tidak terhingga buat YB Amiruddin Shari ADUN Batu Caves, P.A Yb En Shaharuddin, En Zuhudi, Aminuddin Samat, Syed Nawawi, Akhir Wan Zahazan, Semua pimpinan PAS Taman Selayang dan AJK Surau yang sudi meluangkan masa untuk hadir majlis yang serba ringkas. 

Majlis Tahlil ini juga di sertakan dengan Majlis ketibaan Ramadhan yang semakin hampir. 

Doa kami panjatkan  untuk insan-insan tersayang Ayahanda Yusof Salleh, Atuk Kanu Soput. Wan Selamah Ismail, Atuk Md Shariff, Guru yang di kasihi Ustazah Hindon Yusof Sahabat-sahabat seperjuangan yang telah bertemu Allah SWT Nik Roshdiah Nik Ahmad, Ismail Pilus, Isah Kadir, Idayu Ismail, Salleh Osman, Nora  Al-Fatiha buat kalian.

Moga mendapat pandangan yang mulia di sisi Allah SWT.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI