Tuesday, January 3, 2012

Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar


KUALA LUMPUR, 4 Jan: NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya.

Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.

Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih.

Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium.

Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

Note : jangan takut dengan torak UMNO, yang hanya menakutkan rakyat. rakyat berhak berhimpun sokong kebebasan Anwar. Jom Sertai kami.


Pengakuan Tengku Razali Hamzah


Moga malaikan mengamin kata-kata KULI. Jadi takde maknanya mereka yang ada akal masuk UMNO-BN yang semakin karam.

Apa dah jadi dengan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik..??


Apa dah jadi dengan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik..??

Tak sampai seminggu telah kecundang...
kena ugut kerr..??

Hahaha....!!

Hari ini Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. bagi aku ini satu langkah bijak olehnya..

Takkan korang dah lupa kot.. baru-baru ni dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, kan si Adflin Shauki ni dah mengutuk Rosmah Mansor habis-habisan..

Jadi untuk menyelamatkan periuk nasi jalan terbaik baginya ialah dengan menyertai UMNO.. takkanlah Rosmah nak marah dan sekat Ahli UMNO dari mencari makan kot…(Takpe.. nanti PRU13 jangan lupa pangkah Bulan)..

Kami sangkakan mereka berdua ini berani seperti Allayarham P.Ramlee yang berani mempertikaikan sistem feudal ( raja melayu ) dan para pemimpin melayu dalam setiap lakonan dan arahan Filim..!!!

Keberanian P.Ramlee dalam Filem Musang Berjanggut yang menghina Sultan Alam Shah Bana ( Kepala Bana @ Kepala But*h ) yang sanggup menjadi kuda tunggangan wanita - Puspa wangi.

Juga mempertikaikan Datok Nikah Kawin yg menyatakan masuk ke rumah wanita yg telah bersuami di malam hari tanpa izin si suami hukumnya adalah Haram dan berdosa... " tetapi hukum itu saya yang bikin bila2 masa boleh padem.."

Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok P.Ramlee menghina UMNO dgn Dialog " Alim Mim Nun Wau -Sarkis "

Juga dalam filem tersebut terdapat Dialog ketika 3 org bujang lapok membaca surat
" Maka Sang kancil pun Datang beramai-ramai mengadap Sultan Firaun "

Dialog ni di tujukan tepat ke batang hidung sultan2 melayu dgn menyamakan sultan sebagai Firuan..

Banyak lagi kritikan2 tajam yg P.Ramlee lemparkan kepada raja2 melayu, para pemimpin UMNO dan masyarakat melayu seluruhnya kalau kita amat-amati filem2 beliau..


Buat renungan Afdlin dan Harun salim bacik

Kalau P.Ramlee dulu siap diharamkan oleh sultan Perak memasuki Negeri Perak tapi beliau ok jerr tak de pun mengelabah...

P.Ramlee sendiri menyatakan " Kalau dia tak bagi kita masuk negeri dia, kita tak boleh ikut darat kita ikut udara lah..tak tahulah pulak kita kalau dia ada negeri kat atas angin" lepas tu P.Ramlee gelak sakan besama2 kawan dia di kedai kopi jalan ampas - Sila Rujuk buku " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan Karangkraf cetakan pertama tahun 1984

Justeru itu P.Ramlee dipanggil Seniman Ulung.. Seniman yg memperjuangkan Rakyat Marhaen.. Dan Seniman yg dekat di hati Rakyat Jelata.. P.Ramlee Mati tidak meninggalkan harta yg bertimbun2 buat Keluarganya sebagai mana Para Sultan dan Pemimpin2 UMNO.. Tapi P.Ramlee Mati meninggalkan Khazanah seninya buat iktibar anak2 bangsanya yg mahu berfikir..

Memang P.Ramlee tiada taranya dalam mendidik anak bangsa melalui lagu dan filem2 beliau.. Al-Fatihah buat Allayarham.

260 Pelajar terima bantuan persekolahan



Batu Caves : Tidak sabar untuk melangkah ke sekolah, begitulah gelagat anak-anak yang hadir dalam program “Back To school” apabila dibawa oleh ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak membeli kelengkapan sekolah di pasaraya Karnival dan Pasaraya Giant, Hulu Kelang.

Apabila kita melihat anak-anak memilih pakaian, kasut, beg sekolah dan peralatan tulis kadangkala membuatkan hati kita tercuit dan melucukan.Mereka begitu "excited" untuk ke sekolah.

Telatah mereka mengingatkan kembali alam persekolahan kita ketika dahulu di mana ibubapa begitu sukar untuk menjelaskan yuran sekolah, membeli beg, baju, pakaian dan kasut baru untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi jika sebuah keluarga itu mempunyai bilangan anak yang ramai. Tekanan ekonomi pasti akan dirasai, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu caves, Amiruddin Shaari dalam program “Back To Scholl” yang diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves.

Tetapi peredaran zaman dan pemeritahan, telah banyak berubah. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor banyak membantu meringan bebanan rakyat.

Menurut Amir, bantuan ini merupakan tahun keempat sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Setiap tahun semua kawasan di setiap DUN negeri selangor akan menghulurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira kulit dan parti.

Wakil rakyat di setiap kawasan akan menyampaikan beg sekolah, kasut dan buku latihan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor untuk anak-anak mereka.

Tahun ini, DUN Batu caves dengan rela hati untuk memberi bantuan pendidikan dengan mendapat kerjasama AhlI Parlimen Gombak, Azmin Ali, kata Amir.

Beliau yang merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan berkata lagi, tahun ini kita sampaikan bantuan sebanyak dua kali kepada Dua ratus enam puluh orang pelajar. Pada fasa pertama seramai seratus pelajar menerima bantuan yang diadakan di PKM Bt Caves , Fasa kedua seramai seratus lima puluh pelajar yang diadakan di Dataran Majlis Perbadaran selayang (MPS), dan sepuluh orang pelajar daripada DUN Bukit Antarabangsa yang disampaikan oleh PEKAWANIS.

Kategori bagi melayakkan mereka menerima bantuan adalah pendapatan ibubapa penjaga RM1500 kebawah, fakir miskin dan mempunyai bilangan anak yang ramai, katanya.

Jelasnya lagi, semua pelajar yang menerima bantuan ini akan di beri Baucar bernilai RM250 dan di bawa ke Pasar Raya Karnival bagi memberi peluang kepada mereka untuk memilih barang keperluan sekolah yang disukai.

Selalunya apa yang terjadi, ibubapa sering memilih barangan tanpa citarasa anak-anak mereka sehingga ada anak-anak tidak puas hati dengan barangan yang dipilih oleh ibubapa mereka. Tetapi program yang diadakan ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk membuat pilihan yang mereka suka.

Ujarnya, tujuan bantuan sekolah diberikan kepada rakyat DUN Batu Caves adalah bagi membantu ibubapa pelajar membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka untuk kali terakhir sebelum sesi persekolahan sesi 2012 bermula, kata Amir.

Sementara itu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak pula berkata, kita juga memberi peluang kepada PEKAWANIS yang terdiri daripada isteri-isteri ADUN menyampaikan bantuan persekolahan untuk menjayakan progam ini.

Baru-baru ini PEKAWANIS yang terdiri daripada isteri-isteri ADUN telah menyampaikan bantuan sumbangan kepada sepuluh orang pelajar yang berkelayakan dengan membawa mereka membeli belah,katanya.

Hadir bersama Shamshida Taharin, isteri Azmin Ali, Masdiana Muhamad isteri Amiruddin Shaari, ADUN Batu Caves.


Editor : Khaulah Azwar

Makin kuat ditekan, makin ramai mahasiswa bangkit


KUALA LUMPUR, 4 Jan: “Semakin kuat mahasiswa ditekan, semakin ramai akan bangkit dan semakin ramai ikon perjuangan mereka mampu dilahirkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Justeru, katanya Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli kini telah menjadi sebutan rakyat dan menjadi idola mahasiswa bagi memperjuangkan keadilan.

Menurutnya, mereka adalah ikon rakyat yang cintakan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan.

Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah di atas keberanian mahasiswa menyatakan kebenaran dengan mengadakan himpunan aman bagi membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) sehingga menyebabkan 2 orang pelajar mengalami cedera parah semasa himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru 2012 lalu.

“DPPM menganggap perkembangan ini yang bermula dengan insiden menurunkan bendera oleh seorang mahasiswa, Adam Adli sehingga ke tragedi di UPSI malam tahun baru 2012 menunjukkan proses kematangan dan kedewasaan mahasiswa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa kini sudah mampu memposisikan diri mereka sebagai golongan yang bersuara mewakili segmen masyarakat yang inginkan keadilan, dan kebebasan.

Tambahnya, mahasiswa telah keluar dari kepompong ketakutan yang selama ini membelenggu mereka sehingga berani bersuara mendesak agar Auku dimansuhkan segera.

“Gerakan mahasiswa seharusnya mampu mencorakkan masyarakat menjadi golongan yang peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat akan cepat sedar terhadap kebobrokan yang berlaku melalui sesuatu isu dan rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah. Idealisme dan suara mahasiswa tidak perlu disekat seperti dahulu, ujarnya.

“Sudah berpuluh tahun mahasiswa di halang dari berfikir secara matang ke atas sesuatu isu yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu dipandu supaya haluan mereka mengikut lunas kemanusiaan dan menurut syariat Islam serta norma budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Menrutnya, mereka wajar didorang agar bertindak positif demi memastikan negara berada pada landasannya yang sebenar.

Justeru, tegasnya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa tindakan zalim dan keras ke atas mahasiswa tidak sesekali mematikan api perjuangan mereka, malah akan memarakkan lagi arus perjuangan.

Tambahnya, tragedi pembantaian mahasiswa di depan UPSI tempoh hari tidak menggentarkan mereka, sebaliknya mereka bingkas untuk mengadakan banyak lagi siri himpunan aman membantah Auku.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI