Wednesday, July 20, 2011

Hari Bakat PASTI Gombak 2011 meriah


Gombak : Ibubapa/pebjaga bagaikan tidak percaya apabila melihat anak-anak mereka yang menerima pendidikan di institusi PASTI telah menyerlahkan bakat mereka dalam Majlis Hari Bakat PASTI Gombak baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diadakan di Kolej Universiti Prof. Dr Zulkifli Mohamed (KUIZM), Tmn Melewar.

Hal ini dapat dibuktikan apabila melihat keceriaan yang terukir di wajah ibubapa/penjaga yang hadir dalam Majlis Ihtifal PASTI apabila melihat persembahan anak-anak mereka yang mencuit hati dan membawa pulang hadiah – hadiah yang menarik sebagai satu penghargaan dan dorongan kepada semua pelajar.

2011 adalah sejarah manis buat warga PASTI Ar-Rahman apabila mereka telah memecah rekod dengan memperolehi markah sebanyak 86 % dan telah dinobatkan sebagai juara nasyid Hari Bakat PASTI Gombak. Sebanyak 15 buah PASTI telah menyertai acara yang dipertandingkan antaranya nasyid berkumpulan , pidato, sajak, bercerita, hafazan dan azan serta pertandingan mewarna.

Syarhan Humaizi Abd Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak yang telah merasmikan Majlis Ihtifal PASTI kali ini melahirkan perasaan gembira dan terharunya apabila melihat Majlis Ihtifal kali diadakan begitu meriah di Dewan Dato’ Haji Fadhil Mohd Nor yang banyak mencatat sejarah.

Katanya, “Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar PASTI yang bertungkus lumus melatih dan membimbing anak-anak PASTI dengan memberi tarbiyah yang mantap”.

“Tarbiyah yang merangkumi dari sudut aspek rohani dan jasmaninya perlu dipupuk semenjak daripada kecil lagi jika tidak amatlah sukar untuk ibubapa/penjaga membentuk anak-anak mereka kearah menjadi mukmin yang diredhai Allah SWT”.

Fenomena hari ini amat membimbangkan kita apabila didapati ibubapa/penjaga yang begitu sibuk bekerja sehingga lalai untuk memberi pendidikan dan membentuk anak-anak mereka daripada kecil lagi. Ini akan menyebabkan anak-anak merasa sunyi dan tidak mustahil mereka lebih rapat dengan orang yang menjaganya lebih daripada ibubapanya.

Hal ini berlaku kepada anak-anak yang peringkat umur diantara seawal umur 4thn yag sudah tahu menilai kasih sayang ibubapa mereka. Apatah lagi bagi anak-anak yang mula dewasa apabila diri mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya maka jiwa mereka yang kosong sudah pasti mereka akan melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat. Maka untuk mengelak berlakunya perkara ini, seharusnya ibubapa/penjaga sudah memikirkan masa depan anak-anak mereka apabila mereka mencapai umur di perigkat seawal usia 4thn lagi, kemanakah anak-anak ini harus diberikan tarbiyah yang baik.

Beliau berkata lagi, “saya yakin ibubapa yang hadir hari ini pasti terkejut melihat persembahan anak-anak mereka yang tidak pernah dilakukan dirumah. Pada hari ini mereka telah membuktikan bakat mereka kepada ibubapa mereka dengan sebaiknya setelah guru-guru memberi bimbingan selama 2 minggu untuk mengasah semua bakat pelajar PASTI ”.

Mereka telah Berjaya membuktikan kepada kita semua, dimana apa yang kita semua lihat anak-anak seusia 5thn-6thn mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyampaikan persembahan mereka dengan cukup baik.

Saya juga percaya ibubapa yang hadir begitu tidak percaya apabila melihat anak-anak mereka mempunyai bakat yang terpendam mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh orang dewasa lebih-lebih lagi untuk berucap didepan khalayak ramai.

Tetapi apa yang berlaku pada mereka walaupun sudah habis masa mereka untuk persembahkan acara mereka, pelajar-pelajar ini masih ingin berdiri di pentas ini untuk melakukan persembahan mereka yang lebih baik.

Ini semua hasil didikan yang diberikan oleh guru-guru PASTI dalam mengasah bakat pelajar-pelajar pasti tanpa jemu, tahniah sekali lagi kami daripada peringkat pimpinan Pemuda PAS yang menerajui PASTI bagi memastikan PASTI berada di tempat yang pertama di hati ibubapa/penjaga.

Semoga tahun hadapan Ihtifal PASTI akan lebih bermakna.

Bagi PASTI yang terkandas dalam perjuangan ini, saya harap tidak cepat melatah dan akan sentiasa pertingkatkan usaha yang lebih cemerlang, katanya.

Antara acara lain diadakan telah dimenangi oleh mereka yang bertuah antaranya ialah:

Pertandingan Azan dimenangi oleh Adik Mohd Akmal B Ramidi (PASTI Al-furqan), Khutbah Adik Mohd Zaim Zaharuddin B. Ikram (PASTI Ehsan), Becerita bagi peserta lelaki dimenangi oleh Adik Hamka Ramadhan B. Hamidi (Pasti Ehsan 2), Bercerita bagi peserta perempuan dimenangi oleh adik Ainim Sofiyah Mohd Zaid (Pasti Al-Qamar).

Manakala Sajak Lelaki dimenangi oleh adik Mohd Rafiq B. Arif (Pasti Ehsan 1), Sajak Perempuan dimenangai oleh adik Nur Masya Jastina Mohd Yusri (Pasti Ehssan 1), Manakala bagi acara pidato telah dimenangi oleh Adik Amal Hakeemah Bt Zikri Fuad (Pasti Ehsan), Hafazan lelaki dimenangi adik Mohd Mumtaza Rifqi B. Mohd Arif (Pasti Al-Hikmah),dan;Hafazan Perempuan dimenangi oleh adik Syaima’ Ilyas, (Pasti Ilmi Permata).



Editor : khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI