Saturday, November 27, 2010

Master Plan GeMS untuk tangani masaalah gejala sosial


Bandar Baru Selayang - 5.3 Juta rakyat di seluruh m'sia kini hidup di belenggu dengan keadaan yang tidak berapa selamat kerana diancam dengan berbagai tekanan.

Rententan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menggadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) sebagai langkah permulaan.
Menurut Y.B Dr Halimah Ali. Exco Kerajaan Pendidik, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal, Insan Kerajaan Negeri Selangor dalam sesi dailog bersama Ketua-ketua Kg Daerah Gombak, PPD, Pej. Daerah Gombak (PDG), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan, Syabas, Lembaga Zakat Selangor (LSZ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), wakil -wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daerah Gombak, PeBT, dan D.O. " Program ini merupakan satu permulaan untuk dibentangkan kepada semua yang hadir bagi bersama menangani masaalah gejala sosial di negara ini".
Beliau telah meminta kepada semua yang hadir untuk menyediakan master plan (Plan Induk) dengan isi kandungan maklumat terperinci bagi mengenal pasti punca-punca berlakunya gejala sosial, tempat sarang maksiat, pembiakan sarang penagih dadah dan sebagainya dikalangan remaja sekolah dan beliawanis.

Segala maklumat ini harus diserahkan kepada Penghulu. Semua data tersebut kemudiannya akan diketengahkan kepada Pegawai Daerah yang dilantik sebagai pengerusi Program Jelajah Generasi Selangor (GeMS) dan seterusnya akan dibawa keperingkat negeri.
Semua data "master plan" diperingkat kawasan dan diperingkat (GeMS ) harus dihantar kepada saya pada 15hb Januari, 2011 dengan hasil kerja data yang tepat bukan sekadar cantik tetapi kita mahukan data yang terperinci dan sahih.

Semoga dengan pembentangan "master plan" daripada peringkat kawasan ini kita dapat tahu berapa banyak sarang maksiat, ponteng sekolah, penagih dadah, pembuangan bayi dan sebagainya telah berlaku. Dan Hasil tersebut kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan dapat membendung masaalah gejala sosial yang semakin menular.

Menurutnya "Kerajaan negeri begitu serius untuk menangani gejala sosial dengan mengadakan berbagai program dibeberapa kawasan selangor".
Diantaranya rakyat selangor telah mengikuti program seperti Kem motivasi pelajar, Program Tuisyen Rayat Selangor (PTRS) , Kelab GeMS IPT, Kem pemulihan akhlak dan pemantapan akidah, seminar keibubapaan, Kursus jati diri, Ceramah dan dailog mengikut kategori usia, Kem kepimpinan remaja dan belia, seminar keluarga, Kursus Literasi komputer, "grooming Image," kem bina Sahsiah.

Semua program tersebut diadakan untuk mendekati remaja dan beliawanis agar mereka tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.
(GeMS) yang diadakan pada hari ini adalah satu "wake up call". Bukan selepas ini tiada jenayah langsung ulasnya semasa dalam Majlis Dailog GeMS bersama semua yang hadir di Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) kelmarin ".

Selain ketua kg, Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial di bawah Jawatankuasa GeMS adalah terdiri daripada pelbagai agensi seperti polis, Pejabat pelajaran, Jabatan Imigresin , Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Selayang, Ahli -ahli Majlis perbandaran Selayang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nazir Masjid,pengerusi surau dan lain-lain.
Saya juga ingin menyeru agar rakyat dinegeri selangor memberi kerjasama dengan pihak bertanggungawab sekiranya terdapat aktiviti-aktivi tidak sihat wujud di kawasan sekolah dan awam. Peranan ini harus dimainkan semua pihak. Mereka harus membuat aduan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya agar masaalah ini dapat ditangani sebaiknya, katanya.

Terdahulu, Dr Halimah memaklumkan terdapat 200,000 peluang pekerjaan disediakan dalam program (GeMS) yang telah berlangsung dibeberapa daerah.
Kini seramai 5000 jawatan kosong sudah diisi. Ini adalah salah satu usaha murni kerajaan negeri selangor untuk membantu rakyat selangor yang tidak mempunyai pekerjaan.

Turut hadir Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zaharin Mohd Saad yang dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi GeMS Daerah Gombak dalan majlis itu.


Editor : khaulah Azwar




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI