Wednesday, February 9, 2011

Mama Jangan Menangis Kami Selamat


Hulu Klang - Kerisauan hati seorang ibu terpancar di wajahnya apabila mengenangkan anak diperantaun menimba ilmu di Mesir tanpa keluarga disisi.

Berbagai persoalan yang bermain difikiran. Bagaimanakah keselamatan dirinya hidup tanpa ahli keluarga disisi lebih-lebih lagi pergolakan krisis di Mesir telah membuat semua ibubapa penjaga menjadi tidak menentu.

Setitis demi setitis air matanya mengalir ketika bertemu Ummi Umairah Ismail dikediamannya di Hulu Klang pagi semalam.

Katanya,"Ketika saya menerima maklumat ini . Hati saya tersentap apabila menerima panggilan suami menyatakan berita kurang enak didengar. Mesir mengalami pergolakan yang teruk".

Saya ingatkan suami bergurau. Sehingga waktu petang bertubi-tubi terima SMS dari sahabat-sahabat yang menghantar anak mereka sambungkan pengajian di Mesir bersama anak saya. Sepanjang malam saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan mendoakan keselamatan anak dan semua pelajar disana selamat.

Saya cuba hubungi mereka tetapi tidak dapat kerana telah dimaklumkan talian telefon tidak dapat dihubungi begitu juga dengan sesawang internet telah diputuskan.

Alhamdulilah terubat juga kerisauan ini apabila 2 hari lagi nak mengundi di Labis, tiba-tiba panggilan daripada Mesir diterima. Anak saya Saidah menghubungi saya. Dengan nada yang sebak dia bertanya "mama menangis ke?" Jangan risau, insya-allah kami selamat walaupun berlakunya krisis disini. Kami baru sahaja selesai peperiksaan, doakan semoga kita dapat bertemu kembali. Dengan sedikit perkhabaran dihantar terubat juga kerisauan dihati, katanya.

Saidah merupakan pelajar perubatan tahun ke 2 yang telah selamat sampai ke Malaysia kelmarin melahirkan rasa kesyukurannya kerana dapat bertemu kembali bersama ibubapa dan ahli keluarganya.

Kepulangannya telah disambut oleh Ahli Keluarganya, Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar (ILMAM), Perwakilan Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan, Kedah, dan Negeri - Negeri Lain, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS).

Katanya, Inilah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Ketika berlakunya krisis ini saya sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Sehabis kami menghadapi peperiksaan tiba-tiba kami menerima maklumat dari Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta agar semua pelajar menjaga keselamatan diri kerana berlakunya rusuhan.

Kami diminta agar tidak keluar sesuka hati, meninjau apa yang berlaku diluar tingkap dan waktu malamnya kami tidak dibenarkan memasang lampu kerana dibimbangi peluru sesat akan terkena pada sesiapa sahaja. Hati saya kadang-kadang "excited" juga nak tahu, cuba juga intai curi-curi di jendela. Apabila lihat suasana diluar, tengok kereta kebal tentera banyak tersusun diluar setiap rumah pelajar.

Protes rakyat diluar begitu membakar semangat saya juga. Mengenangkan saya masih belajar lagi mungkin saya tidak mampu untuk melakukan seperti ini. Arahan perintah berkurung ini berlaku sehingga 2 minggu saya di Mesir sementara menanti giliran untuk balik ke Malaysia.

Semua arahan kami ikut, dalam tempoh 2 minggu itulah segala bekalan makanan telah kehabisan stok. Dikedai dan pasaraya juga bekalan makanan tidak mengcukupi. Berpusus-pusu orang ramai merebut bekalan makanan. Operasi perniagaan hanya dibuka 2 petang sahaja kerana mereka telah menerima maklumat rusuhan peperangan ini akan berleluasa di kawasan ini.

Berbagai perasaan yang menyelubungi diri saya dan teman-teman sekuliah. kami sentiasa membuat solat hajat bersama sahabat-sahabat agar penerbangan kami untuk pulang ke malaysia berjalan dengan lancar.

Pada mulanya saya dan sahabat-sahabat tiada perancangan untuk balik ke Malaysia memandangkan cuti semester hanya 2 minggu sahaja. Kami bercadang untuk menghabiskan masa untuk adakan kelas tambahan dan mengadakan program, tetapi semua tergendala.

Kami diminta mengemas barang secepatnya agar keluar daripada Mesir. Atas nasihat keluarga dan semua sahabat-sahabat di Malaysia maka saya kena akur. Barang-barang keperluan semuanya saya tinggalkan. Hanya sempat bawa 3 buah buku dan beberapa helai baju sahaja. Selainnya saya tinggalkan di rumah kediaman negeri. Harap semuanya selamat.

Menurutnya lagi, Seramai 1,700 pelajar telah selamat sampai ke Malaysia jam 10 pagi di KLIA walaupun terdapat penerbangan tergendala. Bagi saidah pengajaran yang boleh diambil iktibar "Sebagai pimpinan negara, mereka perlu menghormati suara rakyat".

Sudah tiba masanya pemerintahan Mesir sekarang mengubah organisasi mereka. Rakyat sudah tidak tahan dengan kezaliman dilakukan. Dengan berlakunya krisis di Mesir semoga semua negara ambil iktibar dengan baik begitu juga di Malaysia, katanya.

Saidah juga amat berharap agar Krisis ini akan pulih seperti sediakala dan tidak berlaku berpanjangan kerana beliau berhasrat ingin meneruskan pengajian disini sehingga habis, insya-allah.

Sementara itu, ibunya Ummi Umairah berpendapat, Krisis yang melanda di Mesir harus di ambil iktibar semua pucuk pimpinan negara terutamanya di negara Malaysia pada masa ini. Mungkin yang berlaku adalah petunjuk ALLAH swt pada kita semua sebagai satu peringatan. Sebagai pimpinan mereka seharusnya menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertimbangrasa, tidak melakukan kezaliman kepada rakyat.

Suara rakyat wajib kita dengar bukan hanya mementingkan kroni-kroni mereka sahaja. Mungkin di Malaysia belum berlaku rusuhan ini tapi kita kena ingat seperti dalam Surah yassin ALLLAH swt menyatakan "QUN FA YA KUN" apa yang terjadi akan tetap terjadi.. mungkin rakyat diamalaysia akan bangkit juga apabila terus dizalimi oleh pemerintahan Kerajaan Pusat UMNO-BN.

Ini berikutan dengan berbagai tragedis berlaku seperti kenaikan harga barang, rasuah berleluasan, benda yang dilarang oleh ALLAH swt dilakukannya dan berbagai lagi. Rakyat semakin bijak menilai walaupun UMNO-BN menang dalam beberapa pilihan raya kecil yang boleh dikatakan 1 permainan politik kotor. Mereka menang dalam kalah.

Dengan politik kotor inilah sebenarnya mereka memberi gambaran kepada rakyat. Betapa kejinya perbuatan mereka lakukan dalam semua gerakkerja Pilihanraya Kecil walaupun mereka menafikan PRK yang berlaku dengan jujur dan tulus.

Dengan sesama manusia mereka boleh berbuat sedemikian namun kita kena ingat ALLAH swt mengetahui segalanya walapun sekecil zarah. Saya yakin jika ALLAH swt telah takdirkan pasti akan berlaku juga, bukan saya seorang sahaja mendoakannya tetapi doa rakyat malaysia yang semakin teranayai. Jangan kita terlalu berbanggalah dengan kejayaan dilakukan dengan perbuatan keji kita, pasti balasannya akan berlaku juga satu hari nanti, mungkin tidak hari ini tetapi esok lusa siapa yang tahu, oleh itu berwaspadalah wahai pimpinan.

Ummi Umairah meletakkan harapan agar krisis ini tidak berpanjangan. Sekiranya berlaku saya dan keluarga bercadang untuk pindahkan anak saya menyambungkan pengajian di Malaysia kerana faktor keselamatan di sana amat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan Pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), DMPP, DMPNS, ILMAM dalam memberi bantuan kepada Pelajar-pelajar Mesir untuk pulang ke Malaysia", katanya di Media semalam.


Editor :khaulah azwar

Bantuan dana persekolahan oleh Kerajaan PR memberi nafas baru Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan Gomba


Tmn Samudra Gombak- Begitu pantas masa berlalu, kini tanpa disedari sudah menjangkau 20thn Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan telah ditubuhkan. Terdahulu sekolah ini terletak di Kawasan perumahan setinggan Kg Gombak Jaya, yang bentuk pembinaannya daripada papan. Pada tahun 1991 hanya seorang guru dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 15 orang .

Media difahamkan, pada permulaannya sekolah ini tidak mendapat sambutan penduduk sekeliling kerana kurangnya kepekaan penduduk tentang pendidikan agama kepada anak-anak daripada kecil lagi. Selain daripada itu ada yang meragui kedudukan sekolah ini dengan menyatakan sekolah tersebut tidak berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan sukatan pelajarannya tidak mengikut sistem JAIS. Provokasi murahan ini telah diomok-omokkan oleh UMNO-BN Kawasan Gombak.

Segala keraguan ini telah dijawab oleh pengetua sekolah tersebut iaitu Pn Siti Fatimah Boshir yang telah memegang jawatan tersebut selama 13thn semenjak 1998. Katanya, “untuk memberi keyakinan rakyat disini, kita telah buktikan kepada mereka bahawa sekolah tersebut telah didaftarkan bawah JAIS pada 1991 lagi dan sistem sukatan pelajaran disini juga mengikut JAIS”, katanya.

Menurutnya lagi “segala tomahan dan kritikan penduduk yang cuba menolak pendidikan Islam dan memansuhkan sekolah ini dihadapi dengan sabar. Saya yakin, kerja yang mulia ini akan mendapat pertolongan ALLAH swt”.

Lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Kerajaan UMNO-BN yang ketika itu juga cuba memansuhkan kapasita Sekolah Agama Rakyat (SAR). Pimpinan yang bertanggungjawab adalah Bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia (PM) Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang telah cuba untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama, memansuhkan tulisan jawi dan cuba menolak islam. Tindakan beliau telah menyentuh hati rakyat terutamanya umat ISLAM. Bermula disinilah rakyat bangkit dan menentang pentadbiran Dr M.

Rentetan daripada itulah, apabila berlakunya PRU ke 12, rakyat menolak pentadbiran Kerajaan UMNO-BN setelah berlakunya berbagai kezaliman kepada rakyat. Dengan pentadbiran Kerajaan PR maka semua sekolah –sekolah SRA di pelihara kembali. Dengan usaha yang penuh gigih dan istiqama maka sekolah ini telah semakin berkemajuan.

Fatimah berkata “kalau dahulu sekolah ini hanya dikelilingi pagar berjaring , menumpang ditanah perumahan setinggan, dan dibina dengan papan, kini kedudukannya semakin berkemajuan dan bilangan pelajar juga telah meningkat kepada 70 orang pelajar dengan mempunyai bilangan 3 buah kelas yang dibina dengan batu”.

Sekolah ini mempunyai 1 sesi bermula jam 2:00 sehingga 6ptg yang terdiri daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Menurutnya lagi, memang berbagai ujian perlu dilalui untuk buat kebaikan, tapi disetiap kepahitan yang dilalui inilah akhirnya kemanisannya kita dapat juga iaitu lahirnya generasi soleh wa muslih disini.

Terdahulu, Pernah juga kita utarakan kepada pihak pengurusan surau dan kerajaan UMNO-BN, untuk membangunkan sekolah agar dapat memberi bantuan namun ianya merupakan 1 kekecewaan apabila permohonan kami tidak diterima dan mendapat perhatian oleh mereka .

Namunpun begitu pada tahun 2009 dengan peralihan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kita cuba buat permohonan sekali lagi untuk membaiki sekolah dan melengkapkan keperluan peralatan sekolah disini.

Alhamdulilah dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan sekolah ini tanpa putus asa, surat permohonan dana sekolah kami akhirnya mendapat perhatian Kerajaan PR. Kami benar-benar rasa terharu apabila kerajaan PR telah memberikan dana untuk semua sekolah agama (SRA dan KAFA) pada Awal tahun 2010. Pihak Sekolah kami telah terima sebanyak RM30,000 mengikut permohonan yang dibuat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid dan Y.b Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan dihadiri oleh semua saf pimpinan PR.

Dengan menerima bantuan dana tersebut saya telah menaiktaraf sekolah. Kalau dahulu hanya mempunyai sebuah kelas papan , guna papan hijau, terdapat bumbung banyak yang hilang, Tiada kipas angin, kerusi meja yang tidak mengcukupi, patah dan sebagainya, kini dengan peruntukkan diberi kami telah bina 3 buah kelas yang dibina menggunakan Batu dan cukup selesa, semua perlatan telah ditukarkan kepada yang baru.

Dengan suasana yang baru inilah kini, pelajar –pelajar disekolah merasa gembira dan selesa untuk beri tumpuan pelajaran dalam kelas. Bukan setakat pelajar sahaja selesa malahan ibubapa disini semakin yakin dengan pengurusan sekolah ini. Selaku pengetua sekolah disini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan Kerajaan PR yang peka kepada masaalah rakyat, katanya.

Walaubagaimanapun beliau juga berhasrat untuk menambahkan kelas dengan mencari kawasan tanah yang lapang untuk membina sekolah baru memandangkan permohonan kemasukan pelajar baru semakin meningkat. Fatimah berkata “ramai ibu bapa merayu untuk menerima anak-anak mereka tetapi dengan keluasan tempat yang tidak mengizinkan maka kami terpaksa menolaknya. Insya-ALLAH saya akan usulkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Y.B Dr Halimah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya oleh mereka bagi melahirkan generasi alquran dan solih wa muslih.




Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI