Monday, April 5, 2010

SUKPA PASTI melahirkan generasi UMMAH yang cemerlang


Gombak - Sukan Tahunan PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak yang telah melibatkan 14 buah pasti dengan kehadiran seramai 816 orang pelajar.

Majlis tersebut telah disempurnakan bacaan Ikrar PASTI yang dibawa oleh Adik Muhammad Hafizuddin Suhaimi dan Bacaan Syahadah pula dibaca oleh Adik Mohd Thaqif Effendi telah disambut dengan begitu sayu kerana setiap bacaan anak-anak kecil ini terasa menyusuk jiwa pada hati-hati yang mendengarnya.

Sokongan padu diberikan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama malahan kehadiran ibubapa/penjaga untuk memberi sokongan kepada anak-anak amat membanggakan.

Majlis tersebut telah berlangsung di Padang Tmn Permata Hulu Klang baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh En. Khairul Fahmi Matsom selaku Setiausaha Dewan PAS Negeri Selangor.

Turut menghadirkan diri Dif-Dif terhormat daripada Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor , Tn Hj Abd Rahman Bin Limat Pengerusi PASTI Al-Badar .

Sebanyak 15 acara disediakan yang melibatkan pelajar 4thn-6thn yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Gombak.

Pengarah Program Habibuallah, berkata Sukan PASTI setiap tahun yang diadakan memang begitu meriah apabila kehadiran ibubapa / penjaga dan kehadiran rakyat daripada berbagai lapisan masyarakat untuk memberi sokongan dalam menjayakan sukan pasti.

“Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS” kata beliau.

Kemeriahan sukan pasti secara keseluruhan di kawasan gombak telah dijuarai oleh Pasukan PASTI Ibnusina Tmn Berjaya, Greenwood yang telah berturut-turut 2 thn menjadi juara dengan jumlah mata 37 markah.

Tempat ke 2 jatuh pada Pasukan PASTI Ehsan 35 markah dengan memenangi Kategori Johan perbarisan dan tempat ketiga Pasukan ILMI Permata sebanyak 31 markah.

Pihak pengurusan juga tidak ketinggalan menyediakan acara Sukan untuk Ibubapa/penajga yang hadir. Bagi Acara kaum Ibu iaitu cucuk benang dengan jarum, jahit butang, mengambil bola pingpong dengan menggunakan “chopstick” dan makan buah epal. Bagi acara bapa pula terdiri daripada acara tarik tali dan bola 7 tiang.

Terasa amat meriah sekali apabila Acara tersebut mendapat sorakan gimik-gimik daripada penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan dan ahli keluarga. Dengan adanya acara ini maka terjalin ukhwah antara satu sama lain, katanya.

Ukhti Khaulah, Mantan Pegawai Pentadbiran PASTI Pusat Seluruh M’sia berkata, semenjak saya berkhidmat di Pasti Pusat, didapati beberapa buah pasti telah diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini amat mendukacitakan pihak pengurusan kami.

Walaubagaimanapun semua dapat diatasi oleh Pengarah Pasti Negeri dan Pengarah Pasti Pusat dengan baik.

Amat malang bagi pihak yang mengaku Islam dan kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama cuba mengganggu institusi pendidikan Islam yang amat berjaya di seluruh negara iaitu PASTI.


“Kita hairan mengapa pihak-pihak terbabit cuba menganggu PASTI sedangkan PASTI terbukti menjadi sebuah institusi pra-sekolah terunggul di negara kita malah terbukti ianya bukan sahaja diterima oleh orang Islam tetapi orang bukan Islam juga turut sama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI”.

“Jika pihak terbabit tidak berpuashati dalam segala hal berkenaan PASTI sila tampil ke berjumpa kami Dewan Pemuda PAS dan Jabatan PASTI PUSAT, tetapi bukannya menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu sehingga menganggu pihak pengurusan PASTI untuk menguruskan PASTI.” kata beliau dengan nada kesal.

Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI PASTI Kawasan Gombak, Ustaz Hasbuallah Ridzuan menggesa pihak yang mengemukakan saman kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Melaka dan beberapa PASTI yang terlibat supaya menggugurkan semua saman tersebut jika mereka benar-benar cintakan ilmu ISLAM.

Hasbuallah yang merupakan Pengarah Pasti PAS Kaw.Gombak menurutnya, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri serta agensi-agensnya patut mengucapkan terima kasih kepada PASTI kerana berjaya melahirkan anak-anak kecil yang berakhlaq mulia dan faham asas-asas agama. Ini berlainan dengan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan yang kurikulum lebih menjurus kepada nyanyian dan permainan semata-mata.

Beliau mengharapkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor yang memberikan bantuan RM50.00 sebulan kepada seorang pelajar Tadika di Selangor bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik di peringkat Pra-Sekolah.

Hasbuallah berkata, demikian ketika mengulas tindakan mahkamah yang dikemukakan kepada PASTI yang sudah berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Yb. Dato’ Hassan B. Mohammed Ali, Exco Kerajaan Negeri, telah memberi sokongan padu dalam Majlis Sukan PASTI yang telah berjaya dilaksanakan.

Beliau berpandangan bahawa, Institut pengajian Pra Sekolah ini haruslah diteruskan kerana apa yang kita lihat beberapa buah pasti tidak mengira tempat telah menerima berbagai bangsa & agama walaupun pada dahulunya hanya menerima pelajar-pelajar ISLAM namun atas permintaan Ibubapa/penjaga agar dibuka kepada pelajar Non Muslim.

Ini bermakna Ibubapa/penjaga dan rakyat telah menerima kehadiran isntitiut pengajian Pusat Asuhan Tunas ISLAM (PASTI) pra sekolah ini dengan baik.

Saya juga ingin menyeru dan membuka minda masyarakat untuk berfikir sejenak, Andai rakyat Non Muslim boleh menerima Institiut Pengajian ISLAM mengapa kita yang sebagai orang ISLAM telah memberi ugutan dan menggugat ketenteraman pengurusan pasti. Seolah-olah kita ingin memadamkan Kalam ISLAM dan untuk menghapuskan generasi Ummah untuk bersama-sama membangun dengan ISLAM.

Lihatlah betapa kesungguhan pihak pengurusan pentadbiran pasti pusat untuk mengembangkan pusat asuhan ini walaupun telah diberi berbagai ugutan.

Pengorbanan mereka dan keikhlasan hati guru-guru untuk memberi didikan sempurna kepada anak-anak kecil ini sehingga masyarakat non muslim boleh menilai dengan baik untuk meletakkan anak-anak mereka ke pasti. Jika tidak masakan mereka hendak menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan ini.

Harapan saya agar pasti terus bercambah dipelosok dunia dengan mendapat kerjasama semua pihak pengurusan pasti negeri untuk membantu pasti pusat. Selain daripada itu bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar berfikir secara waras sekiranya anak-anak kecil ini tidak diberi pendidikan secara sempurna daripada kecil dengan mengenali tuhan penciptanya maka besar kemungkinan anak-anak ini tidak akan merasakan kewujudan tuhan dihati-hati mereka maka mereka akan membuat apa sahaja diluar pengetahuan kita semua.

Ibubapa / penjaga pula haruslah menempatkan anak-anak ke tempat pengajian yang baik dan sempurna agar anak-anak ini kelak menjadi penyejuk mata kita malahan anak-anak ini juga akan mendoakan kita apabila kita tiada lagi suatu hari nanti. Apabila kesempurnaan iman, mengenali tuhan dan tahu adab-adab pergaulan insya-ALLAH mereka harapan kita dalam mentadbir negara berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi pegangan bagi orang-orang yang beriman untuk membentuk negara ISLAM yang aman dan damai.

Beliau berkata lagi, apabila ibubapa/penjaga terlalu sibuk sehingga mereka tidak dapat memberi didikan sempurna pada anak-anak daripada rohani dan jasmaninya maka saya fikir tempat yang sesuai adalah di PASTI yang tiada tandingi, kerana kita lihat “silivers-silivers” yang diberikan amat bermakna dan mudah difahami oleh anak-anak, ujarnya.

KOLEKSI FOTO

Gelagat permata-permata hati mencuit hati.. Jangan sekali berundur walaupun kalian digertak..

Kesibukan Urusetia untuk menyusun hadiah

Bukan semudah itu untuk mengawal anak-anak kecil ini untuk mentarbiyahkan mereka dalam semua aspek.

Majlis perasmian oleh Akhie Khairul Fahmi dengan berbagai gimik-gimik menyemarakkan semangat kesukanan kepada para pelajar.

Gelagat permata-permata hati generasi ummah bersatu hati dalam gerakkerja dengan semangat kesukanan.

Acara Bapa yang mendapat sambutan daripada semua pihak..

Tahniah & Syabas buat pasukan Pasti Ibnusina..semoga berjaya dunia akhirat anak-anakku..kalian generasi ISLAM yang menjadi kebanggaan kami.

Sabar adik-adik.. bukan senang nak pancing ikan darat dengan disediakan manet kecil..betul-betul menguji iman..

Wah.. Berjaya juga permata hatiku membawa aiskrim gergasi.. habisle..atehnya kena ketuk belanja aiskrim sat lagi..

Juara..Aiskrim Gergasi.. Tahniah.. nana.. kejayaan sentiasa didoakan

Sukanya adik-adik kecil ini dipimpin oleh Kak adik .. jadi macam kakak ni nanti ye..

Jangan gerun adik.. belajar mengecapi kejayaan yang pertama.. di peringkat permulaan lagi walaupun pada mulanya kau ditatih dan kerap terjatuh…insya-ALLAH daripada kejatuhan dan dibimbing oleh Mualimah, kau akan berjaya dunia akhirat & seterusnya..amiin ya rab..

Editor : Khaulah Azwar

(PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Harakah : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang. Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.

Jelas, lawatan beliau adalah lawatan politik dan Muhyiddin pulun habis untuk umumkan semua projek yang sebenarnya diperlukan rakyat sejak zaman BN memerintah lagi.

Malangnya, dalam sibuk pulun semua isu rakyat di Hulu Selangor beliau dimalukan oleh Bernama dengan pendedahan kisah empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram, Sarawak termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit seluas 20 x 10 kaki dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah dibawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' Menteri Pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20x10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta dirumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana Kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram.

Pendedahan ini amat memalukan kerana guru-guru ini mengajar dikawasan Parlimen BN, yang mana ahli Parlimennya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini. Sewajar sebagai Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang.

PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil dari kudis-kudis yang ada dalam pengurusan Menteri Pelajaran dan Kerajaan BN. Diluar bandar sekarang masih banyak kawasan yang belum mendapat peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Jika inilah keadaannya, jangan harap guru-guru dari Semenanjung mahu dihantar bertugas disana.

Mereka bukan tidak mahu membantu masyarakat disana. Mereka mahu, tetapi dengan sikap 'double standard' Kerajaan BN mereka khuatir akan diabaikan. PAS mahu BN buktikan keikhlasan mereka dan membantu semua kawasan Parlimen tanpa perlu menunggu ahli Parlimen dikawasan itu meninggal dunia.

PAS yakin rakyat di Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan taktik projek politik BN ini. Yakinlah, rakyat di Hulu Selangor akan dapat bantuan yang lebih banyak jika terus mengundi Pakatan. BN akan tabur seberapa banyak yang mereka mahu untuk rampas kembali Hulu Selangor. Inilah peluangnya untuk rakyat Hulu Selangor menuntut hak mereka yang telah diabaikan sejak 50 tahun lalu.

Tetapi jangan sesekali tertipu dan undi BN lagi. Jika tidak, anda akan rugi untuk 50 tahun akan datang pula kerana bantuaan BN hanya datang kali ini sahaja.



Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI