Tuesday, June 26, 2012

TGNA: Hayati Undang-Undang Allah Bagi Memerangi Rasuah

.


Kelantan Bebas Rasuah- UMNO B-End Harus Ikut PAKATAN Rakyat


SHAH ALAM  : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.

Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

“Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut,” Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi semalam.

Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.

“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula.”

Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.
 


Alhamdulilah, Buku Politik, Tarbiyah PAS di Usung Artis.

Lihat Teman, betapa eratnya beliau memeluk buku kami itu. Alhamdulilah.. bagaimana dengan diri kita yang  berkecipung dalam jemaah Islamiah?? 

Dah berapa banyak buku sudah di telaah?? berapa banyak buku kita kepit macam K. Habby.. (huhu.. soalan2 untuk muhasabah diri sendiri dan semua para pejuang,,

Alhamdulilah, terima kasih ya-Allah, Engkau berikan hidayah kepada ramai artis untuk beruzlah.. ramai yang dah semakin hampir kepadamu.. 

Sejuk mata memandang bila ana  lihat K. Habby pakai tudung labuh, di tangannya penuh dengan buku-buku tarbiyah dan dakwah. satu hari nanti doaku agar dia akan menjadi murabbiyah pada muslimat kami.. Qun Fa Yakun.


Respond fb:

Mimpikan Pentadbiran Kerajaan Yang Tulus, dan Amal ISLAM


Mohon doa daripada sahabat-sahabiah yang berada di MALAYSIA khususnya untuk sama-sama berdoa  kememenangan gerakan ISLAM iaitu PAS dalam memenangi PUTRAJAYA..

Kalian sudah  lihatkan kemenangan ISLAM di negara yg bergolak?? nak tunggu apa lagi, must to be change for election coming soon.


Sedikit suntikan tazkirah daripada TGNA yang di kasihi. 

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. 
Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. 
Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. 
Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. 
Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. 
 Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI