Wednesday, July 7, 2010

Lawatan Adun Di Pondok Kecil “Sumbangan Kaki Palsu Diperlukan”


Kg Sg Pusu, Gombak – Dipondok Kecil yang tersimpan 1000 bahasa dan kenangan tersemat dihati tinggal seorang warga emas yang mengalami sakit diabetis.

Pasti tidak siapa yang mengetahui, bahawa Kassim Hassan yang mengalami penyakit ini memerlukan bantuan kewangan untuk membuat tempahan kasut kaki palsu.

Kassim Hassan yang berusia 88thn, mempunyai 2 orang isteri dan 31 cucu yang mengalami sakit diabetis telah mengalami kecacatan dengan potongan kakinya. Beliau menderita sakit selama 16thn lebih dan telah dijagai oleh isteri keduanya.

Kunjungan oleh Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bersama Ketua Kg, Sg Pusu Hj Mohd Yunus, Hj. Abd Rahman, Nazir Masjid Ar-Rahimah, En. Salahudin Azmi B. Mohd Ali, Wakil Pusat Zakat diteratak usang ini benar-benar membuat Kasim rasa terharu dan terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak disangkakan telah menziarahi dirinya .

Kunjungan rombongan diteratak usang ini telah disambut dengan begitu ramah dan mesra sekali oleh Tn Rumah.

Siapa yang mendengar keramahannya pasti tidak merasa jemu seolah – olah ujian penyakit yang diberikan oleh ALLAH swt padanya seperti tidak berlaku apa-apa keatasnya.

Menurut Kassim, beliau pasrah dengan ujian yang menimpa keatasnya cuma beliau kini benar-benar memerlukan bantuan kewangan bagi membuat Kasut Kaki Palsu untuk beliau berjalan dan menguruskan dirinya sendiri seperti insan lain.

“Sudah hampir 16thn saya guna kasut kaki palsu ini, tetapi rasa sudah rosak, dan tidak selesa digunakan lagi. Kadang-kala membuatkan saya rasa susah untuk bergerak jauh. Saya tidak mahu menyusahkan isteri dan anak-anak kerana mereka semua duduk di Johor, tinggal saya dan isteri kedua sahaja disini. Jadi saya tidak mahu menyusahkan dirinya dengan keuzuran yang saya alami”.

Saya amat berharap agar Y.b Dato’ dan Pusat Zakat sudi membantu saya untuk membuat Kasut Kaki Palsu. Rintihan dan luahan hati kasim kepada Y.B Dato’ dan kepada semua yang mengunjungi beliau di terataknya.

Beliau berkata lagi, ” Kasut kaki palsu yang dibuat dahulu harganya RM4000, jadi dengan keuzuran saya dan isteri pula tidak bekerja menjadi saya rasa kadangkala risau juga untuk teruskan kehidupan tetapi hidup ini perlu diteruskan juga. Saya kalau boleh tidak mahu bergantung harap kepada orang lain tetapi ALLAH swt mengetahui kesusahan saya dengan nada sayu sekali”.

Begitulah sentuhan qalbu dan luahan hati warga emas ini kepada semua yang mengunjungi beliau diteratak usangnya yang mencatit berbagai kenangan pahit dan manis sebagai Pesakit Diabetis.

Siapa sangka dengan sifat ramahnya yang mungkin orang luar menziarahi tidak pernah terpikir kesusahan yang dialami selama ini.

Tetapi akhirnya dengan kedatangan Y. B Dato’ Hasan di terataknya telah menguraikan kekusutan hati dan fikirannya setelah sekian lama dipendamkan dalam hati.

Semoga kunjungan Y.B Dato’ bersama wakil zakat dapat membantu beliau untuk membuat kasut kaki palsu yang diingini selama ini agar dapat meneruskan kehidupan dan menguruskan diri sendiri tanpa pergantungan harap kepada orang lain.

Keresahan dan bebanan Kasim kini telah terjawab sudah, apabila Y. B Dato’ Hasan telah meminta agar Ketua Kg, Tok Hj Mohd Yunus untuk mengambilkan maklumat Kasim dan masukkan dirinya sebagai asnaf.

Y.B Dato’ berkata “Saya amat berharap agar Pusat Zakat dapat memberi kerjsama kepada keluarga tersebut kerana memandangkan kehidupan keluarga ini benar-benar tidak mengizinkan. Isteri pula tidak bekerja untuk menjaga suaminya yang uzur. Mereka juga tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya mendapat perhatian dan simpati oleh orang kg yang terdekat sahaja. Jadi dengan kedhaifan tersebut saya amat berharap mereka disenaraikan sebagai asnaf dan semoga keinginan beliau untuk mendapatkan gantian kasut kaki palsu juga tercapai sebelum tibanya bulan syawal tahun ini”.

Andai kasut ini dapat dibuat saya rasa terlalu bersyukur kerana dapat mengembirakan hati mereka yang memerlukan bantuan kita, katanya”.

Penjelasan tersebut telah di ambil perhatian dan tindakan oleh Ketua Kg dan Wakil Pusat Zakat untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Salahuddin Azmi B. Mohd Ali, Pusat Zakat berkata “Insya-ALLAH nama Keluarga En. Kasim akan disenaraikan sebagai asnaf dan pihak pengurusan kami akan memberi bantuan kewangan dalam linkungan RM 500-600 setiap bulan kepada beliau, insya-ALLAH sumbangan ini akan disampaikan pada bulan syaaban yang akan tiba tidak lama lagi agar mereka dapat menikmati kegembiraan Ramadhan dan menyambut Aidilfitri dengan gembira”.

Mengenai permohonan sumbangan untuk membuat kasut kaki palsu juga akan kami usulkan kepada lembaga zakat, semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya, insya-ALLAH, katanya selepas membuat lawatan ziarah .

Editor : Khaulah Azwar

Himpunan Rakyat | Stadium Malawati Bhg 1-2




PKR akan terus terbitkan SK

Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi

Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN Linangan air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah diubahsuai.

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini.

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak RM130,000," katanya.

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.

PAS, PKR, kariah tidak terlibat demonstrasi esok

Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah diubahsuai.

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini.

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak RM130,000," katanya.

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.

Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13

KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan.Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan.Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza.

“Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.Beliau menambah, pihak Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Ini, katanya dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang.“Apakah ini cara pemberitaan yang betul? Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.“Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13),” ujarnya.Namun, ujarnya lagi apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan Rakyat perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat.Katanya, setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman kepada rakyat.“Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU 13,” ujarnya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI